|
[Tempatan]
Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia
[Copy link]
|
|
owhh patut la zaman beliau politik sangat stabil
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Abahmung at 16-4-2025 01:04 PM
Ini cerita bagaimana Pak Lah bantu selamatkan nyawa Anwar
malaysiakini.com.my
15.APRIL.2025
Dalam satu wawancara bersama Malaysiakini pada tahun 2008, seorang bekas orang kanan Anwar Ibrahim mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir sepanjang pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, khususnya berkaitan keadaan kesihatan Presiden PKR itu yang semakin merosot empat tahun sebelumnya.
Mengulas mengenai pertemuannya dengan beberapa pemimpin Umno pada tahun 2004 serta hubungannya dengan Khairy Jamaluddin, Ezam Mohd Nor menjelaskan bahawa dia melihat usaha untuk menariknya kembali menyertai Umno sebagai satu peluang untuk merundingkan pembebasan Anwar daripada penjara – atau sekurang-kurangnya, mendapatkan kebenaran agar Anwar menerima rawatan perubatan yang sewajarnya.
"Pada masa itu, keadaan Datuk Seri Anwar adalah kritikal. Setelah bincang dengan beberapa teman-teman senior dan kawan-kawan lama Anwar sendiri, yang non-partisan dan sebagainya, maka mereka merasakan keutamaan harus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim.
"Sebab itu kita melangkah untuk membuat keputusan untuk memulakan perbincangan dengan pemimpin Umno.
"Selepas pilihan raya, keadaan Datuk Seri Anwar semakin teruk. Semakin kritikal selepas pilihan raya (di mana) Barisan Nasional (BN) menang besar. Datin Seri Wan Azizah jumpa saya minta supaya diusahakan untuk rawatan,” katanya sambil menambah meskipun pelbagai usaha dilakukan, mesej tersebut pada awalnya tidak sampai kepada Abdullah.
Anwar yang ketika itu menjalani hukuman penjara enam tahun, mengalami sakit tulang belakang. Selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan kes liwat pada Sept 2004, dia menjalani pembedahan di Munich, Jerman.
Ezam turut menceritakan bahawa seorang wartawan asing menasihatkannya bahawa cara paling berkesan untuk sampai kepada Abdullah ialah melalui menantunya, Khairy Jamaluddin, yang ketika itu menjadi penasihat Perdana Menteri dan sering menjadi sasaran kritikan.
"Sejurus selepas pilihan raya, dekat-dekat dengan tarikh Anwar bebas, September 2004, jadi mungkin Mei atau Jun. Saya cari Khairy melalui kontak di London, melalui kawan-kawan, akhirnya saya dapat jumpa Khairy. Di situlah bermulanya hubungan saya dengan Khairy.
"Masa itu dia belum (jadi) naib ketua pemuda. Dan saya bagi tahu dia kebimbangan kita tentang keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar dan mintalah sampai kepada perdana menteri. Selepas dua pertemuan, Khairy aturkan pertemuan antara Datuk Seri Abdullah dengan Datin Seri Wan Azizah di pejabat perdana menteri.
"Saya hadir tapi saya tidak masuk ke dalam. Saya biar Datin Seri Wan Azizah berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah. Saya tidak tahu secara terperinci (apa yang dibincangkan), tapi pada asasnya ialah untuk kesihatan, perubatan dan minta Anwar dikeluarkan dari penjara duduk di hospital, sebab (masa itu) dia berulang, kerana tidak ada pihak berkuasa yang berani benarkan Anwar duduk di hospital,” ujarnya.
Ezam berkata Abdullah kemudian menghubungi Menteri Kesihatan dan mengarahkan agar Anwar segera dikeluarkan daripada penjara.
"Masa itu juga Pak Lah ambil telefon, hubungi menteri kesihatan dan arahkan, masa itu petang dah, keluarkan Anwar Ibrahim on the spot. Dan lepas tu kita minta rawatan keluar negara, PakLah tak komited, dia kata dia akan tengok.
"Dan ketiganya, Datin Seri Wan Azizah minta Pak Lah adil dalam penghakiman (kes rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan), jangan campur seperti Dr Mahathir. Pak Lah beri komitmen, dia tak akan campur,” katanya lagi.
Rawatan di luar negara
Ezam kemudian berjumpa dengan Khairy dengan harapan untuk memuktamadkan rundingan agar Anwar menerima rawatan di luar negara.
"Khairy mencuba, hingga pada suatu ketika, dah ada keputusan pun untuk mendapatkan rawatan di luar negara tapi bukan di Jerman tapi di Singapura.
"Pada mulanya, Datin Seri Wan Azizah tidak setuju. (Kemudian) jumpa Anwar dan beliau kata OK ke Singapura. Jadi saya (pun) sampaikan pada Khairy. Tiba-tiba Jabatan Peguam Negara nasihatkan jangan, walaupun menurut Khairy, Pak Lah telah bersetuju. Kata peguam negara ia bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara tu habis di situ, tak jadi, walaupun sebenarnya telah ada keputusan dari perdana menteri.
