|
IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)
[Copy link]
|
|
Episode 58 - Summary
Nea memberi Jasmine nombor telefon Oliver yang didapatinya dari Ivan. Jasmine ada juga memberitahu kakaknya yang dia ternampak Oliver dalam kereta dan dia cuba mengejar Oliver. Nea mengerti perasaan adiknya kerana dia tahu Jasmine masih menyintai Oliver dan sepatunya mereka dapat bercakap antara satu sama lain dan biarlah Jasmine menelefon Oliver.
Si Zsa zsa pula mengajak Oliver pulang ke Amerika. Oliver terhutang budi kepada zsa zsa kerana menyelamatkan nya... kalau tidak dia hampir mati di sana. Kata Oliver, "I'm glad I survived..." dan zsa zsa memicit-micit kepala Oliver. Zsa zsa mengambil kesempatan untuk bertanya sekiranya dia berjumpa semula dengan Jasmine, Oliver terdiam dan akhirnya berkata janganlah ungkit hal Jasmine lagi.
Berbalik kepada Nea dan Jasmine, Jasmine merasa takut bila dia ternampak Oliver tetapi dia bahagia demi Oliver dan lebih baik lagi jika mereka tidak ada hubungan. Sementara kedua-dua beradik ini berbual, Yolanda dan Hazel memerhatikan mereka. Cuma cara mereka memandang menunjukkan mereka mempunyai niat yang tidak baik. Nasihat terakhir dari Nea supaya jangan mengikut caranya yang tidak tahu cara untuk bercinta.
Jasmine sedang memegang nombor telefon Oliver dan hampir mendial nombor itu bila dia terkenang kata-kata Susana kepadanya...bebaskanlah oliver... Jasmine tersedar dan akhirnya membuang nombor itu terus.
Di hospital, Ivan sedang melayan ayahnya makan. Ivan menyatakan pada Roden yang dia balik kerana ayahnya yang sedang sakit dan bukan kerana business mereka. Ramai yang mampu membuat kerja di company. Roden masih berkeras yang hanya Ivan saja yang mampu menjalankan kerja di Company mereka kerana dia tidak percaya pada orang lain.
Berlaku satu insiden dimana restaurant Nea dimasukki oleh orang yang tidak bertanggungjawab lalu merosakkan harta bendanya didalam restaurant. Ketiga-tiga beradik merayu kepada lelaki-lelaki tersebut untuk menghentikan perbuatan mereka. Nea sudah menangis tetapi Yolanda seakan-akan gembira. Mereka akhirnya berhenti setelah puas merosakkan barang-barang didalam restaurant.
Nea sungguh kecewa dengan para pekerjanya yang tidak berbuat apa-apa semasa kejadian tadi dan juga hasil restaurant semakin lama semakin sikit dan dia sendiri terpaksa menambah untuk menampung kos. Nea merasakan seolah-olah dia dirompak. Yolanda berbunyi dan bertanya sekiranya Nea menuduh nya melakukan perbuatan mencuri itu. Nea pula menjawab kenapa Yolanda terasa dan mulalah Yolanda membuat drama swasta...yang dia sedar Nea lah yang memberi mereka makan minum dan sebgainya tetapi dia tidak suka apa yang Nea lakukan terhadap Hazel. Nea sedar akan kata-kata Yolanda. Tidak lama selepas itu Yolanda membayar lelaki yang ditugaskan membuat kekecohan dalam restaurant tadi...
Nea masih dirundung masalah dan sakit kepalanya memikirkan bagaimana dia harus meyelesaikan hal perniagaan kerana mereka asyik rugi saja kebelakangan ini...agaknya orang akan memungut mereka di tepi jalan. Nea meminta maaf pada Jasmine dan Hazel cuma memerhatikannya dengan muka yang sedih.
Di hospital, Oliver sedang menyelimutkan ayahnya dan sejurus itu, Ivan pun tiba.
Jasmine menasihati Hazel supaya bersabar. Kata Hazel, mereka tidak mempunyai pilihan dan terus masuk tidur tetapi dia menangis kesayuan.
Di hospital semula, Ivan dan Oliver berbual. Ivan bertanya pada adiknya kenapa kebelakangan ini Oliver sering menjauhkan diri dan dia bimbang tentang Oliver. Anak muda itu menjawab yang semuanya akan bertambah baik, dan berterima kasih saja pada orang lain. Ivan gembira Oliver kerana kepulangan Oliver dan Oliver akhirnya menyatakan keputusannya yang biarlah dia menguruskan kerja-kerja di Company. Tetapi Ivan tahu itu bukan pilihan utama Oliver tetapi pada Oliver itu tidak penting lagi. Ivan seolah-olah marah dan berkeras biarlah dia sendiri yang menguruskan Company. Kedua-dua beradik pula bergaduh kerana berebut siapa yang lebih layak menjalankan kerja-kerja business keluarga mereka. Akhirnya Roden terjaga dan berkata pada oliver yang dia tidak memerlukan pertolongan OLiver.
