|
tp aku mmg terkejut dgn kegemukan badan As Feminin....bagai di pam2....ca tak caya je tu dia especially tang boots dan perut |
|
|
|
|
|
|
|
mlm tadi tgk repeat kat @15, ok gak program tu. memang betullah kata SM, ada yg boleh jadi bahan lawak pulak.
tapi yg tak bestnya LO tu, asik menggeliat geliatkan badan je... dah mcm slut pulak...
satu lagi, rasanya dia tak boleh tanya pada juri sapa yg best, sapa yg corot. dah le org tu menari untuk amal, karang dah kecik hati, tak de mood dah.. walhal program ni untuk enjoy |
|
|
|
|
|
|
|
mmg tak patut mintak juri nyatakan sapa yg paling best nari sapa yg paling tak best nari.....
dari diorang nak wat amal....dah jd lain nanti..... |
|
|
|
|
|
|
|
suka tengok anne. dah beranak makin lawa. |
|
|
|
|
|
|
|
tade org upload full episode ke  |
|
|
|
|
|
|
|
Vanida & Shidee still the best.  |
|
|
|
|
|
|
|
riezman besh mlm ni  |
|
|
|
|
|
|
|
anne tu mmg lawa.. tp aku tak berkenan sejak dia kawin ni makin seksi n seksa! tgk masa launch SEHATI BERDANSA kat kl hilton, dia pakai mini skirt beb.. terkejut jap tgk.. biar btul anne ni.. tak pnh2 pkai skirt even dlm drama lakonan pon.. dahla kaki tak cantik, ada hati nak myeksiii.. patut lepas kawin ni lagi jaga aurat..
as gemok sgt kan? bukanke dia mengandung? sesuai laki bini kembang semangkuk ha, masa minggu 1st tgk as menari smbil kunyah chewing gam.. mcm siot je.. sugguh tak sopan!!!
vee n shidi sgt sweet.. sukala tgk dorg |
|
|
|
|
|
|
|
yg juri tu dok komen pasal baju tu apasal?? bkn ke dorg ptt judge cara tarian jekk...?? tak phm aku
[ Last edited by miz_nalia at 18-11-2007 02:50 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #72 archerfahid's post
eleh... astro pnya taktik.. knon mndermaa sgt lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ari nie ade yg terkeluar x...x tengok ar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #74 hippo_gurl's post
|
|
|
|
|
|
|
radhi kuar ye?
tak besh sangat ke dia nari? |
|
|
|
|
|
|
|
radhi keluar? alaaaa... cian nyer cute couple tu....
tapi rase nye yg paling x best rihanna tu... couple dia keras kaku jer... |
|
|
|
|
|
|
|
last week tak dapat nak mengikuti sangat la...
tapi markah from judges tinggi2 ek last week..
saper terkeluar ek....result pun tak tengok.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sehati Berdansa Radhi, Shazlin kecewa disingkirkan
Oleh ABD. AZIZ ITAR
IMPIAN Radhi dan Shazlin musnah apabila disingkirkan pada minggu kedua Sehati Berdansa.
--------------------------------------------------------------------------------
VOKALIS kumpulan OAG, Radhi dan isterinya, Shazlin menjadi pasangan pertama Sehati Berdansa yang disingkirkan daripada program televisyen (TV) realiti itu pada minggu kedua ia disiarkan menerusi saluran Astro Ria malam kelmarin.
Penyingkiran itu meranapkan impian pasangan tersebut untuk merangkul hadiah bernilai RM200,000 sekali gus membantutkan usaha membantu mengisi tabung Persatuan Disleksia Wilayah Persekutuan yang mereka wakili.
Menurut Radhi, kekecewaan itu paling ketara apabila dia menganggap penyingkirannya kerana sikap pilih kasih juri Linda Jasmine dan Fathee Abdullah dalam soal pemarkahan.
揝aya tidak boleh terima kenyataan ini. Saya tidak boleh terima apatah lagi apabila ada di antara mereka (juri) kata, jangan risau fasal markah yang telah kami berikan kepada anda.
揑a seolah-olah menggambarkan kami ini tidak memberikan persembahan yang baik atau tiada peningkatan berbanding minggu lepas.
揗alah, saya terkilan apabila EE (Fathee) kata, gaya saya menari 憄oyo |
|
|
|
|
|
|
|
Fathee: Tarian Radhi OAG-Lin 'poyo'
19-11-2007 11:35:14 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
PROGRAM realiti "Debaran Sehati Berdansa" pada malam Ahad lalu telah menyingkirkan pasangan Muhammad Radhi Razali (OAG) dan Shazlin Sharif ketika nama mereka diumumkan di Studio 1, Astro.
Kedua pasangan suami isteri itu kalah dengan tujuh pasangan lain iaitu pelakon Anne Ngasri dan Wafi Hassan, penyanyi dan pelakon Atilia Raha Haron dan Ariff Abdul Jalil, bekas penyanyi kumpulan Feminin As Muhammad dan bekas pemain bola sepak Selangor Azman Adnan.
Peserta lain adalah penyanyi Haiza Nordin dan Hanafpe Omar, pengacara Rai Abdul Rahman dan Zain Mohamed Shah, pelakon, penerbit dan pengarah Rizman Mohd Khuzaimi dan pelakon Kartina Ayoob serta pelakon Vanidah Imran dan pelakon, penulis skrip dan ahli muzik Rashidi Ishak.
Program pertandingan tarian yang disertai oleh para selebriti dan pasangan masing-masing ini diadaptasi dari program India, Nachbaliye.
Setelah disingkirkan, niat pasangan ini untuk membantu Persatuan Disleksia Wilayah Persekutuan terhenti setakat minggu kedua dengan mengutip sumbangan sebanyak RM2,000.
