CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3537|Reply: 0

Remaja maut selepas dicampak bapa ke dalam laut

[Copy link]
Post time 27-1-2025 10:54 AM | Show all posts |Read mode

Suspek ditahan selepas didakwa mencampak anak lelakinya ke dalam laut dari bot laju berhampiran Koh Rae di daerah Khura Buri. - Facebook Andamanfocus

BANGKOK - Seorang lelaki Rusia ditahan selepas didakwa mencampak anak lelakinya ke dalam laut di Phangnga, Thailand.

Kejadian berlaku berhampiran Koh Rae di daerah Khura Buri ketika suspek Artem Bugorskiy, 45, dan mangsa Lucas Bugorskiy, 13, menaiki bot persiaran bersama beberapa pelancong dan kru bot laju.

Bot laju itu dilapor sedang membawa pelancong kembali dari Mu Ko Surin ke jeti Khura Buri, kira-kira 200 meter dari daratan sekitar jam 3 petang, memetik Bangkok Post.

Menurut kapten bot, terdapat 33 pelancong di atas kapal – 17 warga Thai dan 16 warga asing – serta lima anak kapal.

Difahamkan, suspek telah menolak bantuan walaupun cuba diselamatkan kru dan penumpang lain.

Remaja yang berjaya diselamatkan pula mengalami kecederaan serius pada muka dan kepala akibat terkena kipas bot.

Bugorskiy ditahan oleh kakitangan bot sebelum diserahkan kepada polis.

Polis mendakwa lelaki Rusia itu dengan tuduhan membunuh dengan niat. Dia bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Remaja berdarah campuran Thai-Rusia yang mengalami kecederaan kritikal telah dihantar ke Hospital Kuraburi Chaipat, namun meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaannya. - Awani


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.034588 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list