TLC the lasik centre adalah sebuah pusat pembetulan penglihatan laser yang berdasarkan konsep perkhidmatan yang bermutu dan cemerlang dalam pembedahan ralat pembiasan ( ralat refraktif ).
Pusat ini diuruskan oleh doktor-doktor pembedahan mata kami yang berpengalaman dan terlatih, dan mereka percaya bahawa dengan hanya menggunakan peralatan pembedahan dan teknologi laser yang terkini dan yang telah terbukti, bersama dengan pengalaman dan pengetahuan klinikal doktor-doktor kami, matlamat ini akan tercapai.
Mesin Laser Excimer Bausch and Lomb Technolas 217z mempunyai rekod klinikal yang terbukti, dan berupaya memberi hasil keputusan yang jitu di kalangan mata pesakit-pesakit tempatan dan di Asia Tenggara, dan keratome mikro Hansatome adalah di antara yang paling kerap digunakan oleh doktor-doktor pembedahan Lasik di seluruh dunia.
Teknologi canggih laser yang digunakan termasuk Wavefront LASIK dan aberrometer. Pastikan anda mendapat kaunseling mengenai teknologi yang terkini dan terbukti ini.