CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1190|Reply: 13

Anzalna menangis tengok sekeluarga naik motor jual biskut raya

[Copy link]
Post time 28-3-2025 04:27 PM | Show all posts |Read mode


Anzalna sememangnya terkenal dengan sikap pemurah malah sering membantu golongan kurang berkemampuan.

Kali ini, Anzalna, 38, berkongsi kisah sedih apabila bertemu sebuah keluarga mencari rezeki dengan menjual kuih raya untuk merawat ibunya yang sakit.

Cerita Anzalna, dia sempat membawa keluarga berkenaan membeli barang keperluan hari raya sebelum mengajak mereka pulang ke rumahnya untuk berbuka bersama.

Namun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila suami wanita itu datang menjemputnya dengan menaiki motosikal.

  


"Selepas beli belah, mereka nak sambung berniaga jual kuih raya tapi saya tak benarkan sebab sudah Maghrib. Saya cakap biar saya beli kuih mereka.

"Saya ajak mereka balik ke rumah sementara tunggu suami dia datang ambil, suruh duduk atas sofa tak mahu, dia segan.

"Tak sempat berbuka bersama, walaupun makanan dah terhidang, jadi saya bungkus makanan untuk mereka bawa pulang," kongsinya.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu, dia bersimpati dengan keluarga itu kerana terpaksa membawa banyak barang dan anak kecil menggunakan motosikal.

"Saya tawarkan untuk hantar mereka balik naik kereta, tapi dia segan. Saya tawarkan hantar barang naik Grab pun tetap mereka menolak.

"Mana mungkin beg besar penuh dengan barang dibawa naik motorsikal. Tapi dia tetap dengan pendiriannya kata sudah biasa.

"Saya pujuk sebab risau dia bawa anak-anak kecil dengan semua barang saya beri tapi tetap tak berjaya. Sampai ada adegan tarik barang pun tapi dia tetap cakap tak nak menyusahkan” katanya.

  


Disebabkan pelbagai bantuan ditolak dengan baik, Anzalna menangis kerana kecewa tidak dapat memberi pertolongan sepenuhnya.

Pun begitu, dia bersyukur keluarga berkenaan selamat tiba di rumah mereka.

"Menangis saya masuk rumah sebab kecewa tak dapat nak tolong. Jangan salahkan saya.

“Saya sudah cuba bantu mereka. Apa pun Alhamdulillah mereka selamat sampai," luahnya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2025 04:35 PM | Show all posts
though tak berapa minat dgn her family
yg show off dan mengilai
anzalna ni consistent sejak dia berhijrah
byk yg dia bantu golongan yg memerlukan
dia takda tayang her status to gain whatever
tapi dia gunakan dijalan yg baik, cari duit, raise funds
so kudos for all the effort anzalna, harap ramai yg ikut jejak langkah dia
seimbang dlm kehidupan

tu yg i nak tengok sgt si nd dgn geng dia buat
bkn buat patio and jemput golongan sesama sendiri bermewah2an
dlm berusrah bagai
apa kata jemput golongan yg terpinggir kat cokit ker hapa

ni nak yg wangi2, lepas usrah cium melekat pakai baju bermewah2mkn berbuffet - Islam apa yg korg belajar dan sebarkan ni?

gila concept agama yg dorg anuti ni

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2025 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Good for her bantu keluarga
But sorry no need buat content
Boleh jer tolong promote brg jualan depa ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2025 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun meolls menyampah sheolls ni kuat show off..tapi utk kali ni i puji dia. Mzz pun sedih tengok video tu..tengok anak2 kecil tu happy walau serba kekurangan.

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2025 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih juga tgk video tu ... Moga dipermudahkan urusan keluarga yg dibantu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2025 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaya tudung Anzalna ni, laki akak suka akak pajai style mcm ni...katanya kemas sesuai masa kerja jumpa customer.  Masalahnya style tudung yg aku suka lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2025 10:14 AM | Show all posts
asal nampaj orang naik motor jer miskin
hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2025 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 29-3-2025 10:14 AM
asal nampaj orang naik motor jer miskin
hahahhaha

u sebut camni tringat plak 1 moment zaman i anak dara dulu2.. my makcik dgn iols bawak adik sepupu yg masatu umo 2 thn..naik Honda C70 petak je masa tu..sekali masa kitorg berhenti kat trafik lite ada sorang pakcik ni hulur duit kat adik sepupu iols tu..agaknya pakcik tu kesian tgk kot..tapi yg kelakarnya, adik sepupu iols tu, dedua parents dia keje doktor iols siap rasa bersalah pulak time tu..tapi nak pujuk hati, i anggap pakcik tu teringat cucu je la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2025 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 29-3-2025 10:14 AM
asal nampaj orang naik motor jer miskin
hahahhaha

tu lerr.. sedangkan azhar sulaiman tu pun pegi keluar naik motor jekk agaknya sheolsss ingt org tu miskin sbb jual kuih tepi bank kot. bila meolsss tgok laki akak tu.. xdelah nmpk miskin sgtt
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2025 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya anzalna ni, orang kaya yang baik..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2025 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
berkongsi rezeki..alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2025 07:52 PM | Show all posts
1. X semua naik moto tu susah.
2. Setakat nak nmpk murni je ko konon2 nangis ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2025 09:26 PM | Show all posts
NazRysha replied at 29-3-2025 10:14 AM
asal nampaj orang naik motor jer miskin
hahahhaha

teringat apek kat area rumah iols. pegi kebun naik moto kapcai walhal rumah 2 tingkat ada kereta merc dgn hilux
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2025 12:56 PM | Show all posts
This is exactly what I needed to read today. Your blog is always so helpful, and I love how relatable and actionable your advice is!
pisogame

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2025 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.747503 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list