arapan dinda apamzz balik
ada juga hidangan lepat
minggu depan jadual nak balik
pukul empat rasanya tak dapat....:pompom:
`.......:victory:
:flower::flower:-------------------------------------:flower::flower:
Anak itik tak suka mkn ikan
Itik nila suka mkn buah nona
kanda dh ada temujanji lain kan?:2cool:
Selamat BERjumpa sidia diTmn sana :victory:
Originally posted by iDputera at 10-4-2009 11:09 PM
cincin ku beri cincin suasa
tiada yang perasan bila melaram
kisah dahulu ditelan masa
waktu kini semakin suram….
`hepp.. memandai yer..
jebat terjatuh di tepi titi .....selalu jebat kt titi ek
sbb asyik berangan2
kisah dulu simpan di hati
terpatri indah jadi kenangan............
[quote]Originally posted by iDputera at 10-4-2009 11:10 PM
puteri berendam didalam kolam
bermandi cahaya bulan yang terang
mana tidak sedih hati didalam
bunga ku puja disunting orang..
Anak itik tak suka mkn ikan
Itik nila suka mkn buah nona
kanda dh ada temujanji lain kan?
Selamat BERjumpa sidia diTmn sana
------------------------------------------
kari kepala ikan untuk bapa
anak pula segan nak minta
masa kerja mana ada masa nk jumpa
mulalah tu dinda nk buat cerita
jebat terjatuh di tepi titi
sbb asyik berangan2
kisah dulu simpan di hati
terpatri indah jadi kenangan............
.....selalu jebat kt titi ek
-----------------------------------------
dalam kolam banyak keli
adik bungsu rajin membela
waktu kecik mesra sekali
bila dah besar termalu lah pula
merpati putih membuat sarang
di dahan tinggi pohon melati
andai bungamu disunting orang
cari yang lain jadik penganti...............
------------------------------------------
bila dah sayang jangan curiga
rasa mesra bergurau senda
pilihan hati tak kenal pula keluarga
cepat lah cikit DN jumpa bonda.....
[quote]Originally posted by iDputera at 12-4-2009 10:43 PM
dalam kolam banyak keli
adik bungsu rajin membela
waktu kecik mesra sekali
bila dah besar termalu lah pula
boleh BERjumpa pd hari Selasa
datang dgn membawa BERita
boleh jumpa kalau TERpaksa
'dia' dtg tadi bawa cerita...
--------------------------------------
pergi bersiar ditg rusa
hidup merimbun buluh perindu
mengapa jumpa kerana terpaksa
datangnya dia melepaskan rindu...
Originally posted by masarju at 19-4-2009 00:59
pandai renang dan juga selam
tidak penat walaupun BERbatu-batu
rindu mengcengkam dikala malam
BERsengkang mata jadi burung hantu
`slmt mlm kanda iD
...
terhibur hati ditengah malam
bertentang mata terasa malu
dinda disana sudah terjaga malam
bila nama mu ku sebut selalu...
gunting kain jadi BERgerigi
bentuknya pula empat segi
sudah pun masuk awal pagi
panjang umur,dpt jumpa lagi
-------------------------------------------
anak puyuh berlari2
ibunya leka tidak dijaga
awal pagi dinda kemari
lambat laun ketemu juga..
sudah pun jd pelepak tegar
minum kopi BERcawan-cawan
mata pula semakin segar
nmpak wajahmu dicelah awan
`tunggu esok
---------------------------------------------
biduk berlalu didalam hutan
angin bertiup pelita pun padam
dari utara sampailah keselatan
ingatan pada mu tidak pernah padam...