CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyface76

IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)

 Close [Copy link]
Post time 14-7-2005 02:44 PM | Show all posts

Episode 43 - Summary

Nea telah kehilangan satu-satunya insan yang dia kasihi....dia merenung wajah ibunya yang kaku, diusap rambutnya, dicium tangannya...seketika itu juga Vonnie pun sampai dan menangis serta dipeluknya wanita yang dianggapnya sebagai ibunya sendiri. Tetapi Nea tidak berkata apa-apa.

Vonnie menghampiri seorang cashier untuk menuntut mayat Elena, tetapi mereka tidak dapat melakukannya kerana bayaran mereka tidak mencukupi. Nea hanya mampu merenung pada cashier tersebut dan dia bingung. Vonnie pula tidak dapat menahan sedihnya. Dia terpaksa kuatkan semangat demi kawannya. Vonnie akan cuba mendapatkan pertolongan dari Jojo (teman lelakinya) agar mereka dapat menuntut mayat Elena.

Ivan menelefon kawannya dan berkata yang dia seakan terkena sesuatu malam tadi dan dia tidak dapat mengingati apa yang berlaku. Dia bertanya apa yang terjadi malam tadi kerana dia tidak pasti apa sudah terjadi, dia tak tahu macamana dia boleh sampai kerumah. Ivan juga meminta supaya kawannya tidak menceritakan hal itu kepada Karri...Ivan geram kerana kepalanya pusing sekali.

Kawannya pula mengambil kesempatan dengan menceritakan yang Ivan menemui seorang perempuan, salah seorang peserta dalam pageant...mereka ada mengajak Ivan ikut bersama tetapi Ivan seperti mengejar sesuatu .... Ivan masih tidak ingat seperti dia khayal. Kawan itu bertanya lagi jika Ivan terjaga ada perempuan lain disebelahnya...Jawab Ivan memang tiada. Ivan mula naik radang dan mula memarahi kawannya kerana menanya soalan yang bukan-bukan. Perbualan dihentikan dan Ivan marah pada diri senriri...

Vonnie sedang menyediakan makanan, Nea baru keluar dari bilik untuk mandi. Dia masih dalam keadaan terkejut dan tidak menyedari kehadiran Vonnie. Dia juga terlalu diam sehinggakan barang yang dibawanya jatuh pun dia tidak perasan dan terus masuk kedalam bilik air. Vonnie memungut tuala Nea dan Nea mula mandi...barulah dia seakan benci pada diri sendiri, dia menggosok badannya dengan kuat...badan yang penuh dengan bekas lebam.

Nea merenung dirinya dalam cermin. Vonnie perasan badannya penuh lebam tetapi Nea tidak mahu Vonnie menyentuhnya. Vonnie bertanya dimana datangnya lebam-lebam tersebut tetapi Nea cuma mendiamkan diri. Nea mengambil gambar Daisy dan disimpannya. Vonnie tahu apa yang terjadi malam tadi. Dia tahu Nea berbohong pada nya....Nea meninggikan suaranya sambil menjawab yang tidak ada apa-apa yang berlaku semasa party dan siapa pula yang memberitahu Vonnie ada perkara yang berlaku keatasnya, dia mahu Vonnie jangan menyibuk dan berhenti dari bertanya. Kemudian mengambil satu kotak yang berisi list orang yang berhutang dengannya. Dia meminta Vonnie untuk pergi ke office untuk mengutip hutang-hutang tersebut.

Ivan sedang mandi bila ada imbasan pada perkara yang terjadi malam tadi. Tetapi peristiwa itu kurang jelas dalam fikirannya. Dia takut, menangis dan tidak senang hati sehingga dia terduduk kerana dia tidak faham apa yang terjadi...kemudian menangis dan menjerit.

Ivan masih mencari sesuatu, hati nya masih tidak tenteram dan cellphone nya berdering. Dia menengking secretary yang mengadu banyak masalah di office..."tak kan tak da saya company tidak dapat bergerak! buat lah apa yang patut....saya ada banyak perkara nak diselesaikan!!" lalu bertambah marah dan membaling sesuatu hingga pecah.

Nea masih dalam keadaan bingung semasa memegang tangan ibunya.

Vonnie akhirnya berjaya mendapatkan bayaran dari office dan ada pula yang menghulurkan wang sebagai sedekah untuk ibu Nea...kata Vonnie mungkin Nea akan merasa lega.

