|
Reply #180 Urban_Iz's post
sama laa...
hahahahah
bdk x pecah sore la la cover sore...cuba kalo dh pecah..
abisssss...
hehheeh |
|
|
|
|
|
|
|
huh..aku ingatkan mystarzlg peserta dier lebih bagus dr af,tambah2 lagi undi dier bkn 100% peminat...tengok ckrg semua peserta dier teruk2...yg aku heran yg lebih ok blh plak terkeluar...yg dr minggu 1 teruk masih lagi kekal...klu 100% peminat blhlah percaya tapi nie ader juri, ker dorang nie tengok personaliti...klu yg ader masalah biler belajar drg akan out...yg bdk tak buat masalah, stay jer..klu mcm nie takde can ler nak lawan af...  |
|
|
|
|
|
|
|
mcmmana lah si nina tu boleh bertahan lagi?...penat tgk..tak terkeluar2 lagi...pitching out... |
|
|
|
|
|
|
|
bulat suke sore badri, ijam....
emeer mcm 'tak patut' lah masuk contest nih..
sebab x leh nak compare dgn peserta lain...
tasya lak bulat x berkenan sebab konsep same jer pas tu style pun same jer... boring lah... |
|
|
|
|
|
|
|
MyStarz, LG: Dua 'R' tersingkir
06-08-2007 12:13:47 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Tiada siapa menduga dua peserta MyStarz, LG iaitu Rubisa Tiasan yang memiliki vokal yang mantap dan Russell Curtis yang kreatif semasa membuat persembahan hanya mampu bertahan sehingga konsert ke-5.
Penyingkiran dua orang peserta sekali gus merupakan kejutan dari pihak TV3. Kini hanya tinggal enam peserta sahaja yang akan berentap pada minggu hadapan.
Mereka adalah Badri Ibrahim, 28, Mohd Emeer Iskandar, 12, Rachel Wesley, 14, Khairul Nizam Kaha atau Ijam, 32, Shaza Marina atau Nina, 23 dan Tashya Bashir, 20.
Rubisa yang mendendangkan lagu "Engkau Laksana Bulan" nampak tenang ketika mendengar keputusan daripada hos rancangan tersebut, Daphne Iking dan Naz.
Komposer terkenal yang juga pengetua program, Farihin Abdul Fattah menyifatkan Rubisa yang berasal dari Kota Kinabalu seorang yang tenang dari awal penerimaannya sebagai salah seorang peserta MyStarz LG sebelum ini.

Rubisa dan Russel tersingkir pada konsert kelima MyStarz (Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)
"Tapi sikap tenang yang ditunjukkan 'tak bertempat' menyebabkan dia tak ambil serius dengan setiap perkara yang dilakukan," kata Farihin semasa MyStarz LG Reflex yang di adakan secara langsung selepas nama peserta yang tersingkir diumumkan.
Manakala, Rubisa, 21 yang telah mendirikan rumahtangga serta mempunyai seorang anak itu menerima keputusan dan kritikan Farihin dengan hati yang terbuka. Bagi Rubisa, apa yang dikatakan oleh pengetua ada benarnya kerana dia memang secara semulajadinya tenang.
"Nak cakap tak puas hati tak juga sebab saya bukan boleh masuk balik." kata Rubisa dalam sidang media.
Namun, dia yang dikatakan tidak menghafal lirik lagu pada Rabu lepas tidak bersetuju dengan pendapat tersebut kerana dia telah melakukan persediaan.
"Sebenarnya saya hafal, bukan tak hafal langsung.
"Apa yang diorang cakap ada betul dan ada yang salah," katanya lagi.
Program yang berlangsung selama sejam itu turut menyingkirkan peserta dari Kuala Lumpur yang menyanyikan lagu "I Don't Wanna Be", Russell.

Badri mendendangkan lagu "Bukan Diriku" dan turut menjadi peserta terbaik malam itu (Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)
Bagi pihak juri yang terdiri dari Siti Hajar, Patrick Teoh dan Vernon Kedit, Russell, 26 terlalu 'heavy' dan perlu lebih 'projection'.
