CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyface76

IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 15-8-2005 02:12 PM | Show all posts
salamat anne...nasib baik kau ada dapat nengok screencap citer nie...encem arr diet...citer nie pada aku memang best,...tak sabar nak tahu endingnya...hehehe

anne...kau pun nengok citer samsoon ke...heheh aku sedang mania citer samsoon nie...heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2005 04:00 PM | Show all posts
welcome...welcome....amboi first time aku nampak ko tukar avatar nie...selalu tue gambo si diet tue ajela....anne terpengaruh citer nie sejak si hana tue la asyik dok msg anne suruh masuk thread si samsoon tue la...Mula2 jadi pembaca belakang tabir aje la tp bila dah addicted terpaksa le memunculkan diri...he..he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2005 04:52 PM | Show all posts
hahha aku nie pun dah angau kan hyun bin...heeh diet pun dah tertolak ketepi...heheh

diet....sorry....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 08:42 AM | Show all posts
Morning guys...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 08:51 AM | Show all posts

Episode 66- Summary

Ivan dan Nea masih berada didalam restaurant yang baru didapati oleh Ivan. Nea sungguh terharu dengan perbuatan Ivan itu yang sanggup membantunya. Dia tertanya-tanya kenapa Ivan sanggup melakukan semuanya itu dan bagaimana dia boleh membayar hutang budi nya itu. Ivan tidak meminta apa-apa balasan kerana padanya mungkin suatu hari dia memerlukan pertolongan dari Nea dan berharap Nea tidak menolak permintaan nya ketika itu. Lalu lah Nea lebih terasa dan menyentuh pipi Ivan dan mereka berdakapan.

Jasmin pula dapat berbual dengan ibu Oliver. Susana bertanya khabar tentang Jasmin dan juga bertanya tentang hubungan nya dengan Oliver sekarang. Susana hampir menitiskan airmata...Jawab Jasmin dengan lembut yang mereka sudah mempunyai kehidupan masing-masing. Susana mengakui yang Oliver sudah banyak berubah. Dia bukan Oliver yang dulu mereka sayangi. Susana juga kesal kerana menyangka dengan menjauhkan Jasmin dan Oliver, kehidupan Oliver lebih bertambah baik tetapi apa yang terjadi sekarang ini adalah terbalik.

Zsa zsa pula masih lagi merasa insecure... dengan segera dia menyampaikan berita yang Jasmin tidak ada dimejanya. Lalu Oliver memberitahunya yang Jasmin keluar bersama Susana untuk berbincang. Kenapa pulak ibu Oliver perlu berbincang dengan Jasmin, tanya zsa zsa lagi dan ternyata sekali Oliver juga tidak tahu berkenaan dengan perbincangan itu.

Ivan dan Nea mengelilingi keseluruhan restaurant tersebut dan banyak perkara yang perlu mereka lakukan, ianya perlu di cat semula, drainage perlu diperbaiki dan macam-macam lagi. Dan at last, Ivan menyatakan hasratnya...satu business proposal kepada Nea. Ivan mencadangkan yang dia akan mengeluarkan modal dan Nea pula akan menguruskan restaurant itu. Dan mereka akan menjadi rakan kongsi dalam business tersebut. Nea mahu memikirkan dulu dan pada mulanya dia tidak mahu menerima cadangan Ivan kerana dia belum tentu dapat membayar semula kepada Ivan. Tetapi Ivan tetap berkeras dan akhirnya Nea bersetuju. Pada Ivan mereka tidak boleh menoleh balik.

Susana dan Jasmin menyambung perbincangan mereka. Susana mula memujuk Jasmin semula, dulu dia meminta Jasmin meninggalkan Oliver atas dasar kerana ibu tiri Jasmin adalah bekas kekasih suaminya Roden....sekarang dia mahu pula Jasmin kembali semula ke pangkuan Oliver dan berharap Jasmin tidak meninggalkan Oliver lagi. Jasmin terkejut dengan permintaan Susana dan dia menolak dengan baik yang tak mungkin itu akan berlaku lagi.

