|
rasa cam nak beli jer...walau tak suka
heronya berlakon..kaku..tak de feel... |
|
|
|
|
|
|
|
scene yg besh tgk...time diorg kongsi makan..
nak tergelak pon ader...tgk tunang Aqasha paksa
diri makan bakteria2 dier tuh...heeheheheh....
halamak...suami Amy pon berlakon kaku jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok cerita ni sebab nak tengok Amy Mastora je   |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 2004-2-4 05:26 PM:
rasa cam nak beli jer...walau tak suka
heronya berlakon..kaku..tak de feel...
kalau macam tuh..ko jer jadik heronya..abis citer...ekekeke!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ok le...tapi aku pun rasa musim 3 paling best...suka tengok lakonan Ako yg best tu... |
|
|
|
|
|
|
meeonly This user has been deleted
|
Originally posted by whitedove at 03-12-2003 11:38:
ok le...tapi aku pun rasa musim 3 paling best...suka tengok lakonan Ako yg best tu...
Ako mesti muka cukup comel... |
|
|
|
|
|
|
RedRose This user has been deleted
|
eheheh ... lawak rasanye bila tengok smalam punye citer... part sheila kene makan eskrem lebih si imran punye tuh ... ada kaa .. dia yang dulu suapkan org tu mkn eskrem, peh tu dia pulak tak nak disuap... takut bakteria kununn .. ekekkek ... agaknye dia ingat si imran tu tak gosok gigi kot ehh ...
eheheh |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabau nak tunggu citer ...sekejap
lagik jer nih... |
|
|
|
|
|
|
|
best gak citer nie...nielah citer yg kunun2 nyer seakan Winter Sonata tuekan...time kecoh dululah...yerker..takder pun ...aku raser yg samernyer time amy mastura pakai muffler jer..he..he..terkejut gak aku citer nie kuar kat local tv...tah berapalah tv3 beli citer nie...tapi apasal cam takder iklan pasal citer nie yek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta adalah bila bersama dunia nih terasa seronok...
lebih kurang camtu lah...
ada jer iklannya...nih tgh tyg kat tv nih iklan dier...
Kesian lak kat Amy...teruk tol Aqasha dah nak berkawen
boleh jalinkan hubungan ngan Amy...senang jer...amik
mudah betol.... |
|
|
|
|
|
|
kay_k This user has been deleted
|
Aqasha tu bukannya nak ambik mudah...
tapi dia confuse ngan perasaannya...
masih sayangkan girlfriend yg lama & the same time dah terikat ngan pompuan lain...
dia sendiri pun tak tahu sama ada Amy tu masih cintakan dia lagi atau tak.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku minat giler kt amy mastura but not cinta 3 musim,,nak muntah!!!! |
|
|
|
|
|
|
meeonly This user has been deleted
|
Boring le tengok si Aqashah ni tak real langsung bila berlakun |
|
|
|
|
|
|
|
Aku siap pinjam VCd member nak tengok citer ni..sampai miss Survivor All Star.
Bagi aku:
1. citer ni tiru citer Korea/jepun
2. Citer ni terlalu bergantung sangat kpd Takdir. Bukan ker kita kena usaha utk mengubah takdir kita? Ni balik2 putus last Musim ..biar, tunggu pas tu jumpa balik musim berikutnye. Kalau betul2 cinta..kejar sampai dapat..apa raaaaa
3. Musim pertama - cerita ni best. Musim ni paling real. SUka tengok Amy. Cutenyer dier
4. Musim ke dua ni OK juga. Buktinya ..bini aku menangis tengok citer ni. Tp si Budi tu tak padan ngan AMy. Lagi satu muka dier terlalu muda dan macam PONDAN sikit..hahhahahhaha...Tp citernyer ttp sedap....rasa nak ulang lagi mlm ni
5. Musim ke tiga..PALING TAK BEST! Boring tahap cipan ngan Ako. Ek tak kena tpt. Menjadi ler kunun lakonan awak tu..ewahhhhh..hehhehe...Tp conflict dia org macam tak masuk akal. Buat ikrar bagai nak rak..tp aleh2 hanya kerana sekeping gambar, AMy boleh tinggalkan Aqasha? Hellooooooooo.....itu conflict dah basi ler. Kalau ko org travel, korang bawak ker album gambo? Aku yg selalu travel ni, gambo anak2 & bini aku, aku cuma kecikkan ke saiz passport ..aku letak kat wallet..itu ler yg aku usung ke hulu ke hilir..tak ader aku kerja nak bawak satu album gi obersea...
6. Musim satu & musim ke dua..ada ala2 cerita Jepun/Korea..tp masuk musim ke 3, dah jadi MELAYU balik...heh..boring ler.
Aku masih tak faham...kenapa Imran (Aqasha) tak pergi carik AMy di akhir musim satu? kenapa mesti menunggu as if menunggu emas turun dr langit? Ko org bukan main lagi konon org U, intelek siap jd motivator lagi..tp takkan korang nak pasrah ajer? Eh tak faham ler aku...Kalau aku arahkan VCD ni..mesti ceritanya lain....
