CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita Vietnam langgar remaja hingga maut didakwa esok

[Copy link]
Post time 26-3-2025 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 26-3-2025 05:53 PM

Wanita Vietnam langgar remaja hingga maut didakwa esok

26 Mac 2025 04:32pm




Wanita warga Vietnam yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar seorang remaja lelaki hingga maut di Jelutong pada Februari lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret George Town esok. - Gambar hiasan



GEORGE TOWN - Wanita warga Vietnam yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar seorang remaja lelaki hingga maut di Jelutong di sini pada Februari lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret George Town esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, wanita yang berkahwin dengan lelaki tempatan itu akan didakwa bagi dua pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 44(1) (a) dan Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


"Kertas siasatan kes itu dirujuk semula kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Pulau Pinang hari ini dan mendapat arahan untuk mendakwa pemandu wanita itu di mahkamah esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Isnin lepas, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis menjalankan siasatan kes itu secara menyeluruh dan telah melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuknya kepada TPR.


Hamzah bagaimanapun berkata, ada beberapa arahan baharu yang sedang dilengkapkan oleh pegawai penyiasat antaranya laporan bedah siasat dan laporan kimia sebelum kertas siasatan itu dirujuk semula kepada TPR.

Akhbar tempatan melaporkan seorang bapa Ch’ng Hock Soo, 54, bingung kerana suspek masih belum didakwa di mahkamah berhubung kejadian langgar membabitkan anaknya Thomas Ch’ng Kai Hen, 18.


Dalam kemalangan 19 Februari lepas, Kai Hen yang sedang menunggu keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) maut di tempat kejadian apabila kereta yang didakwa dipandu dalam keadaan mabuk oleh wanita Vietnam itu merempuh beliau dan rakan-rakan ketika sedang berjalan di tepi Jalan Jelutong. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/719794/berita/semasa/wanita-vietnam-langgar-remaja-hingga-maut-didakwa-esok


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.104224 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list