CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1029|Reply: 5

[Tempatan] Lebuhraya LTU sudah ada R&R, jangan buang sampah seperti tahun lalu ya

[Copy link]
Post time 26-3-2025 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 26-3-2025 02:40 PM

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
26 Mac 2025,


KEMUDAHAN tandas antara yang disediakan di kawasan R&R Sementara di LTU Bentong Bypass berhampiran Lebu, Bentong yang dibuka semalam.


BENTONG – Pengguna laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) boleh menarik nafas lega apabila kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sementara di Bentong Bypass sudah dibuka semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Rose Samsul Abdul Razak berkata, R&R Sementara di kawasan Lebu menghala ke Raub itu sudah boleh digunkan pengguna.



“Sebuah lagi R&R Sementara di Mempaga menghala ke Bentong atau keluar ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka siap selewatnya Khamis.

“Jadi dalam tempoh musim perayaan ini pengguna boleh berhenti rehat dan sebagainya.

“Kita sudah menyediakan kemudahan R&R, jadi diharap pengguna LTU tidak berhenti di tempat tidak dibenarkan yang berbahaya dan tidak membuang sampah seperti tahun lalu,” katanya di sini semalam.


HENTIAN R&R Sementara Lebu, Bentong mampu memuatkan kira-kira 100 buah kenderaan ringan dalam satu-satu masa.


Ujarnya, hentian R&R ber­kenaan boleh memuatkan kira-kira 100 buah kereta dalam satu-satu masa, namun ia untuk kegunaan kenderaan ringan ­sahaja.


Pemandangan biasa jalan Bentong -Gua Musang yang dipenuhi sampah sarap bila tiap kali tiba musim perayaan.

Tambahnya, antara kemudahan yang disediakan termasuk kawasan letak kereta, tandas dan juga gazebo yang boleh digunakan untuk bersolat. -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2025 03:52 PM | Show all posts
Habis musim raya jamban tu sodok ja terus. Jangan berani2 masuk tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa laa WC tu dekat sangat dengan pintu. Macam duduk dalam tandas Toi Toi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
you wish ??!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 01:02 AM | Show all posts
Lepas ni sampah bertimbun pulak kt RnR tu..knowing mentaliti bangsa nusantara tak boleh nak letak expectation tinggi sgt

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap tebing2 highway xbau hancing dah. Kalau tak parak dgn sampah dgn air kencing. Org2 yg lalu jln tu mmg bodo2 belaka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.045250 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list