Masa Musim ke dua tu, aku tengok susunan perabot AMy masih sama...apasal Aqasya tak tau rumah AMy? Apasal Aqasya tak carik AMy kat IPTS..sedangkan dier bukan tak tau AMy kerja maner? ...
Itu ajer ler komen aku... |
|
|
|
|
|
|
meeonly This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
tak follow dah.... iklan byk sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Muncung-Laser at 9/2/04 03:37 PM:
Aku siap pinjam VCd member nak tengok citer ni..sampai miss Survivor All Star.
Bagi aku:
1. citer ni tiru citer Korea/jepun
2. Citer ni terlalu bergantung sangat kpd Takdir. Bukan ker kita k ...
thanx Muc....
ari nih sedih gak..sian kat Sheila..apa la Imran...tuh
la nasib pompuan...terus terang je la...sanggup buat
camtuh...nak tangguh..pas tuh layan Amy...marah
Amy tak nak jadik personal.... :re: |
|
|
|
|
|
|
|
SPOILER...jgn tgk kale tak nak tau citer..hehheh..
(taken from someone punya blog)
Musim pertama
Ayuni terlalu mengingati cinta pertamanya - Imran yang dikenalinya semasa di Universiti. Cinta antara Ayuni dan Imran terhalang kerana pemikiran ketinggalan zaman ibu Imran yang baginya hanya enggang layak terbang bersama enggang.. Walaupun mereka bukanlah berdarah Raja lagipun Imran anaknya tu taklah hensem sangat pun. Mereka terpisah.
Tinggallah Ayuni yang asyik terkenangkan Imran, disamping "gift of love" yang merupakan sehelai skaf bertulis "Good Lucks" pemberian Imran. Melihatkan Ayuni yang terlalu mengenangkan cinta pertamanya itu timbul pula rasa kasihan. Go get a life girl...
Ayuni dan Imran bertemu semula selepas masing-masing sudah bekerja. Imran yang ketika itu sudahpun bertunang, bekerja di syarikat kepunyaan bakal mertuanya. Ayuni pula bekerja sebagai tutor di sebuah Universiti tempatan. Hubungan Ayuni dan Imran terjalin semula. Imran kemudiannya keliru samada mahu memilih Ayuni ataupun tunangnya. Yang ironicnya, Ayuni berkawan baik dengan tunang Imran... dunia ni kecik aje, kan? Masing-masing tahu yang mereka sudah berpunya, tapi yang peliknya mereka tak pulak rasa nak ambik tahu mengenai buah hati kawan-kawan. Tak macam saya dan kawan2.. mesti nak intai kalau boyfriend member datang.. nak jugak tahu macamana orangnya - tinggi ke rendah ke.. naik keta besar ke...
Ayuni hanya mendapat tahu yang tunangan rakannya itu adalah Imran - itupun setelah melihat kad undangan perkahwinan! Akhirnya, Imran memilih untuk memutuskan pertunangannya untuk bersama Ayuni. Tetapi, Ayuni pula tidak menerima hasrat Imran kerana tak mahu dikatakan sebagai perampas tunangan orang.. Mereka berpisah lagi..
Musim kedua
Kemudiannya.. ketika Ayuni menyambung pelajaran ke peringkat Masters dia mengikuti kursus motivasi di Langkawi. Guess what.. Imran jadik motivator! So.. mereka berjumpa sekali lagi. Tetapi ketika ini Ayuni sudah mempunyai buah hati yang bernama Budi. Budi yang terlalu rindukan Ayuni padahal pegi Langkawi beberapa hari je datang ke tempat Ayuni sedang berkursus di Langkawi. Bermulalah cinta tiga segi antara Imran, Ayuni dan Budi. Ketika acara jungle trekking, Imran sempat lagi menekel Ayuni dan menghadiahkannya ukiran kayu berbentuk ikan paus yang dibuatnya sendiri. Keadaan menjadi kecoh bila Budi hilang di hutan. Timbul rasa bersalah Ayuni terhadap Budi. Ayuni membuat keputusan untuk mengikut Budi pulang dan meninggalkan Imran yang mengharap cintanya. Tinggallah Imran berpatah hati...
Musim ketiga
Untuk musim ketiga, Ayuni sudahpun menjadi pensyarah, agaknyalah sebab tak dinyatakan dengan jelas mengenai kerjaya Ayuni. Dia berkenalan dengan Johari M Zain watak lakonan Ako Mustaffa, seorang pengarah filem yang berbakat dan handsome. Johari yang mempunyai projek filem baru mengambil Ayuni sebagai pembantu peribadinya. Ayuni menjadi inspirasi baru kepada Johari. Maka, lahirlah idea untuk menghasilkan filem epik cinta klasik bertajuk "Tuah dan Teja". Pada masa yang sama, Johari mempunyai teman wanita bernama Amira, lakonan Ija. Dan, kemudiannya cinta Johari beralih arah. Johari jatuh hati pada Ayuni dan meninggalkan Amira, sedangkan Amira adalah anak Datuk yang kaya.. yang jugak menjadi producer filem terbaru Johari. Macam kacang lupakan kulit,kan? Tapi Amira ternyata seorang yang berfikiran terbuka. Masih mahu meneruskan projek filemnya dengan Johari.
