|
★APPLE; IPHONE, IPAD & IPOD - III★-DISCUSS HERE
[Copy link]
|
|
miskucing posted on 27-6-2013 01:55 PM 
Sedihhh .. dah nangis dah ni , emosi sangat sampaikan masa staff mac city tu call dan bagi quotati ...
hehe
bukan ipad mini je yg fragile
ikutkan, semua gajet fragile
sebab tu dalam warranty terms
kalau terjatuh, masuk air .. memang terus void
saya punyer iphone 4S .. dah berapa kali tukar lcd
kemek toksah citer la
biasala .. kalau ada budak kecik kan .. semuanya di ingatkan mainan
ni dok pakai iphone 5 .. dengan warranty lagi 4 bulan abes .. adoi
takpe .. akan2 datang, mis tanya2 la dulu
saya gajet maniac .. pantang keluar benda baru, mesti rembat dulu
beratur atau tido kat mall .. takde problem punye
asalkan boleh solat .. haha
tambah pulak .. rangkaian Jiwang dah down
tugas sebagai admin pun tamat la .. yipee
|
|
|
|
|
|
|
|
hi,
boleh sape2 bagitau berapa harga iphone5 sekarang?
berbaloi tak kalau beli sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon pertolongan-
Sy da beli ispread flashdrive.masalahnya benda ini x dpt nak d detect d pc and x boleh nak reformat (micro sd 2gb).dkt iphone ios 5.1.1 n ipad ios 6.1.3 boleh pulak.persoalannya sekarang adakah benda ini cuma utk antara ios shj atau boleh d guna antara ios dgn pc.bila baca dkt spec kata boleh guna 2 2.tq |
|
|
|
|
|
|
|
ehemm...salam smua.. Nak tnye iphone 4s ada jual lg ker? aci x kalau aku beli.
adakah aku di kategorikan ketinggalan ketapi..? kekeke |
|
|
|
|
|
|
|
alin80jb posted on 9-7-2013 09:53 PM 
ehemm...salam smua.. Nak tnye iphone 4s ada jual lg ker? aci x kalau aku beli.
adakah aku di kateg ...
ada je jual kat apple store m'sia ....celcom ngan maxis pon masih ada pakej ip4s ni
|
|
|
|
|
|
|
|
an2toncit posted on 9-7-2013 11:56 PM 
ada je jual kat apple store m'sia ....celcom ngan maxis pon masih ada pakej ip4s ni
yeke..lega.. baca all comments and review psl iph4s kat cni eksaited aku nk rembats satu 
|
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun posted on 10-6-2013 04:27 PM 
telco mana yg bagus, value for money utk pakai kat ipad mini? sesuai prepaid ke postpaid?
ada org ...
nak tau gak telco mana yang okey. i pun baru beli ipad mini yg 4g . takde simkad lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
hyie posted on 5-6-2013 11:32 PM 
tadi kan aku pegi satu blue cube ni, dia cakap pasni Apple dah taknak kuarkan iPhone kaler putih seb ...
ha ah. selalu dgr gak. barangan apple kaler putih tak tahan lama. betui ka?
tapi sekarang ni mmg rare la nampak iphone/ipad kaler hitam. rasa macam pelik plak bile nampak warna hitam. ramai nak beli kaler putih je. Last edited by crunchez on 10-7-2013 01:14 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
crunchez posted on 10-7-2013 01:12 PM 
ha ah. selalu dgr gak. barangan apple kaler putih tak tahan lama. betui ka?
tapi sekarang ni mm ...
beza kaler je pon kann..kualiti tetap sama. Aku dah angkat satu ifon kaler putih, bila dicompare, kaler hitam lebih smart.
|
|
|
|
|
|
|
|
itam atau putih, sama saja. tapi terpulang kepada minda masing2. suka yang mana satu, |
|
|
|
|
|
|
|
bila wahtsapp nak ada free version ni??!  |
|
|
|
|
|
|
|
NAK TANYER... BAPE HARGA IPAD MINI WIFI DGN YG BOLE MASUK LINE TU.... |
|
|
|
|
|
|
|
crunchez posted on 10-7-2013 01:10 PM 
nak tau gak telco mana yang okey. i pun baru beli ipad mini yg 4g. takde simkad lagi.
dok cari info psl telco ipad terjumpa blog nie http://audifaliq.wordpress.com/2 ... abayar-di-malaysia/
nie plak komen penulis blog..
Berkenaan pelan internet terbaik untuk iPad, secara peribadi saya syorkan dua operator iaitu Maxis dan Celcom. Rasionalnya dua operator ini mempunyai liputan yang terbaik dan kelajuan datanya secara purata adalah amat memuaskan. Berkenaan dengan kos, Maxis dan Celcom menyediakan pelan data yang kosnya bergantung pada jumlah kuota bulanan dan secara asasnya semakin besar kuota semakin tinggi kos pelan tersebut.
Tetapi saya melihat ada kelebihan pada pelan data Maxis kerana Maxis tidak menghadkan kelajuan maksimum untuk pelan-pelan datanya manakala Celcom pula menghadkan kelajuan maksimum mengikut kuota data (maksudnya untuk mendapat kelajuan yang lebih tinggi, saudari perlu melanggan pelan data dengan kuota yang lebih besar).
