CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: cantthinkofany

Pertandingan Pantun Ria Warga FD

 Close [Copy link]
 Author| Post time 2-8-2007 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by wardatulhamra at 2-8-2007 04:13 PM


rindu itu anugerah yang tersemat dalam hati
tanda kasih sayang menebal dalam sanubari
wahai sedara  aku ingatkan ko dah setengah mati
tetapi mengapa masih boleh berpantun lagi, malah setiap hari...??...


hampir tersembur nescafe yang ku minum ini
kerana membaca pantun mu wahai warda yang sopan
kan ke nyawa gua masih ada separuh lagi ni
amanah yang diberikan harus gak gua laksanakan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2007 04:39 PM | Show all posts

Reply #521 cantthinkofany's post

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 04:41 PM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 2-8-2007 04:29 PM


hampir tersembur nescafe yang ku minum ini
kerana membaca pantun mu wahai warda yang sopan
kan ke nyawa gua masih ada separuh lagi ni
amanah yang diberikan harus gak gua laksanakan....



wahai mod yang baik hati janganlah tak sluka
jangan kan sedih jangan kan berduka
kita membeli pantun untuk berseloka
senyumlah sentiasa pengubat luka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 05:25 PM | Show all posts
Originally posted by myhoney113 at 2-8-2007 04:16 PM
tiga tolak satu jawabnya dua
dua tambah satu jawabnya tiga
latah kanda tanda dah tua
tapi nape jiwa tu masih cam org mudeee?


Rasa terpanggil nak beli ni...

Jamal menyusun bunga seroja,
Daunnya habis dimakan kuda,
Iras wajah macam dah senja,
Tetapi umur tetap muda.

Jual...

Bahtera terhembus angin menderu,
Menerjang gelombang memulas gelora,
Menonton filem Haru dan Biru,
Masalah sosial selesaikah segera?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2007 12:39 AM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 2-8-2007 05:25 PM


Jual...

Bahtera terhembus angin menderu,
Menerjang gelombang memulas gelora,
Menonton filem Haru dan Biru,
Masalah sosial selesaikah segera? ...


ombak mengganas menghempas pantai Labis
habis berterbangan si ketam dan anak-anaknya
kekalutan masalah sosial tak akan pernah habis
selagi manusia tak memahami tuntutan agamanya...

pantun pertama di pagi Jumaat...

wardahtulhamra tercengang gua sakan berpantun
gua berpantun sehingga tak dapat melelapkan mata
mengapa hati gua rasa bagai diruntun-runtun
sedangkan tidur gua di katil bertatahkan permata...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 2-8-2007 04:02 PM


Turun ke sawah digigit lintah,
Terbantut hasrat menuai padi,
Apalah petua menghilangkan latah,
Makin teruk makin menjadi. ,


Salam dipagi Jumaat yang mulia, hari ni awal skit shoping dipasar pantun ni

Masak udang dengan peria
Buat sarapan sianak dara
Latah tak kenal erti usia
Berdoa padaNYA supaya dihilang segera

Nak jual ni

Anak-anak bermain bersukaria
Ayah bawa berjalan keliling kota
Lunch time jumaat ni apa idea
ronda-ronda kota raya atau ke masjid kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2007 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by wardatulhamra at 2-8-2007 04:21 PM



bila rasa diri dah berbuat dosa dengan berzina
perasaan malu tak boleh ditutup
setan pun senyum bangga sebab dosa manusia terpesona
tak kisah zuriat dibunuh asal malu tertutup


Rasa terkedu mengetahui berita
Anak dibunuh oleh ibu yang derita
Masyarakat sekeliling bukalah mata
Ambik tahu susah senang jiran-jiran kita

Yang berzina ikut nafsu serakah
Sisuami pulak galak nak menikah
Tekanan mental isteri anak galang ganti
Ibu bunuh anak dikasihi diluar kesedaran diri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 3-8-2007 12:39 AM


wardahtulhamra tercengang gua sakan berpantun
gua berpantun sehingga tak dapat melelapkan mata
mengapa hati gua rasa bagai diruntun-runtun
sedangkan tidur gua di katil bertatahkan permata...


Ikan setasik mati dituba
Tuba sebotol berapa harganya
Dikatil bertatah permata hati masih diruntun hiba
Bangun berzikir mohon hidayah & rahmatNYA :flower: :flower:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2007 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by haniman at 3-8-2007 10:13 AM


Ikan setasik mati dituba
Tuba sebotol berapa harganya
Dikatil bertatah permata hati masih diruntun hiba
Bangun berzikir mohon hidayah & rahmatNYA :flower: :flower:


gua beli jer la yek....

puan haniman mempunyai anak bujang yang tampan
dah la tampan, rajin pulak mengulangkaji pelajaran
setinggi terima kaseh yang tak terhingga ku ucapkan
nasihat mu puan akan ku semat dalam ingatan....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 3-8-2007 10:24 AM

gua beli jer la yek....

puan haniman mempunyai anak bujang yang tampan
dah la tampan, rajin pulak mengulangkaji pelajaran
setinggi terima kaseh yang tak terhingga ku ucapkan
nasihat mu puan akan ku semat dalam ingatan....


Pisang emas atas peti
Pisang tanduk bawah saji
Kita manusia ada masa diruntun hati
Jika tidak iman kita belum teruji

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 11:30 AM | Show all posts

Reply #530 haniman's post




Aku beli...

Hendak tidur, tidurlah mata
Usah dikenang orang yang tiada
Begitulah hendaknya adat manusia
Umpama pasang surut air adanya

Aku jual...

Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dagang Saya Dagang e-Dagang....
Dimana Lokasi Dimana Tempat
Kalau Nak Makan Nasi Dagang?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 3-8-2007 12:39 AM
pantun pertama di pagi Jumaat...

wardahtulhamra tercengang gua sakan berpantun
gua berpantun sehingga tak dapat melelapkan mata
mengapa hati gua rasa bagai diruntun-runtun
sedangkan tidur gua di katil bertatahkan permata...



Dah ramai sangat jual, gua beli je la ek....

Zuriat itu satu kurnia,
Janganlah kita buat tak endah,
Permata hanya hiasan dunia,
Hiaskanlah hati dengan ibadah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by haniman at 3-8-2007 08:50 AM
Nak jual ni

Anak-anak bermain bersukaria
Ayah bawa berjalan keliling kota
Lunch time jumaat ni apa idea
ronda-ronda kota raya atau ke masjid kita


Beli lagi....

Bahtera besar tiada nakhoda,
Diganti pembantu namanya Majid,
Kaum ibu bolehlah meronda,
Kaum bapa wajib ke masjid.

Jualan....

Nak kata ayam, itik pun bukan,
Terlalu banyak duduk berpeleseran,
Kera dihutan kenyang disusukan,
Mengapa anak mati kelaparan?

[ Last edited by  Madiey at 3-8-2007 11:47 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by supermod at 3-8-2007 11:30 AM
http://forum3.cari.com.my/images/default/agree.gif[img]http://forum3.cari.com.my/images/default/agree.gifhttp://forum3.cari.com.my/images/default/agree.gif[/img]


Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dagang Saya Dagang e-Dagang....
Dimana Lokasi Dimana Tempat
Kalau Nak Makan Nasi Dagang? .


ini jawapanya yer

Ada gula ada semut dalam dulang
Nak buang semua jemur gula di padang
Di Hotel Primula Terengganu saya ada bermalam
Nasi dagangnya sedap masa breakfast dihidang

Ikan digulai enak rasanya
Hendak dibeli di mana kedainya
Nasi dagang di sini kurang jadi rasanya
Gulai tak berapa sedap nasi pun kurang enaknya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 3-8-2007 11:42 AM


Beli lagi....

Nak kata ayam, itik pun bukan,
Terlalu banyak duduk berpeleseran,
Kera dihutan kenyang disusukan,
Mengapa anak mati kelaparan?


beli yer

Waktu subuh berbalam-balam
Kayuh basikal menuju ke pekan
Kera dihutan sungguh mesra alam
Teruja hati Ya Allah terlupa anak tak makan

ni nak jual pulak

Potong papan dengan gergaji
Gergaji memotong kayu jati
Ibu bersalin 4 bulan cuti bergaji
Apa pendapat jika dia menjadi realiti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 3-8-2007 11:57 AM
ni nak jual pulak

Potong papan dengan gergaji
Gergaji memotong kayu jati
Ibu bersalin 4 bulan cuti bergaji
Apa pendapat jika dia menjadi realiti


Beli....

Dari pekan pergi ke kota,
Tiada membeli, bersiar sahaja.
Kalau begitu hasrat dipinta,
Baiklah terus berhenti kerja.

Jual....

Sungguhlah cantik ia diolah,
Seperti bintang di waktu malam,
Walaupun anak sudah sekolah,
Mengapa masih kencing ditilam?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2007 01:13 PM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 3-8-2007 12:18 PM



Sungguhlah cantik ia diolah,
Seperti bintang di waktu malam,
Walaupun anak sudah sekolah,
Mengapa masih kencing ditilam?


beli yer

Ikan kembong ikan parang
Mana nak sama ikan tenggiri
Kata orang bijak pandai sekarang
Anak kencing malam tiada kenyakinan diri

jualan

Naik sampan pergi ke seberang
Pergi tak lama hanya sehari
Apa kategori  kawan yang jurang
depan ku manis belakang menikam curi

[ Last edited by  haniman at 3-8-2007 01:21 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 01:19 PM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 3-8-2007 12:18 PM

Dari pekan pergi ke kota,
Tiada membeli, bersiar sahaja.
Kalau begitu hasrat dipinta,
Baiklah terus berhenti kerja.


Pegi kedai beli roti
Nak makan berbuka puasa
cuti bersalin 4 bulan jadi realiti
Alamak!!!! staf yang dah manoposlah jadi mangsa

Pagi hari ke pasar tamu
Nak cepat naik perahu
Madiey akak sependapat dengan mu
cuti 4 bulan kerja balik semua dah tak tahu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 02:07 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 3-8-2007 11:57 AM
ni nak jual pulak

Potong papan dengan gergaji
Gergaji memotong kayu jati
Ibu bersalin 4 bulan cuti bergaji
Apa pendapat jika dia menjadi realiti



eden nak cubak beli yer....


Gergaji memotong kayu jati,
kayu jati terhempap mata gergaji,
kalau cuti bersalin 4 bulan menjadi realiti,
wiiiiiiieee huuuuuuu!!! taun depan leh beranak lagik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 02:57 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 3-8-2007 01:13 PM
jualan

Naik sampan pergi ke seberang
Pergi tak lama hanya sehari
Apa kategori  kawan yang jurang
depan ku manis belakang menikam curi
.


I beli yer...

Pergi bekerja sehari - hari,
Agar penuh isi di kantung,
Tiada yang lain sesuai diberi,
Itulah orang tak kenang dek untung.

Jual lepas Jumaat...

Sangatlah bising kilangnya bata,
Disitu tempat abang bekerja,
Kejayaan bukan sekelip mata,
Mengapa asyik mengeluh saja?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 1.227935 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list