Nea telah mengambil cashier baru dan memperkenalkan kepada Yolanda. Yolanda terkejut dan Nea meyakinkan Yolanda yang pekerja baru itu boleh dipercayai. Dia mengambil orang itu bekerja kerana Yolanda sudah komplen dulu...tetapi sebenarnya Yolanda tidak suka akan kehadiran pekerja baru itu.
Susana dan Ivan pula berbual-bual. Susana sedar yang dia tidak menjadi seorang ibu yang baik pada Ivan dan Oliver. Sebab itu Oliver menjadi begitu kerana dia memaksa oliver mencapai cita-cita ibunya tetapi tidak berjaya. Ivan cuba menenangkan perasaan ibunya dan berkata pada ibunya yang kenyataan itu tidak tepat.
Di kedai buku, Oliver dan Daphne berbincang tentang strategy terbaik untuk kedai mereka dan Oliver mendengar hal tentang story teller... jadi dia mahu Daphne menjadualkan interview dia dengan story teller tersebut. Daphne terus menelefon Jasmine dan Jasmine amat gembira sekali dan berjanji akan datang untuk di interview.
Nea dan Jasmine sedang bersedia, Nea kerana menghadiri satu semianr dan Jasmine kerana interview dengan pemilik kedai buku. Hati Jasmine berdebar tetapi Nea menasihatinya supaya jangan gementar dan berhati-hati. Jasmine juga mengingatkan kakaknya untuk berhati-hati dan pada Nea tidak ada apa yang perlu dia takuti kerana dia tidak akan kehilangan apa-apa. Jasmine tidak selesa dengan jawapan Nea dan terus menukar topik perbualan.
Jasmine sudah tiba di kedai buku tersebut dan memberitahu pekerja disitu yang dia ada temujanji. Secretary Oliver pun memberitahu Oliver yang storyteller sudah hadir untuk ditemuduga. Tetapi yang keluar ialah Zsa zsa dan mula mencemuh Jasmine dan Daphne juga keluar tetapi melakukan sebaliknya dan memberikan Jasmine semangat. Jasmine pun masuk kedalam bilik. Ketika itu Oliver sedang membaca satu buku yang agak besar. Jasmine mengucapkan selamat pagi dan dalam slow motion, Oliver meletakkan bukunya dan sedikit demi sedikit dia melihat Jasmine dihadapannya. Jasmine terkejut melihat Oliver.... |
|
|
|
|
|
|
|
baby..awat ko x bley masuk website diet? ntah2 server ko dah diblock kan...Ko tak tanya ke system punye orang... |
|
|
|
|
|
|
|
Baby nape ko tak bley masuk webs si diet tue agaknye ye? Maybe server ko dah diblock kot..Baik ko p usha2 dgn system officer ko kat opis.. |
|
|
|
|
|
|
|
hai semua....
lama x follow citer ni...
kalu xde aral melintang mlm esok aku gi charity dinner diettin kat sutera harbour... |
|
|
|
|
|
|
|
entahlah anne..ada 1/2 website aku dah tak boleh masuk..bab2 nie tak berani nak tanya sebab yg jaganya cina...kalau melayu boleh gak ajak bincang2...nie cina kang direportnya pulak...
aku mengharapkan kau lah tolong masukkan ..boleh gak aku tahu jln citernya dahlah makin lama makin best... |
|
|
|
|
|
|
|
hai michily..lama tak borak ngan kau...camana sihat ke??
wahh kau nak gi dinner ye..eh nak tanya dinner charity nie bukan ke tin ngan jericho ke??
ke tin ngan diet?? |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnye episode hari nie...nampak gayanya si ivan akan selalu le berjumpa si nea...sian kat jasmin... |
|
|
|
|
|
|
|
barulah best...nea akan selalu jumpa ivan...kemain berseri lagi muka ivan nengok nea...hehehe best...best citer nie...
sian jasminkan...sapa pompuan yg ngada2 cium oliver tu...oliver pun tak patut wat camtu...sedihnya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by babyface76 at 4-8-2005 01:25 PM:
hai michily..lama tak borak ngan kau...camana sihat ke??
wahh kau nak gi dinner ye..eh nak tanya dinner charity nie bukan ke tin ngan jericho ke??
ke tin ngan diet??
echotin la...
lupa plak...
echo mmg ensem, gwapo talaga...
tin-tin mmg sweet...
tapi tin-tin nampak kurus ckit la...
yg ruginya aku x dpt bergmbr dgn diorg sbb diorg kena serbu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|