Semasa sidang media diadakan, bukan Radhi dan Lin sahaja yang kecewa malah koreografer mereka, Michael Tan Say Peng juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penyingkiran ditangan penonton itu.
"Kami memang terasa ada kemungkinan untuk keluar tetapi kami tetap tak nak terima kenyataan.
"Saya tak puas hati sebab juri cakap tak mengapa tentang markah sebab ramai peminat kamu yang akan undi nanti. Jadi, saya sarankan juri kena tukar setiap minggu.
"Selain tu sebab kami tak dapat buat kebajikan. Mereka tak bagi masa yang lama untuk kami tunjukkan kebolehan kami" kata Radhi mengenai rancangan tarian yang diadili oleh dua juri profesional Linda Jasmine dan Fathee Abdullah.
Juri undangan pada minggu kedua adalah pelakon Jaafar Onn. Pemarkahan yang diberikan juri adalah sebanyak 50 peratus dan sebahagian lagi berdasarkan undian penonton melalui SMS atau talian tetap.
Dalam masa yang sama, isteri Radhi tidak bersetuju dengan pendapat suaminya tentang juri harus ditukar setiap minggu.
"Saya tak setuju sebab kalau setiap minggu juri yang berlainan mereka tak dapat lihat perkembangan peserta pada setiap minggu. Tapi saya nasihatkan setiap juri perlu profesional.
"Kami rasa terkilan sangat sebab tak dapat bantu pesakit Disleksia di mana pesakit ini walaupun nampak normal tetapi mereka mempunyai masalah kekeliruan mengenal huruf dan perkataan.
"Pesakit sebegini perlu diajar dalam satu kursus yang memakan masa yang lama selain memerlukan kesabaran yang tinggi," terang Lin yang seronok dapat menari sambil menyertai pertandingan yang julung kali diadakan oleh stesen penyiaran Astro itu.
Bagi Michael pula, walaupun kecewa dengan penyingkiran tersebut tetapi beliau bangga dan berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan.
"Saya tak jangka mereka akan tersingkir kerana mereka telah menunjukkan persembahan yang baik semalam.
"Tarian joget hanyalah untuk berseronok. Setiap langkah joget, tenaga, persembahan dan ekspresi mereka menonjol. Saya tak faham kenapa Linda cakap Radhi dan Lin tak mengancam. Apa maksudnya?," ujar Michael yang kelihatan tidak berpuas hati.
Namun, Linda dan Fathee atau EE mempunyai alasan tersendiri tentang komen yang mereka berikan kepada pasangan ini.
"Kalau boleh kami tak nak sesiapa pun yang keluar. Tapi saya tak rasa terkejut dengan penyingkiran tersebut.
"Bagi saya semua peserta mempunyai peningkatan dan perubahan yang drastik ketika melakukan persembahan pada minggu ini berbanding minggu lalu. Namun, tarian joget yang dibawakan oleh Radhi dan Lin nampak kaku.
"Kelakuan Radhi yang kelihatan gila-gila tu tak menjadi masalah tetapi yang melemahkan mereka adalah koreografi yang tidak membantu persembahan. Ia nampak terlalu ringkas," kata Linda.
Sebelum keputusan penyingkiran diumumkan, dua pasang peserta yang dijangka terkeluar adalah samada pasangan Haiza dan Hanafpe atau Rai dan Zain berdasarkan undian yang rendah.
Menurut kedua juri ini, secara terus-terang mereka melihat pasangan Vanidah dan Rashidi sebagai pasangan penari terbaik manakala Atilia dan Rizman pula lebih menonjol sebagai individu yang pandai menari.
"Kelebihan Vanidah dan Rashidi kerana mereka mempunyai penghayatan yang sama dari segi pemahaman dan feel.
"Koreografer perlu reka sesuatu yang menonjol dan mencuit hati orang. Ini adalah pertandingan dan mereka perlu buat sesuatu lain dari yang lain dengan kreatif serta menggunakan imaginasi.
"Saya kata tarian Radhi dan Lin ni 'tarian poyo' sebab usaha mereka untuk membuat tarian tersebut dengan cara mereka sendiri. Saya saja nak ajuk dan tiada maksud terselindung disebalik kata-kata itu," ulas EE.
Setelah perjuangan tarian Radhi dan isteri terhenti setakat ini, namun beliau mempunyai agenda lain yang harus diteruskan.
"Sekarang album saya sudah bebas dari edaran EMI kerana saya sudah mempunyai syarikat sendiri Orang Utan Records.
"Album kelapan saya "Orang-Orang" iaitu sambungan daripada album "Orang" episod pertama dan kedua akan dipasarkan pada bulan April tahun depan.
"Saya juga telah berlakon filem "Antoo Fighters" yang menceritakan tentang penentang hantu yang bakal ditayangkan pada bulan Mac tahun hadapan. Cerita tersebut menggunakan teknik CGI," akhiri Radhi.
Pertandingan "Sehati Berdansa" yang berlangsung pada 10 November lalu tidak menyaksikan mana-mana peserta yang tersingkir pada keesokan malamnya melalui program "Debaran Sehati Berdansa".
Tarian yang bakal dipersembahkan oleh tujuh pasang penari pada minggu ini bakal diketahui menerusi slot "Detik Sehati Berdansa" pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 9 malam selama lima minit di saluran 104.
Juara pasangan penari yang terpilih akan membawa pulang RM200,000 dan trofi dan koreografer dihadiahkan sebanyak RM8,000 dan trofi.
Saksikan "Malam Sehati Berdansa" pada setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria. |
|
|
|
|
|
|
| |
|