Mungkin disebabkan Russell turut membawa telefon bimbit, kunci kereta dan lain-lain yang menyebabkan poket seluarnya kelihatan 'jatuh' semasa melakukan persembahan. Namun Russell tidak menyalahkan pengundi dan juri yang ingin melihat dia disingkirkan.
"Saya terpaksa terima jika orang katakan saya berbadan besar kerana kalau badan saya 'fit' mungkin saya boleh buat lebih dari tu.
"Walaupun juri kata saya tak cukup tenaga dan kurang teknik, memang diakui dan saya dah buat yang termampu," kata Russell yang juga telah mendirikan rumahtangga.
Tambahnya, pemilihan lagu tersebut dibuat kerana dia inginkan persembahan yang mencabar selain menanamkan sikap ingin belajar.
Markah persembahan yang diadili oleh juri tetap, Patrick Teoh serta dua orang juri jemputan sebanyak 60 peratus.
Peserta cilik Emeer memikat penonton dengan lagu 'Joget Angan Tak Sudah' yang dipopularkan oleh Jay Jay sementara Rachel pula menyampaikan lagu 'Hurt'. Nina juga menampilkan persembahan yang tidak mengecewakan dalam lagu 'Manusia' dan 'Tiru Macam Saya.' Manakala Ijam pula dengan lagu 'Englishman In New York.'
Peserta terbaik yang membawa pulang hadiah sebuah DVD Micro Chocolate Audio dimenangi oleh Badri.
Badri mendendangkan lagu "Bukan Diriku" yang dipopularkan oleh kumpulan Samsons.
Kumpulan OAG merupakan artis jemputan MyStarz, LG pada minggu ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Badri aje yang selalu perform best. Peluang yang amat cerah untuk menang MyStarz LG. No. 2 plak Emeer.  |
|
|
|
|
|
|
|
aku dh leh agak sape menang mystarz LG ni nti...
mesti si badri..... |
|
|
|
|
|
|
|
1st time tengok semalam + aku suka sangat suara ijam. mungkin aku terpengaruh dengan lagu tu kot sbb aku suka reggae.. |
|
|
|
|
|
|
|
ASKUMM...WEHH AKU SEBENORNYER NAK MINTAK TULUN AND JASA BAIK KORANG...MASE AFIF KUOR TUE DIER ADER NANYI LAGU MAT SALLEH KANN...??? KATERNYER TAJUK LAGU ANGLE....TUL KERRR???? AKU TERCARI2 LA NAK DONLOD LAGU TUE TAPI XTAU PLAK SAPER YG NANYI....KORANG TAU X????..KALO TAU TULUN BAGI YEEE...AKU NAK SGT LAGUS TUEEE...BESHH TUUU  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aQuA_dIaMoNd at 1-8-2007 04:29 PM 
pas ni si nina kuar...
sore tahap karaoke ajer.....
harap2 dia masuk sini.....
last 2 weeks ada jumper ayah si nina tuh.. siap kempen soh vote anak dier taw.. aku x kisah kalau nak tolong vote kan.. tp kalau boleh suara tuh biar la sedap.. nih gaya jer lebih.. suara x der.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kakak Tua: Farihin Vs 'MyStarz,LG'
10-08-2007 11:23:16 AM
NAK kata 'kontroversi', tak kemana pun isu pana yang direka atau dibuat-buat dalam program realiti TV3 terbaru, MyStarz, LG.
Dari cerita flying kick dan pergaduhan hari Jumaat antara Mimi dengan Rubisa hinggalah ke kisah bapa Mimi membuat statement 'keputusan MyStarz, LG 'dirancang' ketika Mimi terkeluar, semuanya mengundang spekulasi negatif.
