|
Artis catwalk di zoo (Kosmo)
Oleh AQMAR ALLADAD

BARISAN artis dan pereka fesyen yang terlibat dalam acara peragaan fesyen di Zoo Negara baru-baru ini.
MEMPERAGAKAN pakaian atau membuat catwalk di Zoo Negara? Pastinya iasesuatu yang pelik tetapi itulah realitinya yang berlaku di sana.Mungkin ia satu kejutan yang tidak pernah dibuat sebelum ini.
Namun, apa yang ditonjolkan itu adalah sesuatu yang menarik dan luar biasa tetapi ia bukan untuk bersuka ria semata-mata.
Apa yang pasti, ia mempunyai motif dan matlamat tersendiri.
Motif yang dilaksanakan itu, sebenarnya cukup bijak untukmenyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya alam sekitar dalamkehidupan kita masa kini.
Fakta penting ini mungkin semakin dilupakan oleh sesetengah masyarakat terutama golongan muda.
Minggu lalu, pengunjung Zoo Negara dikejutkan dengan kemunculan selebriti glamor yang hadir memperagakan fesyen.
Saat barisan selebriti terbabit menayangkan busana masing-masing,bukan hanya lensa media yang berebut-rebut untuk mendapatkan aksimenarik mereka.
Malah, pengunjung zoo turut berebut-rebut merakamkan foto paraselebriti yang melangkah anggun lagak seperti model antarabangsa.
Rata-rata yang memperagakan fesyen rekaan para pereka muda pada haritersebut sebenarnya bukan terdiri daripada barisan model profesional,sebaliknya adalah pelakon, penyanyi dan juga penyampai radio.
Antara artis yang terbabit menyokong tujuan baik Zoo Negara itutermasuklah Marsha, Diana Danielle, Noryn Aziz, Dynaz dan dua penyampairadio Era, Nana dan Linda Onn.
Tidak lupa juga tanpa barisan pereka fesyen mungkin majlis ini tidak sehangat ini.
Barisan pereka fesyen yang memainkan peranan penting acara tersebut ialah Hatta Dolmat, Amir Luqman, Shegar dan Micheal Shu.
Inisiatif yang dibuat pihak Zoo Negara ini sesuatu yang bagus danmenarik perhatian pengunjung. Mungkin selepas ini, Zoo Negara bolehmemperkenalkan inisiatif yang lain bagi memperhebatkan lagi kunjunganorang ramai ke situ.
Dalam pada itu, Zoo Negara dengan kerjasama portal murai.com.my yangdiuruskan oleh Multimedia Interactive Technologies (MIT) turutmelancarkan Hari Alam Sekitar Sedunia 2008.
Hadir merasmikan majlis itu ialah Ketua Setiausaha KementerianSumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Suboh Mohd. Yassin yang membacakanteks bagi pihak menterinya, Datuk Dauglas Unggah Embas melahirkanperasaan bangga dengan kerjasama sepenuhnya yang diberikan oleh orangramai dan pihak Zoo Negara sendiri

| GAYA menawan Dynaz dan Marsha.
|
"Strategi bijak perlu diteruskan untuk menyedarkan orang ramaibahawa pentingnya alam sekitar yang dilihat ketika ini semakindilupakan walaupun pelbagai kempen telah dilaksanakan," ujarnya.
Sementara menurut Ketua Editor murai.com.my, Roslen Fadzil, "Kitaterpanggil untuk mengadakan majlis sebegini dengan dimeriahkan olehselebriti kerana jika dilihat pembabitan penghibur dengan Zoo Negaraini telah terukir sejak zaman seniman Allayarham Tan Sri P. Ramlee.Jadi tidak salah sekiranya kita bangkitkan kembali zaman sebegitu."
Malah, satu lagi contoh lebih tertarik disini pembabitan anak-anakseni dengan Zoo Negara seperti yang dulunya seorang pelakon terkenaliaitu Datuk Ismail Hutson yang kini terus menerus menerajui mentadbirZoo Negara dengan memegang jawatan sebagai pengerusinya.
Tidak salah kalau dikatakan selebriti memang mampu untuk menjadi antara orang terhebat untuk mentadbir Zoo Negara.
Pada dasarnya ia perlu mempunyai minat serta bersungguh-sungguhuntuk melaksanakan. Jadi kenapa anak seni tidak boleh untuk mendekatkandiri dengan aktiviti berkaitan Zoo Negara?
Apa pula komen para selebriti terbabit? "Apa yang terjadi hari inimemang satu kejutan untuk saya. Tak sangka dapat memakai sebeginianggun di Zoo Negara dan sangat penting untuk artis turut serta dalamaktiviti sebegini.
"Artis kita perlu mencontohi artis-artis luar yang sangat aktifdalam aktiviti kemasyarakatan," jelas Linda Onn yang memang peminattumbuh-tumbuhan hijau.
Bagi pelakon muda Diana Danielle pula, dia sendiri dari kecil lagisudah dididik untuk menjaga alam sekitar bukan sahaja dilihat dari segipenanaman pokok bunga, malah mengitar semula barangan yang boleh digunapakai.
"Ini semua ibu saya yang didik dari kecil, malah rumah kami memangada kotak untuk asingkan botol-botol plastik," ceritanya dengan penuhmanja.
Dalam pada itu, bagi bintang kelahiran Akademi Fantasia 3, Marshapula berpendapat, artis-artis tidak sepatutnya memilih untukbekerjasama dalam aktiviti sebegini malah lebih menyokong dari belakang.
"Mungkin sebelum ini artis kita tidak diberi peluang, jadi tibamasanya kita ubah dan beri keyakinan kepada barisan artis untukbersama-sama terlibat dengan kehijauan," ulasnya yang begitu menawanmemperagakan pakaian hasil rekaan pereka terkenal Calvin Thoo.
Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2008 itu, program khasturut diadakan seperti pencarian petunjuk serta melakukan kerja-kerjapembersihan habitat hidupan liar di zoo tersebut. |
|