CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Burong_Hantuk

Kutip lebih RM24.8 juta, KRU paling berpengaruh selepas Siti Nurhaliza

[Copy link]
Post time 16-5-2025 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 15-5-2025 05:02 PM
ya lor, awie, amy wings search dah byk kali buat konsert

wa pn dah muak hahaha

First time aku tgk konsert search masa tu hillary  pun ada lagi.aku tgk dgn abglong aku .haa ko haderr!zaman 80an-90an local retis buat tour round satu msia .nama2 besar ella,search,wings,sheila majid semua tu aku penah tgk walau aku  dok luar kl.konsert krumania tu pun aku penah layan lps diorg dah dibagi green light balik.skrg semua konsert bertumpu kt kl je.crowd gen-x ni ada 2 je..samada kowser la I'm too old for this shit atau pegi sbb layan midlife crisis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-5-2025 03:50 PM
Ada orang tanya soklan ni di threads. Ada tak konsert tahun depan. Norman respon, tak janji.

Macih uolls bagi tau, namun mak anggap kebarangkaliannya 50-50. Masih ada sinar harapan. Ahhh gittew.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
day 3 and day 4 datang mengadap
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
princessmiang replied at 15-5-2025 01:37 PM
Masih belum move on..hari2 pasang lagu KRU dan setlist GenKRU… memang terbaik penangan KRU kali ni. ...

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Eqx replied at 17-5-2025 10:43 AM

Motif Edry tetiba kiut di mata meols. Choi!

Hada terbaca komen kat thread

"Sapa2 yang masih kat Axiata tu, dah2 la korangggg. Pulanglah ke rumah".

Terus meols tergelak camni .
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 18-5-2025 04:21 PM
dua_chzy replied at 17-5-2025 06:48 PM
Motif Edry tetiba kiut di mata meols. Choi!

Hada terbaca komen kat thread

True story.  Aku bawak la pakwe (aku punye rebound right after cerai) edah baru sebulan habes tengok dorang ni free show.  Dengan harapan nak tengok muke Yuci yang macam ex-laki aku tu.  Nampak2 je dorang teros nampak muke Norman je ko.  Aku diri belakang pakwe aku sebab aku bukan nak tengok KRU sangat & tengah cintan-cintun sesangat.  Kitorang cilok dari ofis mase lunch.  Tapi aku nampak la si Norman.  Gosok2 la pakwe aku tu pujok2 siked.  Kalo tak naye.  Habes je perform teros Yuci berambat masok waiting room.  Stret to Jue Banos.  On the way tu ade budak betine ni lompat & capok belakang dia right in front of us.  Ya Allah punye malu tengok.  Yuci juz shook her off.  Edry aku tak nampak langsung.  Tapi tinggi2 siked kot jalan dengan Norman.  Dorang berdua takde sape capok pulak.  Kesiann..  Asek tengok Yuci je yang dapat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2025 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-5-2025 06:48 PM
Motif Edry tetiba kiut di mata meols. Choi!

Hada terbaca komen kat thread

Acanerrrrr nk pulang...kamiii x jumpaaaa pintuuu keluar stadium tuuuu arrrrr ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
cikmouse replied at 17-5-2025 12:27 PM
Acanerrrrr nk pulang...kamiii x jumpaaaa pintuuu keluar stadium tuuuu arrrrr ..

Matilah trapped ala2 citer Inception.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 17-5-2025 12:08 PM
True story.  Aku bawak la pakwe (aku punye rebound right after cerai) edah baru sebulan habes teng ...

Hahaha

Yusry tu memang gila babeng punya ramai peminat. Masa kat Axiata asyik2 jerit Yusry Yusry peminat he.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Td BC KT IG imantang die plan NK buat Konsert next year..I rase tak ptt la NK buAt kerap2 nti hilang eksklusif dorg ni,MCM sorg Tu asek buat Konsert je,wlpn no syatu TP org MCM boring da Kan...TP klu buat I rase pegi lg hahahahaha peminat KRU smpi bile2
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mamaterrer replied at 17-5-2025 10:18 PM
Td BC KT IG imantang die plan NK buat Konsert next year..I rase tak ptt la NK buAt kerap2 nti hilang ...