Ivan berlari masuk kedalam keretanya. Yaya (pengasuh) mengejarnya kerana dia tertinggal cellphone tetapi Ivan memandu pantas meninggalkan rumah. Karri tiba dan hampir berlanggar dan dalam keadaan cemas Karri bertanya kemana perginya Ivan. Semua pembantu rumah tidak tahu dimana Ivan dan tambahan pula dia lupa membawa cellphone...Karri menjadi lebih bimbang.

Nea menyediakan pakaian ibunya. Vonnie dan Jojo juga berada disitu. Apabila make up artist sampai, Nea melenting supaya orang itu lebih berhati-hati...jadi dia mengambil make up dari tangan orang itu dan dia sendiri yang memakaikan makeup pada ibunya...dia memuji kecantikan ibunya dan dicium ibunya sambil berkata dia amat menyayangi ibunya.

Rupanya Ivan pergi ke tepi pantai dan dia ternampak satu perahu. Dia berlari menghampirinya dan seperti mencari sesuatu...dia terjumpa kain berwarna merah yang berasal dari baju Nea. Ivan mengambilnya lalu menangis dan menjerit ...."KAU TAK BERGUNA IVAN!! KAU TAK BERGUNA!!" sambil menumbuk-numbuk pasir...dia menjerit "TIDAK!!!" dan masih mengenggam kain merah itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2005 02:49 PM | Show all posts
video elek...blm habis download lagi...just wait and see ok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2005 05:30 PM | Show all posts
kiranya ivan dah tahulah yg dia ada buat benda tak baik pada nea....aiyo apa tindakan dia ye lepas nie
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 08:33 AM | Show all posts
Originally posted by babyface76 at 14-7-2005 01:19 PM:
hai hana...setuju gak ngan kata2 hana tu...sure ivan nak bertanggungjawab punya...heheh takde can lah si karri nak tahankan cintanya pada ivan...hehehe


:hmm:Kalau bertahan pun tak lama coz rasa cam si Karri tu mati lah nanti... takpun dia terpaksa lepaskan Ivan coz dia tau dia tak dapat beri zuriat pada IVan or maybe kalau Karri tau pasal anak tu nanti Karri ambil sebagai anak angkat tapi rahsia identiti ibunya wakakaka.....amacam besh tak imaginasi hehehe....

:lebai:Worlddddd
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by cikjenah at 14-7-2005 11:34 AM:
eloklah kalo nanti nea pregnant... ada gak anak si IVAN tu kan ?... he he he


:ah::ah:

fftg ni nak beli kasut kat chowkit nak pergi dating ahad ni wakakaka bukan dating tapi nak tengok org main futsal hehehe..siap beli kasut baru wakakak....mereng tul Hana ari ni...Selamat pagi sume...
Reply

Use magic Report

cikjenah This user has been deleted
Post time 15-7-2005 10:56 AM | Show all posts
wah dasyat tu kak hana !!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2005 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by Hana_Hirokawa at 15-7-2005 08:37 AM:


:ah::ah:

fftg ni nak beli kasut kat chowkit nak pergi dating ahad ni wakakaka bukan dating tapi nak tengok org main futsal hehehe..siap beli kasut baru wakakak....mereng tul Hana ari ni. ...

amboi bersemangat nampaknye hana...:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 11:16 AM | Show all posts

Episode 44 - Screencaps

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2005 11:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 11:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 11:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 11:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 11:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 11:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 11:50 AM | Show all posts