Ambil perhatian bahawa kelajuan maksimum yang dipaparkan di laman web hanyalah secara teori namun berdasarkan penggunaan peribadi saya (saya mempunyai pelan data daripada kedua-dua operator ini), saudari boleh mendapat secara purata 1 hingga 2 Mbps di kebanyakan bandar utama bergantung kepada jumlah pengguna di satu-satu kawasan tersebut. Saya pernah mendapat kelajuan 13Mbps di kawasan sekitar Seksyen 16 Petaling Jaya dan di kawasan luar bandar yang mempunyai liputan 3G, kelajuan yang lebih tinggi mungkin dapat dicapai kerana kapasiti kurang digunakan dan tidak ramai pengguna.
Cadangan saya, saudari pilih berdasarkan bajet saudari dan sekali lagi, saya secara peribadi mencadangkan Maxis ataupun Celcom.
Terima kasih & selamat menjalani ibadah puasa. :-)
nak lebih info bleh tgk kat link atas tue..
|
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun posted on 15-7-2013 12:12 PM 
dok cari info psl telco ipad terjumpa blog nie http://audifaliq.wordpress.com/2013/01/29/analisis- ...
nak tanya pasal kuota tu camne eh? 2gb tu byk sgt ke utk browsing, whatsapp wechat fesbuk dll? |
|
|
|
|
|
|
|
crunchez posted on 15-7-2013 12:54 PM 
nak tanya pasal kuota tu camne eh? 2gb tu byk sgt ke utk browsing, whatsapp wechat fesbuk dll?
kalau nak 1gb pilihan yang ada umobile & redtone... umobile postpaid bulanan rm 28 utk 1gb, redtone postpaid bulanan rm33
|
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun posted on 15-7-2013 01:52 PM 
kalau nak 1gb pilihan yang ada umobile & redtone... umobile postpaid bulanan rm 28 utk 1gb, redton ...
1gb tu cukup ke untuk internet? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk tanye camne nk tambah nilai kat ipad ni, baru beli ipad4 cellular/wifi tp xtau cara nk tambah nilai sebb kat ipad ni Hanya Ada IMessage je |
|
|
|
|
|
|
|
crunchez posted on 15-7-2013 03:52 PM 
1gb tu cukup ke untuk internet?
depend pd kegunaan kita, ada org just bukak fb, twitter & emel tp klu ada bkk utube mmg guna internet byk skit la..
lg 1 skrg kat smartphone masing2 pn ada guna data internet so kita boleh balance kan kegunaan antara tablet dgn telefon..
klu kurg tgk internet kt ipad boleh amik data yg skit jer, lebihkan pakej data di smartphone... so terpulang pd kegunaan masing2..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya pasal IOS.. member saya ada upgrade IOS 7 Beta 3 dan dah dekat sebulan gak pakai so far ok dan saya tgk interface dia gempak gak.. dah ala2 android... sapa2 ada info share sikit sebelum saya install gak IOS7 ni.. sorry klu dah ada citer ni sebab tak selak sampai belakang..
Dengor kata Launching bulan 9 (IOS7)
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelancaran iPhone 5S Ditangguhkan
Laporan terkini yang diterima menyatakan bahawa pelancaran generasi Apple iPhone yang seterusnya akan ditunda sehingga ke penghujung tahun ini. Berita ini dilaporkan di Commercial Times dan antara sebab yang dikenal pasti adalah dikatakan berikutan keputusan Apple untuk menggunakan skrin paparan yang lebih besar berbanding iPhone 5 iaitu 4.3-inci (tiada maklumat mengenai resolusi skrin). Laporan ini muncul hanya sehari selepas kami melaporkan bahawa pembuatan iPhone 5S akan bermula pada penghujung bulan ini.
Sebelum ini, iPhone 5S dilaporkan akan diberi penambah baikan pada kamera dan pemproses yang lebih berkuasa dengan mengekalkan rekabentuk yang sama seperti iPhone 5. Namun, Tindakan Apple ini dilihat seperti mengubah tradisi mereka. Kebiasaanya, Apple akan melancarkan model iPhone dengan tag ‘S’ menggunakan rekabentuk dan skrin paparan yang sama seperti model sebelumnya.
Apple iPhone 5S

mungkinkah ini merupakan reka bentuk iPhone 5S?
Menurut laporan, model iPhone ‘budget’ masih lagi dijadualkan untuk pelancaran pada suku ke-3 tahun ini dengan penghantaran chip sudah dimulakan pada bulan Jun manakala bahagian-bahagian iPhone 5S akan siap seawal bulan Ogos.
Seperti Kebiasaan, khabar angin mengenai model iPhone yang seterusnya pasti akan membanjiri laman web untuk beberapa bulan yang akan datang kerana ini adalah waktu Apple mengadakan sidang pelancaran bagi salah satu peranti mereka. Anda dinasihatkan supaya tidak terlalu teruja dengan berita yang dilaporkan kerana belum ada pengumuman rasmi daripada Apple. |
|
|
|
|
|
|
| |
|