Berbalik kepada Ivan dan Nea. Nea sebenarnya mahu mengubah fikiran berkenaan dengan business proposal dari Ivan tetapi Ivan meyakinkan Nea bahawa dia akan selamat dengan Ivan ..."I WILL NOT FALL IN LOVE WITH YOU" Terbeliak mata Nea mendengar ungkapan itu....tetapi Ivan took back his words, katanya dia cuma bergurau dan tengoklah nanti. Ivan memberikan satu isyarat dan tiba-tiba keluar beberapa waiter dan mereka menyediakan satu meja khas untuk special dinner Ivan dan Nea. Nea terkejut dan Ivan berkata memang sepatutnya mereka berdua yang meresmikan restaurant itu dulu. Nea cukup gembira dan terkejut dengan surprise yang dilakukan oleh Ivan.

Susana menghantar kembali Jasmin ke kedai buku dan ketiga-tiga mereka termasuk Oliver saling berpandangan dan Jasmin meneruskan pekerjaannya. Susana menjemput Oliver untuk singgah kerumah mereka dan selepas itu Oliver dengan muka yang marah pergi mendapatkan Jasmin dan bertanya padanya apa yang dia dan ibunya berbincang tadi. Jawab Jasmin dengan sinis sekiranya dia ingin tahu, mereka membincangkan peristiwa lampau Oliver dan juga harapan mereka untuk masa depan Oliver. Kerana itu Oliver terus meninggalkan Jasmin disitu.

Ivan dan Nea mula membuat toast dengan champagne. Tetapi Nea terhenti dan berkata dia tidak mahu minum kerana dia teringat akan satu peristiwa. Bila ditanya oleh Ivan bila kali terakhir dia minum, jawab Nea semasa Company Party mereka. Dan dengan serta merta wajah Nea berubah menjadi takut. Ivan pasti mengerti akan hal dicakapkan oleh Nea.

Oliver terdiam dan dia terkenang kembali waktu akhir dia sepatut bertemu dengan Jasmin sebelum bertolak ke Amerika dimana dia akan memberi Jasmin bunga dan seutas rantai dengan berloket OLIJAS.

Ivan dan Nea hampir meninggalkan restaurant itu dan Nea memerhatikan semula signboard baru yang terpampang dihadapan restaurant itu. Dia sungguh terharu dan perlahan-lahan dia memberikan satu ciuman di pipi Ivan. Ivan sendiri tidak menyangka dan Nea juga mengucapkan terima kasih kepadanya. Ivan menghantar Nea balik ke rumah. Sementara Nea masuk kedalam, Ivan mencuri pandang kearahnya, begitu juga dengan Nea kononnya menutup gate tetapi mencuri pandang ke arah Ivan.

Keesokan harinya semasa mereka menikmati sarapan, Nea memberitahu mereka semua yang dia ada satu berita dan tersenyum. Jasi Jasmin merasakan itu mesti berita gembira. Nea memberitahu yang dia dan Ivan akan menjadi rakan niaga dengan restaurant baru mereka. Tetapi Nea bertanya pada Jasmin sekiranya ok untuk nya berkongsi dengan Ivan. Jasmin dan Hazel bersetuju. Cuma Yolanda mula mengusik dan Nea tidak menyukai diusik begitu. Pada Yolanda sepatunya sudah sampai masanya untuk Nea mencari teman kerana kalau dia mempunyai teman istimewa sudah tentu Nea tidak menjadi orang yang sombong atau menjadi tua.

Ivan sudah hampir meninggalkan rumahnya bila Roden masuk dan bertanya padanya kemana anaknya itu akan pergi lagi. Ivan cuma menjawab secara ringkas yang dia perlu menguruskan sesuatu. Roden memarahi Ivan kerana membuang masa menguruskan restaurant kecil yang didirikan bersama Nea Fontanilla. Sepatutnya dia menguruskan perniagaan keluarga mereka. Roden memberi amaran kepada Ivan tetapi kali ini Ivan sudah tahu melawan dan berkata dengan keras "THIS IS MY LIFE" dan terus keluar.

Ivan datang sekali lagi untuk menjemput Nea. Dia meminta izin dari Jasmin ..."boleh tak saya meminjam kakak awak?" Sudah tentu Jasmin membenarkannya dan dalam masa mereka meninggalkan rumah, Yolanda sempat bernyanyi seperti mengusik mereka berdua. Ivan dan Nea memandang satu sama lain dan selepas itu Nea memberikan jelingan tajam kepada Yolanda.

