CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[Copy link]
Post time 6-4-2025 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 6-4-2025 09:16 PM
Claudia_Lestat replied at 6-4-2025 01:19 PM
Ai fak dapat nak salahkan owner bila jadi mcm tu. Bayangkan bila tiba² meletup dgn api, bahang la ...


https://www.facebook.com/share/p/18pmNWFPJY/?mibextid=wwXIfr

Ni kisah owner anjing putih tu
Aritu netizen ada gak kecam igt anjing tu kena ikat
Owner tu nk jelaskan pun takleh sbb dia takde tepon time tu
Tepon dia pun tertinggal masa dia lari selamatkan diri tu
Dia tak ikat pun anjing dia waktu tu semua kelam kabut tak sempat nk berbuat apa2 dah
Bygkan terjaga drpd tidur sbb terdengar suara ayah jerit api2 suh lari selamatkan diri
Mujur  pakai oversized tee tp tak sempat nak sarung suar panjang ke apa
Masa tu dorang cuma igt akan mati je aritu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 6-4-2025 06:35 PM
Dinding rumah diperbuat daripada batu-bata, macam mana boleh rentung?

Mukadimah.
Sand brick: X kalis haba.
Clay brick: kalis haba sehingga satu tahap suhu dan waktu tertentu...ie 1jam 2jam 3jam gitu.

Kenapa rentung?
Pada pembacaan yang lain ada menyatakan suhu sewaktu kejadian dianggar mencapai sehingga 1000°C. Lagi dekat lagi hawt.

Biar gambar berbicara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 10:07 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 6-4-2025 10:10 AM
wikedsaikel replied at 4-4-2025 01:55 AM
Based on dakwaan yg aku baca aku fikir hurmm kalaulah  dah pecah raya first pastu MAYBE possibilit ...
Based on dakwaan yg aku baca aku fikir hurmm kalaulah  dah pecah raya first pastu MAYBE possibility second raya ada mangkak main bunga api pagi2 ..  

Polis terima laporan malam sebelum insiden ada orang main mercun kat lokasi kejadian.

  

Tragedi Putra Heights: Polis terima laporan ada orang main mercun di kawasan insiden

SUBANG JAYA: Pihak polis menerima satu laporan polis yang mendakwa ada individu bermain mercun berhampiran kawasan insiden letupan paip gas di Putra Heights.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata berdasarkan laporan itu, pengadu mendakwa ada pihak yang bermain mercun di kawasan terbabit pada malam sebelum kejadian letupan paip gas.

"Pihak polis tak nampaklah kejadian pada waktu itu boleh membabitkan letupan pada pagi itu. Bagaimanapun, kita masih lagi menunggu siasatan penuh.

"Saya cuma maklum laporan yang polis terima (setakat ini). Jadi kita mengalu-alukan maklumat daripada orang awam. Yang ini maklumat yang mereka nampak (pengadu)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PTPK) letupan paip gas di Putra Heights, di sini hari ini.

Sehingga tengah hari tadi, Hussein memaklumkan polis menerima sebanyak 642 laporan berhubung insiden letupan berkenaan.

Selain itu, katanya lebih 100 percakapan dirakam oleh polis membabitkan pelbagai pihak.

Katanya, mereka yang dipanggil itu termasuk 15 daripada pihak kontraktor, sub kontraktor dan pekerja.

"Sebanyak 118 percakapan saksi telah dirakam membabitkan pelbagai pihak, termasuk satu laporan polis yang menyatakan ada orang bermain mercun pada malam 31 Mac lalu," katanya.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1380983/tragedi-putra-heights-polis-terima-laporan-ada-orang-main-mercun-di
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 6-4-2025 10:07 PM
Polis terima laporan malam sebelum insiden ada orang main mercun kat lokasi kejadian.



Mercun sudah meletop, kenapa tak puji kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika mercun, mainnya malam esok harinya daboommm. Boleh ke?
Mercun ni kalau main malam, malam tu jugak daboommm.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 6-4-2025 10:44 AM
kakikuDibibirmu replied at 6-4-2025 06:35 AM
Dinding rumah diperbuat daripada batu-bata, macam mana boleh rentung?

Rumah musnah bukan sebab api tapi sebab bahang panas.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2025 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 6-4-2025 10:20 AM
Mercun sudah meletop, kenapa tak puji kerajaan?

Fattah Amin tempoh hari beraya di rumah datuknya, atok Musa di Bagan Datuk, Perak.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 6-4-2025 10:37 PM
Fattah Amin tempoh hari beraya di rumah datuknya, atok Musa di Bagan Datuk, Perak.

Oh, tempat Zahid Hamidi rupanya, itu pasal lah meletop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 6-4-2025 10:40 AM
Oh, tempat Zahid Hamidi rupanya, itu pasal lah meletop

Kerja korek tanah ada permit & patuh SOP.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 6-4-2025 11:12 PM
Kerja korek tanah ada permit & patuh SOP.

So memang salah Petronas lah bagi permit korek dekat tanah rizab tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap-harap pihak Petronas yang bagi permit korek tanah itu ditukarkerjakan ke syarikat Petroliam Rosmah (Petros)
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 6-4-2025 11:20 AM
kakikuDibibirmu replied at 6-4-2025 08:54 AM

Situasi terkini di Putra Heights.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nti tempat kawah tu diorang akan biar gitu ke atau ditimbus balik? Iols baca kat atas ni ada yg dakwa maybe jentera tertimbus jauh ke dalam tanah tu. Tapi iols rasa jentera tu belum sempat nak tertimbus dah pun hancur berkecai jadi debu dah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 6-4-2025 11:35 PM
Nti tempat kawah tu diorang akan biar gitu ke atau ditimbus balik? Iols baca kat atas ni ada yg dakw ...