Untuk musim ini juga Ayuni mempunyai keluarga.. jangan confuse.. untuk musim pertama dan kedua tiada shot Ayuni bersama keluarga. Tapi, untuk musim ketiga Abang Aziz kita macam balas dendam dengan menyediakan keluarga untuk Ayuni.. Tapi ada satu yang pelik - Bila family Ayuni jadi kaya? Tengok rumah familynya yang besar, perabot yang hebat-hebat.. Padahal masa musim pertama, Ayuni berasal dari keluarga biasa, ayahnya kerja sebagai pegawai kerajaan. Pakai pun baju kurung kain cotton yang keras tu.. emmm.. Agaknya ayah Ayuni naik pangkat kot..
Ayuni kemudiannya mengikuti lawatan sambil belajar ke Miyazaki, Jepun. Kebetulan. filem Johari mendapat pasaran di Jepun. Jadi, Johari ke Jepun, ambik peluang untuk berjumpa dengan buah hati tersayang. Turut ke Jepun bersama Johari adalah pegawai pemasaran filem tersebut - guess who - Imranlah! Sekali lagi secara kebetulannya Amira adalah bekas kekasih Imran ketika menuntut. Banyak betul kebetulan dalam filem ni... Macam Senario The Movie pula..
Di Jepun, Johari yang seronok dapat jumpa buah hati berlagak macam budak form five yang baru belajar nak bercinta - tak professional langsung! Ayuni dan Imran dipertemukan semula. Masing-masing rasa serba tak kena.. Ayuni bersemuka dengan Imran. Antara dialognya "Awak muncul-hilang-muncul-hilang dalam hidup saya". Ayuni menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap Imran. Ternyata Ayuni masih menaruh harap kepada Imran. Tapi saya rasa Ayuni tak patut menampar Imran. Bukankah Ayuni sendiri yang mahu mengikut Budi dan meninggalkan Imran? One more thing.. Ayuni menerima cinta Johari kerana terdesak. Maklumlah sebagai perempuan, kalau terlalu memilih nanti andartu pula. Imran yang ditunggu tak muncul tiba.. Dah dapat pengarah hensem sambar aje lah..
Setelah berfikir panjang, Ayuni dan Imran mengambil keputusan untuk bersama. Mereka percaya takdir telah menyatukan cinta mereka. Part yang paling tak sanggup nak tengok bila Ayuni hendak berjumpa Imran untuk menyatakan hasrat hatinya, tetapi terjumpa pula dengan Johari.. Kasihan Johari yang lamarannya ditolak Ayuni. Anyway, saya sukakan watak Johari lakonan Ako. Bubbly dan cuddly.. Janganlah sedih darling.. Kuci-kuci..
Ayuni dan Imran mengambil kesempatan untuk berjumpa apabila Johari terpaksa ke sebuah bandar lain untuk promosi filemnya. Masing-masing berikrar akan terus menunggu antara satu sama lain. Walau apa terjadi, mereka tetap akan bersama.
Terjadilah pergaduhan antara Johari dan Imran. Johari pula membuat cerita yang Imran sudah berbaik semula dengan Amira. Ayuni percaya kata-kata Johari.. Pelik jugak, semalam berikrar akan bersama, hari ni naik angin pulak.. Ayuni kecewa dengan Imran yang dianggapnya tidak jujur. Itulah Ayuni. Tidak tetap pendirian! Pulang ke tanah air, Ayuni bertunang dengan Johari. Ketika majlis perkahwinan makin hampir, tembelang Johari pecah. Ayuni mendapat tahu yang Johari hanya mereka cerita tentang Imran.
Ayuni tidak jadi berkahwin dengan Johari. Ada satu adengan bila Johari pegang pipi Ayuni.. nampak macam sama dengan kuch-kuch hota hai je - part Salman tak jadi kawin ngan Kajol.. Ayuni kembali ke Jepun mencari Imran. Mereka bertemu semula. Tapi apsal Ayuni pakai kimono haa? Gimik kut.. Dan tidak diketahui samada Ayuni dan Imran berkahwin atau tidak. Atau mungkinkah Ayuni dan Imran berpisah lagi? Mungkin tidak.. bukankah filem ini bertajuk Cinta 3 Musim. Cukuplah berpisah 3 kali aje.. |
|
|
|
|
|
|
meeonly This user has been deleted
|
Kalau dah korang bagi sinopsis citer ni sampai akhir, rasanya tak yah nak tengok dah.....
Tak suka ngan Imran...tak gentleman..merosakkan hati pompuan je...
Suka kan Ayuni...tapi bila dihalang oleh family..mengiyakan je....siapa yg nak kahwin, dia ke atau mak bapak dia????????? |
|
|
|
|
|
|
| |
|