"Selepas beberapa ketika, mahkamah tetapkan tarikh untuk keputusan (rayuan) di Mahkamah Persekutuan. Jadi kita tangguh dulu perbincangan untuk rawatan (Anwar) di luar negara dan kita tunggu keputusan.
"Tapi bila keputusan (Anwar) bebas, sebagai tanda hormat, saya bagi tahu Khairy (Anwar) bebas, dan Khairy bertanya apa lagi yang boleh dibantu.
"Saya tanya Datuk Seri Anwar dan beliau minta pasport sebab dia nak terbang cepat. Itulah yang diminta oleh Datuk Seri Anwar dan saya sampaikan kepada Khairy dan dia sampaikan kepada bapa (mentuanya). Malam tu juga Khairy datang dan esoknya saya uruskan pasport Datuk Seri Anwar. Itulah peristiwa yang berlaku bila Khairy datang ke rumah Datuk Seri Anwar pada malam itu. Ini yang sebenarnya berlaku,” tambahnya.
Bukan kerjasama politik
Ezam berkata keseluruhan proses itu bertujuan untuk menyelamatkan nyawa Anwar, bukan untuk menjalin sebarang kerjasama politik.
Dia turut meluahkan rasa kecewa apabila Anwar tidak tampil mempertahankannya apabila orang mengaitkan dirinya dengan Khairy.
"Seluruh proses yang saya deal dengan Khairy, dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan semua proses ini bukan untuk saya, malah saya menolak semua tawaran lain, hanya semata-mata - dan saya tidak berganjak dengan permintaan saya - untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Jadi itu ceritanya.
"Selepas itu, Datuk Seri Anwar bebas, tidak ada lagi deal, Khairy pun saya tak jumpa dah. Khairy pun takut nak jumpa saya kerana dia telah dikritik hebat kerana datang ke rumah Anwar... (setakat itulah) hubungan kami,” katanya.
Sosok pejuang melawan rasuah
Sementara itu, dalam satu kenyataan petang ini, Ezam mengenang Abdullah sebagai sosok pejuang tulen yang memerangi rasuah dalam negara ini.
"Walaupun tanpa banyak bicara dan retorik mengenainya, hakikatnya di era beliaulah berlaku perubahan terbesar struktur Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
"Saya sendiri terkesan dengan perubahan itu.Saya membuat keputusan kembali sertai Umno dan kerajaan sebaik Akta SPRM diluluskan di Parlimen menggantikan Akta BPR pada tahun 2008.
"Setelah 10 tahun dipecat oleh parti dan kerajaan, lalui dua penjara termasuk satu kes di bawah OSA yang berkaitan pendedahan dokumen rasuah, saya mengambil keputusan yang saya sendiri tidak pernah jangkakan, sertai semula parti yang memecat dan memenjarakan saya. Ia kerana komitmen dan kejujuran Pak Lah memerangi rasuah,” tambahnya.
Ezam berkata dia masih ingat ketika dia memimpin Gerak, sebuah NGO antirasuah yang diasaskannya selepas meninggalkan PKR, setiausaha politik Abdullah telah menemuinya dan menyatakan perdana menteri mahukan bantuannya untuk melakukan perubahan besar daripada BPR kepada SPRM.
"Saya terkejut kerana beberapa bulan sebelum itu saya dibarisan hadapan mengkritik kerajaan khususnya BPR dengan membongkar beberapa dokumen berkait pimpinan BPR pada masa itu.
"Rupanya Pak Lah sebagai PM pada ketika itu memerhati dekat perkembangan itu dan beliau sendiri percaya perubahan mesti dilakukan terhadap BPR. Bagi saya inilah jasa terbesar Pak Lah pada negara ini," ujarnya.
BN memperoleh mandat terbesar dalam sejarah pada tahun 2004 di bawah kepimpinan Abdullah, namun hanya empat tahun kemudian, gabungan itu mencatatkan prestasi paling buruk dalam pilihan raya sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.
Meskipun BN masih mengekalkan kuasa sebagai kerajaan, gabungan itu kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen serta tumbang di lima buah negeri – termasuk Selangor dan Pulau Pinang.
Situasi ini akhirnya membawa kepada pengunduran Abdullah, sekali gus membuka laluan kepada Najib Razak untuk mengambil alih kepimpinan pada tahun 2009."
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar replied at 15-4-2025 07:03 PM
Bersungguh pakcik baju hitam baca Yassin kuat masa tengah semadikan jenazah. Hebat pakcik hafal Yass ...
Sebelum yassin dia baca Al mulk masa proses masukkan tanah dlm liang lahad. Lepas abis Al mulk baru dia sambung yassin |
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar replied at 15-4-2025 07:18 PM
Siapa sangka ini artis terkenal Hollywood dan pernah menang Oscar. Simple dan manis memberi pengho ...
Michelle kawan baik kamal (anak pak lah)
biasa pegi rumah dia org kalu dia balik msia |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik kira umur berbanding tarikh lahir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Orix at 16-4-2025 05:07 PM
nk tanya, tak perasan plak penampakan jagong, dia ada dtg ke tak spjg pengebumian ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|