CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 3

Sindiket pengemis warga Kemboja di bazar Ramadan Ipoh terbongkar, rupanya 'kerja' cucu sendiri

[Copy link]
Post time 29-3-2025 06:59 PM | Show all posts |Read mode

SATU per satu isu sepanjang bulan Ramadan muncul dan dibangkitkan di media sosial.

Selepas tular kekecohan di Jalan Tun Abdul Razak (TAR), Kuala Lumpur pada Jumaat, terbongkar pula sindiket pengemis di bazar Ramadan sekitar Ipoh, Perak baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok @ezzuchang, sindiket itu dapat dikesan selepas mengekori seorang wanita warga emas yang kelihatan mengemis di bazar.

Dalam video sama, dia juga turut menyerbu sebuah kereta yang dinaiki wanita berusia sekitar 85 tahun.

Katanya, warga emas itu memberitahu warganegara dirinya yang berasal dari Kemboja.


Kereta tersebut dilihat dipandu seorang lelaki dan perempuan di tempat penumpang.

Selepas beberapa kali diasak dengan soalan oleh pemilik video, lelaki tersebut akhirnya mengakui bahawa warga emas berkenaan adalah neneknya.

Individu terbabit turut mendakwa dirinya yang mengarahkan neneknya untuk mengemis setiap hari di bazar Ramadan.

Susulan pengakuan itu, pemilik video memberi amaran dan nasihat agartindakan sama tidak dilakukan lagi.

"Janganlah guna cara senang nak dapat duit. Kasihan nenek awak, dia orang tua," tegasnya.

Kes itu bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa atau tidak.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung perkara tersebut. — Majoriti




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2025 07:14 PM | Show all posts
Aku tengok kat YT. Ade ye cucu jahat macam ini?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2025 11:15 PM | Show all posts
Jahatnya cucu dia pun... Tergamak suruh org tua ni mengemis mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2025 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
JKM kena tangkap setiap pengemis. Takut ada yang macam ni lah, mengemis bukan atas kehendak sendiri tapi dipaksa oleh cucu durjana. Kesian nenek. Dah tahu, polis patuy tangkap cucu tu sebab pemerdagangan manusia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.038277 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list