tu suh @wonto nengok ayah dong ryong ni..dia minat giler kt pak cik ni dgn dong ryong mase reply tayang dulu
terlambat karang kite pun dh abis moyan..
drama ni tak tinggalkan sindrom demam tak mcm reply & signal..
lepas abis layan drama ni, terus dh leh move on sekejap jek..
story-telling pun much better dr drama she was pretty
dan sbb utama kerana of coz diarahkan director yg creative selitkn unsur2 komikal & dan kamera pun betul2 fokus pada facial expression
Author|Post time 9-5-2016 10:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
idakamaruddin replied at 9-5-2016 10:07 PM
memory ok gak cite dia
tp slow sikit la
memory blm smbg lyn pas stop ari tu....tiba2 rase x de mood nk lyn citer psl peguam...hehehe..pasni byk sageuk..alamaknya kuranglh lyn kdrama..hahahaha
Author|Post time 9-5-2016 10:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
idakamaruddin replied at 9-5-2016 10:29 PM
cite dia mmg slow
tp dr cite lain ok lg memory
skrg duk tunggu drama junghwan ni...hrp bestlh..if x jenuh duk tunggu pastu hampeh..tp ni kisah romance tlbh jgk..blh hadap ke x ni....mood dh merundum lyn kisah cinta picisan...hahahaha tp ok gak kureng lyn kdrama time ni dh nk posa..hahahahaha..pnh duk addict satu drama time bln posa...haru biru...hahahaha
Author|Post time 9-5-2016 10:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dauswq replied at 9-5-2016 09:50 PM
tu suh @wonto nengok ayah dong ryong ni..dia minat giler kt pak cik ni dgn dong ryong mase reply t ...
hahahaha..cpt2 ajak si wonto lyn citer ni..hehehe
yap...mmg setuju...citer ni story telling dia mmg best...plg suke cara diaorang tjkn cmna produk dihasilkn..very impressed...rase nk try 99 lipstik tu..haha
Cite ni best la...walaupun x ada scene romantik. Episod akhir je cite sikit pasal Jung Gi dgn Da Jung nak mula bercinta. Tapi mmg puas hati... I Lap You Bong Gi ....
Rating Keseluruhan Drama: (8.1+8.5+8.9+2.5+2.5) =30.5/4=7.63) 1. Cerita (8.1/10)
Garapan yg 'simple' tentang bagaimana sesebuah syarikat kecil-kecilan,Lovely Cosmetic cuba untuk 'survive' menghadapi persaingan dengan syarikat besar, Gold Cosmetics yang lebih dominan dalam pasaran kosmetik. Persaingan ini ternyata tidak mudah kerana terpaksa mengalami tekanan besar daripada Gold Cosmetic sehingga membuatkan Lovely Cosmetic setuju untuk menjadi sub-con sahaja atau erti kata 'supplier' sahaja di mana kesemua hakcipta produk dimiliki sepenuhnya oleh Gold Cosmetic. Nam Jung Gi seorang yg pemalu, 'workaholic', mudah menurut kata hanya menerima keadaan syarikat yg hanya terpaksa bergantung pada talian hayat Gold Cosmetic untuk terus 'survive' walaupun produk-produk keluaran syarikat mereka mempunyai peluang cerah dipasarkan sendiri.
Segala-galanya berubah setelah Ok Da Jung, bekas pekerja pemasaran daripada Gold Cosmetic , bertindak membelot dan memilih untuk berkerja di Lovely Cosmetic dengan bersyarat di mana dia dapat menegakkan prinsipnya - 'tiada lagi hierraki yg memenatkan antara senior dgn subordinate'. Mereka dapat bekerja satu kumpulan dengan bebas tanpa gangguan. Pada mulanya, tiada sinergi & 'chemistry' antara Ok Da Jung dengan kumpulan pemasarnya tetapi atas berbagai teknik pemasaran ditunjukkan Ok Da Jung ditambah lagi dengan idea & kesungguhan daripada Nam Jung Gi, mereka berjaya menembus pasaran akhirnya dengan pelancaran pertama produk pertama syarikat mereka, serum menggunakan jenama sendiri. Hal ini membuatkan pekerja2 terpegun dan lebih menghormati Ok Da Jung walaupun terpaksa menahan sifat 'bossy' , pemarah, kurang toleransi Ok Da Jung.