Episode 44 - Summary

Ivan tidak percaya yang dia telah melakukan kesalahan yang cukup besar sekali. Satu perbuatan yang telah merubah segala-galanya pada diri seorang wanita yang dikenalinya. Perasaan takut juga timbul sehingga Ivan sanggup untuk menyembunyikan evidence kesalahannya....dia mengambil cebisan kain merah dan dimasukkannya kedalam kocek seluarnya, dia mengambil air untuk menghilangkan kesan cap jari pada kawasan kejadian...dan ketika Ivan sibuk menyembunyikan evidence, Karri menelefon Office untuk mencari kekasihnya. Di New York pula, seorang school official telah memberitahu Oliver berita baik berkenaan dengan Oliver diterima masuk ke Arts School. Oliver amat gembira sekali. Sementara itu di rumah Ynares, Roden mengerah pembantu rumah untuk mengemaskan pakaian isterinya kedalam satu bag. Pabila Susana memasuki bilik, dia sangkakan mereka akan pergi makan angin. Suaminya pula menyatakan mereka akan pergi honeymoon di negara lain.
Oliver menelefon ibunya untuk menyampaikan berita baik tentang penerimaan kemasukan ke arts school dan ibunya pula gembira yang dia dan suaminya akhirnya akan pergi makan angin semula. Tetapi rupa-rupanya Roden telah mengaturkan segalanya supaya isterinya dihantar ke pusat rehab. Beberapa orang dari pihak rehab telah datang untuk menjemput Susana walaupun dia memohon kepada suaminya tidak dilakukan sedemikian rupa. Dalam masa Ivan cuba membersihkan evidence, ada seorang lelaki mengahampiri Ivan. Dalam keadaan yang terdesak, Ivan berkata yang dia sedang mencari jam tangan yang mungkin terjatuh disitu. Lelaki tersebut perasan yang Ivan masih memiliki kain merah pada kocek nya tetapi dia tidak pula bertanya hal itu. Konon-kononnya Ivan bertanya jika lelaki itu adalah orang dari kawasan itu dan kalau dia ada melihat apa-apa. Jawab lelaki tersebut yang dia baru sampai ke tempat itu. Jadi Ivan meminta lelaki tersebut membantunya mencari jam tangan nya.
Nea hanya berdiam diri semasa menguruskan keranda ibunya. Dia masih tidak berkata apa-apa dan apa yang dirasainya ketika itu dipendamnya. Jasmine akhirnya mengambil keputusan mencari mereka yang mengaku sebagai saudara dan ibunya. Dia pergi ke tapak gerai makan Nea dulu tapi gerai itu sudah lama dirobohkan. Jasmine tidak tahu apa yang harus dilakukan seterusnya. Dia cuba menunggu dikawasan yang biasa dia dan Nea bertembung tetapi Nea tidak muncul. Dalam keadaan sedemikian, Jasmine merasa sedih dan mula merindui Oliver. Dia mengeuarkan gambar mereka berdua lalu di dakap gambar itu dengan erat.
Ivan balik semula ke rumahnya. Tetapi dia tidak dapat membuang perasaan bersalah dalam hatinya. Ditunggang botol arak dan Ivan mula minum. Tetapi terkejut bila dia mendengar suara Karri dari belakang. Karri bingung bila Ivan merayu mengajaknya pergi ke tempat yang jauh sekali dari situ. Karri tidak faham apa yang telah terjadi pada kekasihnya dan dapat membuat kesimpulan bukan kecil masalah yang dilalui Ivan. Dia mahu membantu Ivan tetapi anak muda itu tidak dapat bercakap dengan waras. Karri sangka yang Ivan berkelakuan demikian kerana ibunya dihantar ke pusat rehab oleh ayah Ivan, tetapi Ivan tidak mengetahui langsung berita tersebut dan dia terkejut.
Jasmine berada didalam satu taman dan mula terkenangkan Oliver... dia menelefon Oliver yang disangkakan berada di New Yok. Jasmine tidak dapat menahan perasaannya dan trus menangis. Tetapi dia tertanya-tanya kenapa Oliver tahu apa yang sedang dibuatnya termasuk dia menangis. Jasmine mencari dimana Oliver bersembunyi dan terus berlari mendapatkan Oliver dan memeluknya dengan erat sekali. Jasmine mengaku dia merindui Oliver dan mengaku apa yang dirasainya terhadap Oliver. Oliver sungguh terharu sekali.
Ivan datang kekawasan dimana memorial Elena diadakan. Dari jauh dia mengintai dan cuba mencari Nea. Jelas kelihatan Ivan rasa cukup bersalah bila dia melihat Nea (mungkin dia menyimpan perasaan cinta terhadap Nea sebelum perkara ini berlaku.... atau mungkin dia hanya mahu mempergunakan Nea)
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2005 01:29 PM | Show all posts
xder ker lagi klip episode 40-42..thanks for sinopsis tue...biler tgk ivan pdg nea mcm sayu jer..teringat time citer mula sapuso...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


cikjenah This user has been deleted
Post time 15-7-2005 04:02 PM | Show all posts
kesiannyer la si NEA tu kan ? ...
Reply

Use magic Report

cikjenah This user has been deleted
Post time 15-7-2005 04:04 PM | Show all posts
kau kejam IVAN ... kau KEJAM .... ..... kesian betul lah ..... tak yg kesian melain kan kesian belaka .....?
Reply

Use magic Report

cikjenah This user has been deleted
Post time 15-7-2005 04:11 PM | Show all posts
kak hana lama tak borak kan ?....
Reply

Use magic Report

cikjenah This user has been deleted
Post time 15-7-2005 04:13 PM | Show all posts
tapi rasanya dia memang dah lama suka kat NEA si Ivan tu pastu ter rogol lak si NEA tu ... ternasib lah ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.063607 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list