Bukan la.  Itu wasap 2022.  Pi tengok balik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols lah antara penyumbang juta juta tu. Pulun day 1,3,4 hahaha memang puas hati. Tunggu 3-5 tahun lagi lah kalau nak buat konsert lagi. Bagi fans rinduuu dulu.. Tapi tu lah 3-5 tahun lagi diorang pulak makin berusia harap boleh maintain energy macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
joyah_jinki replied at 17-5-2025 02:52 PM
Iols lah antara penyumbang juta juta tu. Pulun day 1,3,4 hahaha memang puas hati. Tunggu 3-5 tahun l ...

Kita2 pun tak tau hidup lagi ke tak masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 11:29 PM | Show all posts
Edited by dua_chzy at 17-5-2025 03:33 PM
cikmouse replied at 17-5-2025 12:27 PM
Acanerrrrr nk pulang...kamiii x jumpaaaa pintuuu keluar stadium tuuuu arrrrr ..

Nah untuk yang belum jumpa jalan keluar.

  
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-5-2025 11:29 PM
Nah untuk yang belum jumpa jalan keluar.


Sajaaaaa jerrrrr kamu kan...buat kami makin melilau2 dlm axiata arena nieeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cikmouse replied at 17-5-2025 03:35 PM
Sajaaaaa jerrrrr kamu kan...buat kami makin melilau2 dlm axiata arena nieeeee...

Nak kena panggil stad rukyah ke uolllssss hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-5-2025 10:06 PM
Hahaha

Yusry tu memang gila babeng punya ramai peminat. Masa kat Axiata asyik2 jerit Yusry Yusry  ...

Dia tau dia punye game.  Orang camtu bahaye.  *AWAS!*

Cube tanye dia berape ramai dah DM dia.  Harap2 bini boley bersabar la.  Yang DM tu pon dah kerepot2..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bff terpaling setia dgr rintihan 2-3pagi boleh la bagi pinjam 4.65Juta kat mak janda k..untung byk dh tu..siap dpt MBR awards..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
9 Perkara Gempak Yang Berlaku di Konsert GenKRU!

Penulis masih tidak boleh move on lagi dengan kehebatan konsert GenKRU yang melabuhkan tirai menerusi persembahan malam keempat, pada Ahad minggu lalu.

Mari kita imbas semula perkara-perkara menarik yang berlaku pada malam ketiga konsert tersebut!

1.Tenaga luar biasa dari trio adik beradik ini sewajarnya mendapat pujian. Selain Edry (49 tahun), Yusry dan Norman telah melepasi usia separuh abad (52 dan 54 tahun). Kemampuan mereka beraksi lincah dengan gerak tari ketika menyanyikan lagu sepanjang 2 jam 30 minit konsert, sangat penulis kagumi. Kita lihat sajalah lagu-lagu KRU seperti Ohh! La! La!, Fanatik, dan Negatif – betapa pantas dan rancak beat lagu tersebut serta menuntut attitude dan stamina tinggi daripada mereka. Ternyata, KRU sangat cemerlang di atas panggung! Tidak kedengaran langsung lelah ketika mereka bernyanyi, bahkan tidak juga mereka kelihatan pancit walau perlu melompat dan menari.


2.Persona romeo yang satu, Datuk Yusry Abd Halim ternyata tidak pernah pudar. Kehadiran Yusry di pentas, lagi-lagi ketika menyanyikan bahagian solo, mendapat sorakan yang cukup kuat daripada penonton (sudah pasti penonton wanita!). Kakak-kakak di dalam stadium ternyata masih kental menjadi peminat fanatik Yusry, walaupun masing-masing sudah berkeluarga. Maaf buat para suami, malam itu isteri awak semua terasa muda remaja kembali!

3.Selaku antara kumpulan yang melakukan revolusi besar dalam industri muzik tanah air pada tahun 90-an, untuk melihat KRU larut dalam emosi adalah perkara yang sangat susah untuk kita jumpa. Ternyata di sebalik imej budak nakal dan ranggi, KRU cepat tersentuh apabila berbicara tentang ibu mereka. Malam itu, ketiga-tiga adik beradik ini menitiskan air mata ketika menyanyikan lagu Penjunjung Namaku. Menurut KRU, lagu ini cukup personal buat mereka, apatah lagi bonda mereka, Puan Zarina binti Abdul Wahab Fenner menjadi insan yang menyokong kuat KRU sejak hari pertama mereka melangkah masuk ke industri seni. Dan bonda mereka hadir pada setiap malam, untuk menyokong perjuangan anak-anak yang beliau cintai. Penulis pun terasa sebak tau.