Drama meneroka bagaimana sikap persisten dan kesungguhan serta kepercayaan sesama pekerja memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan tanpa memerlukan taktik kotor dan rasuah.
Kekurangan drama ini terletak pada naratif yang terlalu meletakkan beban kejayaan sepenuhnya pada bahu Ok Da Jung. Presiden Jo, pemilik syarikat pula digambarkan seorang yg incompetent dan kerjanya hanya mencari pelabur seperti juga Nam Jung Gi kerana mereka terlalu bergantung pada Ok Da Jung untuk menentukan hala tuju syarikat. Kedua, plot tentang tindakan suami ketiga ke atas Lovely Cosmetic tak perlu meleret sehingga kelogikan tindakannya mudah dipersoalkan. Mungkin hendak ditunjukkan kepercayaan sesama pekerja boleh hancur gara-gara duit tetapi plot tersebut mungkin boleh dibuat dgn tersusun tanpa dipersoalkan kemunasabahan tindakannya.
Apapun ia sebuah drama bagus ditontoni dengan adegan humour diselitkan agak sesuai dan kena dengan gelagat-gelagat dimainkan oleh setiap watak drama ini.
2. Keberkesanan Lakonan (8.5/10)
Kombinasi lakonan yang agak mengujakan daripada kesemua cast.
Yoo Sang Yoon - [Best Actor]
Nam Jung Gi berjaya ditampilkan sebagai seorang yang pemalu, setia, bekerja kuat tetapi juga seorang yang kelakar dan mempunyai prinsip tersendiri. Aktor ini berjaya mendalami kerumitan watak Nam Jung Gi YG dilema antara menggadaikan prinsip ataupun mahu survival.
Lee Yo Won
Lee Yo Won berjaya mempamerkan lakonan berkesan Ok Da Jung yang 'cold', 'bitchy', 'bossy' . Aura 'witch' Ok Da Jung terserlah kuat menjadikannya dominan walaupun dikelilingi kelompok lelaki. Tetapi, watak sebegini seperti sudah jadi makanan Lee Yo Won sejak Empire of Gold.
Yoo Jae Myung - [Best Supporting Actor]
Spectacular! Tengok gelagat dan ekpreksi pak cik ni sebagai Presiden Jo pun sudah tergelak. Lakonan yang agak memorable dan lebih baik daripada Reply 1988.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (8.9/10)
Antara kelebihan drama ini terletak sepenuhnya pada kreativiti pengarah. Pengarah pandai mengeksploitasi teknik kamera lebih memfokuskan pada ekspresi dan gaya tubuh pelakon. Selain itu, pengarah juga mahir menyelitkan unsur-unsur humour dengan melekapkan imej kartun seterusnya menghidupkan lagi impak komedi adegan berkenaan.
Saya menyenaraikan teknik pengarahan drama ini antara terbaik sejak awal tahun ini.
4. Skor muzik (2.5/5)
Sesuai dan kena dengan drama. Tetapi seperti biasa, tiada yang memorable.
Cuma agak suka ost ini (bukan untuk nomination) kerana kena sangat adegan ketika Presiden Go terpaksa ulang-alik keluar balai polis.
[OST Part 2] 강산에 (Kang San Ae) - 오늘 하루 (Today) [Ms Temper & Nam Jung Gi OST]
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2.5/5)
Drama yang bagus tetapi macam tak cukup aura utk ditonton semula.
TOTAL =(8.1+8.5+8.9+2.5+2.5) =30.5/4=7.63) Nomination: Yoo Sang Yoon, Yoo Jae Myung