Oliver singgah ke rumah ibu bapanya tetapi Roden tidak ada dirumah. Kata ibunya sejak ayahnya keluar dari hospital dia jarang berada dirumah. Oliver juga sempat bertanya kepada ibunya tentang apa yang dibincangkan antara ibunya dengan Jasmin tadi.

Sementara Yolanda sedang membuat therapy, loceng pintu berbunyi dan therapist nya yang menolong membuka pintu dan Yolanda terpandang kepada tetamu tersebut...dan hanya ini yang keluar dari bibirnya "RODEN?" Roden juga terkejut melihat Yolanda.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 08:53 AM | Show all posts

Episode 66 - Screencaps

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2005 08:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 08:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2005 09:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 09:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 09:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2005 10:22 AM | Show all posts
morning anne...aku nie menunggu je kau masukkan tuk setiap ep..dulu selalu lah aku masuk sini sebab nak masukkan gambar diet...info tapi sejak link diet dah tak boleh masuk terpaksalah aku merayap kat thread2 lain tuk menunggu korang kat sini...heheeh
Reply

Use magic Report

cikjenah This user has been deleted
Post time 16-8-2005 10:50 AM | Show all posts
asslaamualaikum... good morning !
lama tak masuk sini .... makin best la citer nie?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2005 11:54 AM | Show all posts
hai cikjenah...pekabar....

heheh nak tanya korang....berminat tak nak beli cd nasaam ka man
lakonan diet...echo dan claudine...
kalau korang berminat boleh send email kat shane..

nie emailnya..

shanew3stgalz@yahoo.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2005 11:56 AM | Show all posts
citer nie makin lama makin best cikjenah...aku setiap kali ada video...aku mesti d/load...lepas tu baca citernya...heheh baru aku faham...
tapi apa2 pun aku suka citer nie...kalaulah kuar kat tv mesti bestkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 09:33 PM | Show all posts
hah aku setuju citer ni makin lama makin best...
harap harap 8tv ke t3 ke mainkan citer nih nanti mesti demam lagi org malaysia... :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2005 08:58 AM | Show all posts

Episode 67 - Summary

Hi baby...it's normal lah tue baby, friends help friends kan...Kita kat sini sama2 nak kongsi info so memandangkan anne nie yg senang nak paste info why not I give u a hand kan..Don't worry...Be happy ok

Here is the summary;

Akhirnya Roden dan Yolanda bertemu kembali dan peluang itu digunakan sebaik mungkin oelh Yolanda untuk memburukkan nama kedua-dua anak tirinya. Roden mendapat tahu yang Nea dan Jasmin adalah anak Larry Fontanilla, lelaki yang merampas Yolanda daripanya dulu.

Setelah Ivan menjemput Nea dirumah, dia terus membawa Nea ke satu gereja untuk bertemu dengan seorang spiritual adviser yang telah membantunya dahulu. oleh kerana terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup Nea dia sudah lupa pada Tuhan. Nea pada mulanya keberatan untuk masuk tetapi setelah dipujuk oleh Ivan dia bersetuju untuk bertemu dengan paderi tersebut.

Sementara di kedai buku, sikap Oliver masih tidak disenangi oleh Jasmin dan dia juga cuba bermesra-mesra dengan Zsa zsa dan membuat Jasmin lebih geram dan mungkin cemburu.

Setibanya dirumah, Roden bersemuka dengan isterinya tentang kehidupan anak mereka yang terlibat dengan anak-anak Larry Fontanilla. Susana tidak mengenali siapa Nea tetapi dia terpaksa mengaku yang Oliver pernah terlibat dengan Jasmin. Kerana itu dia menyuruh Susana untuk memanggil anak-anak mereka kerumah untuk berbincang. Agaknya jarum Yolanda sudah mula mencucuk Roden untuk mengikut kemahuannya.

Semasa mereka sedang makan malam, Oliver sebenarnya tidak tahan untuk duduk semeja dengan ayahnya dan mahu beredar dengan segera. Tetapi Roden menahannya dan berkata kepada anak-anaknya...

Rodel: KAU OLIVER, BUANG SI JASMIN DARI KEDAI BUKU ITU DAN KAU IVAN HENTIKAN PERNIAGAAN KAU DENGAN NEA KALAU TAK MAHU RUGI!

Terkejut kedua-dua beradik itu dengan paksaan ayah mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2005 09:00 AM | Show all posts

Episode 67 - Screencaps


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2005 09:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2005 09:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.067632 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list