View: 175|Reply: 0
|
Tengku Zafrul perlu atasi pencapaian Norza - Rashid
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Calon pilihan untuk menjawat jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) iaitu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diharap dapat meraih pencapaian lebih baik sekiranya dipilih menerajui badan induk itu bagi penggal 2025/2029.
Bekas legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berkata, ini kerana, Tan Sri Mohamed Norza Zakaria selaku bekas presiden sudah meletakkan penanda aras agak tinggi apabila barisan pemain negara meraih banyak pencapaian membanggakan sepanjang dua penggal beliau menerajui BAM bermula 2017.
"Sepanjang di BAM, beliau (Norza) dapat meningkatkan sukan badminton apabila barisan pemain negara memenangi pingat di Olimpik. Jadi memang beliau memainkan peranan penting untuk tingkatkan prestasi barisan pemain.
"Sepanjang tempohnya di BAM juga, kita dapat lihat barisan pemain negara menjadi juara dunia. Ini semua membuktikan bahawa sepanjang pembabitannya, banyak peningkatan dipamerkan barisan pemain negara.
"Jadi yang terbaru (calon presiden baharu) seboleh-bolehnya memang kena lebih baik daripada Tan Sri Norza," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan persediaan Hari Raya Aidilfitri oleh Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), hari ini.
Antara pencapaian terbaik sepanjang di bawah kepimpinan Norza adalah beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 serta Paris 2024.
Aaron-Wooi Yik juga mencipta sejarah muncul pemain pertama bergelar juara dunia pada 2022.
Selain itu, bekas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Seluruh England pada 2017 diikuti pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia pada 2021 sebelum dia mengambil keputusan untuk keluar dari badan induk itu pada tahun berikutnya.
Beregu muda negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing pula muncul juara dunia remaja pada tahun lalu.
Pemangku Presiden BAM, Datuk V Subramaniam pada sidang media kelmarin berkata, Tengku Zafrul dinamakan sebagai calon pilihan untuk menjawat jawatan Presiden BAM selepas perbincangan menyeluruh bersama ahli-ahli majlis BAM.
Menurut Subramaniam, pemilihan kepimpinan BAM bukan berdasarkan kepentingan individu, tetapi demi memastikan kesinambungan pembangunan dan kemajuan badminton negara. - BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|