CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11017|Reply: 0

Trump angkat sumpah sebagai presiden AS ke-47, hari ini

[Copy link]
Post time 20-1-2025 04:07 PM | Show all posts |Read mode

BANGUNAN Capitol, lokasi upacara angkat sumpah Trump sebagai presiden AS ke-47. FOTO Reuters

Washington: Setiap empat tahun, presiden Amerika Syarikat (AS) mengangkat sumpah, sama ada yang baru dipilih atau kembali ke Rumah Putih.

Berikut adalah upacara yang berlaku apabila Donald Trump mengangkat sumpah sebagai presiden negara itu yang ke-47 di sini, pada Isnin.

Perlembagaan AS mewajibkan setiap penggal presiden baharu bermula pada tengah hari 20 Januari.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, presiden mengangkat sumpah daripada platform sementara yang besar di West Lawn yang indah di bangunan Capitol. Tahun ini - disebabkan ramalan yang sejuk - majlis itu akan berlangsung di Rotunda, di dalam bangunan Capitol.

Presiden baharu itu juga menyampaikan ucapan angkat sumpah dan membentangkan rancangannya untuk empat tahun akan datang.

Turut mengangkat sumpah, Naib Presiden J D Vance.

Antara yang hadir termasuk bilionair Elon Musk, Jeff Bezos dan Mark Zuckerberg, serta ketua TikTok, Shou Chew.

Presiden Joe Biden menghadiri majlis itu – walaupun Trump enggan hadir pada majlis angkat sumpah Biden apabila dia mengalahkan Trump pada 2020.
Semua bekas presiden - Bill Clinton, George W Bush dan Barack Obama - hadir. Begitu juga isteri mereka, kecuali Michelle Obama.

Ini bermakna Hillary Clinton, yang ditewaskan Trump pada pilihan raya presiden 2016, selain Naib Presiden Kamala Harris, yang ditewaskannya pada November, juga hadir. Turut hadir, pemimpin asing.

Rotunda hanya boleh memuatkan hanya kira-kira 600 orang, jadi penyokong Trump menonton siaran langsung acara itu, di arena sukan Capital One Washington,

Bintang country Carrie Underwood akan menyanyikan lagu "America the Beautiful" semasa upacara angkat sumpah.

Turut membuat persembahan ialah penyanyi Lee Greenwood.

Perhimpunan praperasmian Ahad menyaksikan persembahan oleh Kid Rock dan Village People.

Pemuzik termasuk Jason Aldean, Rascal Flatts dan Gavin DeGraw serta Village People akan membuat persembahan merentasi tiga acara rasmi sempena majlis angkat sumpah Trump.


Disiarkan pada: Januari 20, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi SALAM AIDIL ADHA 1446 Hijriyyah
telracsEdisi SALAM AIDIL ADHA 1446 Hijriyyah
Views : 1576 Replies : 177
Baru balik joging dengan Syed Saddiq, Bella Astillah tertidur kepenatan
RalineBaru balik joging dengan Syed Saddiq, Be
Views : 66859 Replies : 2426
Menantu berpantang, Sheila Rusly gigih rancang menu
tatodMenantu berpantang, Sheila Rusly gigih r
Views : 983 Replies : 19
Delete
anakencanaDelete
Views : 11932 Replies : 111
seorang pelanggan didakwa menampar seorang pekerja kedai makan kerana dicaj hidangan rm13-nasi,daging termasuk bebola daging, ayam mentega dan ayam goreng.
YgBenarseorang pelanggan didakwa menampar seora
Views : 167 Replies : 6
Sembang Santai Episod 3 Teratak Desa nan Permai
telracsSembang Santai Episod 3 Teratak Desa nan
Views : 8119 Replies : 1214
Atikah Suhaime rancang masa depan anak, harap Mulan tak benci
RalineAtikah Suhaime rancang masa depan anak,
Views : 21032 Replies : 600
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 213174 Replies : 2028
Anugerah Industri Muzik kembali. Uolss sexcited??
af_maniaAnugerah Industri Muzik kembali. Uolss s
Views : 1110 Replies : 38
‘Semangkuk aib dibuka, hujung-hujung berjodoh kembali’ - Emma Maembong Nasihat Jangan Buka Aib Bekas Pasangan
tatod‘Semangkuk aib dibuka, hujung-hujung be
Views : 3635 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.038817 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list