Tak masuk akal besi perwaja boleh jadi debu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 7-4-2025 12:03 AM
Tak masuk akal besi perwaja boleh jadi debu

Besi kalu kena suhu sampai 1000°c tu boleh lebur ke tak soalan serius ni iols tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 7-4-2025 09:18 AM
Besi kalu kena suhu sampai 1000°c tu boleh lebur ke tak  soalan serius ni iols tak tahu

Api warna kuning lebih sejuk ketimbang api warna biru. Panas lagi dapur akak masak megi kari, nyum nyum nyum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2025 09:37 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-4-2025 05:38 PM



Kebakaran Putra Heights: Nilai hartanah boleh jatuh hingga 20 peratus

NURUL HIDAYAH HAMID


05 April 2025 07:00am
Masa membaca: 3 minit


]



SHAH ALAM - Nilai pasaran hartanah di lokasi berdekatan insiden kebocoran dan kebakaran saluran paip gas pada Selasa berisiko jatuh sekiranya tiada langkah segera diambil dpihak berkaitan seperti membaik pulih infrastruktur terjejas.

Pakar hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad berkata, kerajaan boleh mengambil contoh dari pengurusan efektif Jepun apabila berjaya membaik pulih kerosakan dalam masa singkat yang membantu dalam mengekalkan kestabilan pasaran hartanah

“Saya tidak menolak kejadian letupan paip gas baru-baru ini berkemungkinan menjadi indikator baharu penilaian hartanah yang perlu diberi perhatian, selepas kesan banjir dan tanah runtuh.

“Jika kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan pantas serta memastikan infrastruktur dipulihkan dengan baik, nilai hartanah di kawasan tersebut dapat distabilkan lebih awal,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, jika PBT lambat bertindak maka kelewatan dalam membaik pulih kawasan terjejas serta kelemahan dalam pengurusan insiden menjadi penyumbang kepada penurunan pasaran hartanah lebih drastik.

Menurutnya lagi, selain tindakan kerajaan, persepsi masyarakat terhadap kawasan yang terlibat turut memainkan peranan besar dalam menentukan nilai hartanah.

“Kadang-kadang rumah itu cantik, tetapi jika wujud persepsi negatif, nilainya tetap terjejas. Contohnya, ada kawasan yang dikatakan berhantu atau pernah menjadi tanah perkuburan, maka ia kurang mendapat sambutan pembeli,” ujar Azizul Azli lagi.

Sementara itu, Ketua Pengajian Siswazah Kolej Alam Bina Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Sr Dr Rohayu Ab Majid berkata, kaedah seperti penempatan semula atau intervensi dalam bentuk pembangunan baru boleh membantu menaikkan semula nilai kawasan terjejas.

Tambah beliau, usaha ini bukan sahaja dapat mengembalikan keyakinan pembeli, tetapi juga memastikan keselamatan penduduk di kawasan terbabit.

“Jika pembangunan semula dilakukan dengan penambahbaikan dari segi perlindungan dan reka bentuk, ia boleh mengurangkan kesan negatif terhadap nilai hartanah,” jelasnya.

Beliau menyarankan, kerajaan perlu bertindak segera untuk memulihkan nilai hartanah terjejas akibat sesuatu kejadian termasuklah insiden letupan saluran paip gas itu.

Sementara itu, Profesor Madya Ekonomi dan Kewangan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Muhammad Najib Razali berkata, nilai hartanah tertentu boleh jatuh sebanyak lima hingga 20 peratus, bergantung kepada jarak, tahap keseriusan insiden dan keadaan pasaran tempatan,
Menurutnya, selain itu, kebimbangan keselamatan berkaitan dengan kebocoran gas, letupan dan risiko alam sekitar boleh menyebabkan pembeli berasa ragu-ragu, mengakibatkan penurunan permintaan dan harga yang lebih rendah.

Bagaimanapun, Muhammad Najib berkata, inisiatif bersepadu dari dari pihak-pihak terlibat termasuklah swasta dapat memulihkan nilai tanah dan hartanah yang terjejas akibat kehadiran saluran paip gas atau faktor luaran negatif lain.


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 6-4-2025 09:44 PM
kakikuDibibirmu replied at 6-4-2025 10:20 AM
Mercun sudah meletop, kenapa tak puji kerajaan?

Ada orang baik tawar kediaman sementara secara percuma kepada mangsa. Kediaman beliau terletak di Cyberjaya, jarak 20 minit ke Putra Heights.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 7-4-2025 09:41 AM
Ada orang baik tawar kediaman sementara secara percuma kepada mangsa. Kediaman beliau terletak di C ...


Selalunya orang bagi rumah percuma ni sebab rumah tu berhantu, tak ada orang berani duduk
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 7-4-2025 12:41 AM
kakikuDibibirmu replied at 6-4-2025 09:47 PM
Selalunya orang bagi rumah percuma ni sebab rumah tu berhantu, tak ada orang berani duduk

Seorang mangsa, Amirul menceritakan detik2 cemas sewaktu letupan gas berlaku.

Beliau berlari keluar tanpa menoleh ke belakang, alih-alih isterinya hilang sebab berpatah balik ambil selipar.

Bila keadaan dah reda, beliau cari isteri & jumpa di Hospital Serdang, menerima rawatan kerana melecur akibat bahang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-4-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 2.125229 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list