CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

[Perlis] Aidilfitri: KPDN Perlis jamin bekalan kelapa mencukupi

[Copy link]
Post time 26-3-2025 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Aidilfitri: KPDN Perlis jamin bekalan kelapa mencukupi

BERNAMA




GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP.



Kangar: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis memberi jaminan bekalan kelapa di negeri itu mencukupi bagi kegunaan sepanjang musim Aidilfitri.

Pengarah KPDN Perlis Rohaida Hassan berkata masalah bekalan kelapa di negeri ini hanya berlaku pada minggu pertama Ramadan, namun kembali pulih selepas pemborong berjaya memperoleh bekalan dari Indonesia selain Sabah dan Sarawak.

"Bekalan kelapa insya-Allah mencukupi untuk raya ini yang menjadikan bekalan santan segar akan sentiasa ada. Sekarang harga santan antara RM17 hingga RM17.50 sekilogram di Perlis dan kita akan pantau supaya harganya tidak naik hingga RM20 sekilogram," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2025 peringkat Perlis di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Rohaida berkata sebanyak 37 penguat kuasa KPDN Perlis akan memantau harga barangan dari semasa ke semasa sepanjang Aidilfitri dan pengguna diminta membuat aduan sekiranya mendapati ada peniaga tidak mematuhi undang-undang berkaitan skim harga itu.

Beliau berkata menerusi tinjauan hari ini, pihaknya mendapati peniaga di Pasar Besar Sena mematuhi pelaksanaan skim harga terbabit selain pematuhan tanda harga, malah terdapat peniaga yang menjual barangan pada harga rendah berbanding harga maksimum ditetapkan.



Disiarkan pada: Mac 26, 2025 @ 1:59pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1201271/aidilfitri-kpdn-perlis-jamin-bekalan-kelapa-mencukupi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.104603 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list