View: 49017|Reply: 9
|
[Jenayah]
Awas yer, anda mungkin akan diperhatikan
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 1-12-2024 03:30 PM
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri hari ini bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan hukuman khidmat masyarakat bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.
Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, pihaknya sudah mengemukakan memorandum berhubung perkara itu dan akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat, Mac tahun depan.
Menurutnya, cadangan pelaksanaan hukuman khidmat masyarakat bagi kesalahan pembuangan sampah kecil yang akan dikuatkuasakan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672], Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].
"Kita akan menyediakan draf Rang Undang-Undang (RUU) ke atas tiga akta itu yang kini hampir siap dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi akan datang iaitu Mac 2025.
"Objektif pelaksanaan hukuman ini bagi memberi keinsafan dan kesedaran kepada pesalah yang mana mereka dikehendaki memakai jaket khas dan dikenakan hukuman mengikut tempoh jam agregat ditetapkan.
"Ia bagi mencegah pesalah mengulangi kesalahan dan mematuhi undang-undang ditetapkan, mendidik supaya prihatin terhadap kebersihan persekitaran dan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar serta risiko penyakit bawaan vektor," katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Media KPKT, di sini hari ini.
BH
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jawapannya, buang sampah ke dalam tong sampah. Senang citer. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 1-12-2024 11:29 AM
Akta yg ditunggu2 sekian lama.. tapi MP-mp negeri pembangkang tu nak sokong ke sbb rakyat dorg la yg paling gigih jadi taik sampah dlm Malaya nih |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, pihaknya sudah mengemukakan memorandum berhubung perkara itu dan akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat, Mac tahun depan.
Benda paling simple basic macam ini pun terpaksa bentang dalam parlimen. Darjah satu dua pun cikgu dah ajar buang sampah dalam tong. Kenapa dah tua tak boleh ikut.
|
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 1-12-2024 11:16 AM
Akta yg ditunggu2 sekian lama.. tapi MP-mp negeri pembangkang tu nak sokong ke sbb rakyat dorg la yg ...
Nak luluskan pindaan ke akta parlimen hanya perlu simple majority jadi hanya perlu MP kerajaan yang mencukupi untuk sokong. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk je la raya nati, harapnya bersih laa |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 1-12-2024 11:30 AM
Nak luluskan pindaan ke akta parlimen hanya perlu simple majority jadi hanya perlu MP kerajaan yan ...
Sib baik x perlu approval mp pembangkang..
 |
|
|
|
|
|
|
|
Bab ni i sokom dapig..harap ke parti melayu isle haram tak ambik berat bab kebersihan ni..cuba bg hukuman berat2 sikit...eg cuci jamban n parit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang nampak kan kenapa ummah takut sangat bila DAP jadi menteri
|
|
|
|
|
|
|
| |
|