4.Penulis seronok melihat penonton yang hampir 10 ribu dalam Axiata Arena pada malam itu menikmati persembahan dari trio KRU. 90% penonton adalah golongan dewasa, yang sudah berkeluarga dan anak besar panjang. Namun malam itu, mereka membiarkan diri mereka kembali ke masa lalu, merasai zaman remaja untuk kali kedua. Tentu banyak kenangan mereka membesar dengan lagu-lagu KRU. Yang lelaki pasti menjadikan lagu KRU sebagai muzik rasmi berlatih menari, dan yang wanita menjadikan poster kumpulan KRU sebagai hiasan di dinding bilik tidur masing-masing. Selepas kali terakhir KRU berkonsert di Istana Budaya pada 2018, ternyata masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan langsung gergasi industri muzik ini sekali lagi, apabila mereka bersetuju untuk kembali di pentas skala mega setelah diyakinkan oleh Iman Tang dari delegasi ICON Entertainment.


5.Menerusi sesi sidang media selepas konsert malam ketiga, KRU menjelaskan bahawa persetujuan mereka untuk menambah konsert pada malam ketiga dan keempat merupakan cara untuk mereka membalas jasa dan sokongan peminat. Konsert malam pertama adalah rancangan utama, tetapi penambahan hingga malam keempat dibuat demi memberikan peluang kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kembara muzik KRU sepanjang 33 tahun ini. Iman Tang menjelaskan, walaupun sudah ditambah hingga malam ketiga, trafik di website jualan tiket menunjukkan carian mencecah angka ratusan ribu daripada fans untuk konsert GenKRU. Lalu hanya pada hari Rabu (3 hari sebelum malam ketiga), ICON Entertainment membuat pengumuman penambahan satu hari lagi konsert, semua demi peminat. Secara tidak langsung, perkara ini melayakkan KRU untuk menerima anugerah dari Malaysia Book of Records.

6.Melakukan pementasan di konsert skala besar menuntut kreativiti dan idea luar biasa daripada KRU dan tenaga produksi. Ulas mereka, gimik dan kejutan yang dibuat pada malam pertama dan kedua tidak boleh diguna pakai pada malam ketiga, kerana sudah menjadi viral di Tiktok dan telah diketahui oleh orang ramai. Jadi, KRU perlu pantas menyusun semula perjalanan konsert supaya setiap malam tidak kelihatan sama. Untuk itu, mereka memanggil Abon untuk membuat cameo di atas pentas, dan mengembalikan nostalgia muzik video Terhangat Di Pasaran. Tambah KRU, mereka bukan sahaja menitik beratkan aspek muzik, tetapi KRU sendiri lengkap hadir dengan visual dalam setiap persembahan, baik di kaca tv mahupun di pentas acara langsung.


7. Bukanlah ICON Entertainment namanya kalau tidak meneruskan kecemerlangan konsert di kota raya Kuala Lumpur untuk dibawa ke kota Singa. Ujar Iman Tang, perancangan untuk meneruskan konsert GenKRU sudah tentu ada, tetapi maklumat lanjut akan dikongsikan apabila semuanya telah bersedia. Yusry berkata selepas 4 malam siri pementasan konsert, mereka mahu berehat dahulu. Konsert berskala besar seperti ini menuntut komitmen yang bukan sedikit dari setiap mereka yang terlibat, sama ada dari tuntutan masa, tenaga, komitmen, latihan dan juga persiapan mental. Jadi, KRU mahu berehat dan relax dahulu, sebelum melakukan gerak gempur untuk agenda seterusnya.

8. Selain keunggulan gergasi boyband negara, konsert GenKRU seharusnya menjadi bukti bahawa kekuatan seluruh tenaga produksi menjadi penyumbang utama kejayaan konsert 4 malam tersebut. Tepukun gemuruh wajar diberikan buat barisan pemuzik yang mengiringi KRU sepanjang konsert. Reza Ramsey selaku Music Director cemerlang dalam menyusun muzik bagi konsert berkenaan. Muzik kedengaran cukup grande dan mega. Kehadiran puluhan penari mengiringi hampir setiap lagu juga merancakkan suasana konsert.

9. KRU menjadi bukti bahawa kumpulan vokal juga mampu bertahan lama dan kekal relevan dalam industri muzik. Bijak, kreatif, berani, bold, dan berfikir jauh ke hadapan – ini antara kekuatan tiga beradik ini, dalam membina empayar KRU. 33 tahun unggul di dalam industri, tidak mustahil nama mereka akan kekal abadi sehingga seratus tahun lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-5-2025 11:37 PM
Nak kena panggil stad rukyah ke uolllssss hahahaha

  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.054839 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list