Ingatkan dah habislah cerita sensasi dalam MyStarz, LG rupa-rupanya drama sebabak ini baru saja bermula. Lagi hebat sinetron yang 'dipentaskan' sejak akhir-akhir ini sehingga terpaksa melibatkan skuad Terjah Melodi untuk membuat program ini lebih panas. Untung-untung naik juga rating program yang semakin suam-suam kuku ni.
Berlainan dengan program realiti lain, nampak gayanya MyStarz, LG lebih memberi 'tumpuan' kepada pengetuanya yang kreatif lagi budiman, Farihin Abdul Fattah dari pelajar-pelajarnya yang 12 orang itu.
Tanpa dirancang atau sememangnya dirancang, tiba-tiba saja nama Farihin lebih popular dan meniti di setiap bibir, baik pelajar mahupun keluarga pelajar yang tersingkir dan di kalangan juri tetap.
Ada saja yang tak kena dengan 'pemerintahan' dan pengelolaan akademi nyanyian milik mutlak Farihin. Nak cakap corak pembelajaran tak boleh kerana Farihin sendiri mengaku dan mengangkat 'bendera putih' kononnya dia tidak pandai mengajar sebab itu "saya perlukan Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik, Nan Salleh, Steve Thornton dan pemain muzik lain."
Kononnya, niat murni asal Farihin adalah untuk memberi tumpuan total kepada semua anak muridnya. Tapi tumpuan saja tanpa ada modul khas di mana dan ke mana arah hendak di bawa 12 orang anak-anak jagaannya, tidak boleh juga. Jadilah macam si luncai terjun dengan labu-labunya atau si ketam menyuruh anaknya jalan lurus.
Kesudahannya, anak-anak didik yang semakin cerdik dan waras akal fikiran itu bukan sahaja bukan sahaja bangun memberontak tetapi menyoal balik motif si 'Ayah'. Anak-anak yang tidak pernah diajar menderhaka terpaksa bersikap demikian kerana tidak puas hati. Pihak juripun sama, menyoal kembali apa fungsi tenaga pengajar sehingga pelajar-pelajar masih teraba-raba di dalam gelap, tidak tahu pasal pitching, nahu nyanyian dan tone placement.
Yang dijanji dulu lain, yang didambakan lain dan kesudahannya 'indah khabar dari rupa'. Cuba tanya pelajar-pelajar yang tersingkir seperti Awang, Afif, Rubisa, Mimi dan Andy? Rata-rata naluri mereka sama kerana masih tidak puas dengan apa yang mereka lalui dan pelajari selama ini.
Masih banyak lagi yang ingin dan boleh ditonjolkan oleh mereka tapi tidak kesampaian. Lagu pula ikut kuasa veto tenaga pengajar. Walau jiwa tidak redha tapi kerana terpaksa, mereka perlu menyampaikan lagu yang diberi dengan penuh keyakinan. Namun di pentas konsert, kemua kepincangan dan kelemahan ini jelas ketara.
Tengok saja Andy. Meskipun diberi tag 'You ARE my star tonight' oleh juri yang paling sinis dan vokal, Patrick Teoh, Andy terkeluar juga. Begitu juga dengan Rubisa, tetap malang kerana patah dan lenggok lagu lagu dalam Engkau Laksana Bulan tidak menepati piawai dan standard nyanyi yang betul.
Soalnya siapakah yang mengajar mereka teknik nyanyi dan vokal selama ini? Belumpun sempat Kakak Tua hendak menganalisa apa yang tidak kena, keluar lagi satu statement 'berani' dari pengetua yang perihatin.
"Pelajaran vokal tidak perlu....," kata pengetua yang arif lagi bijaksana itu.
"Kita sudah ada musicians, buat apa ada guru vokal?," soalnya lagi dengan bijak dan tanpa rasa bersalah.
Kakak Tua sedikitpun tidak terkejut dengan keangkuhan dan kelantangan Farihin menyuarakan ketidak rasionalan pemikirannya. Maklumlah sebagai Pengetua bukan sedikit yang perlu dijaga di bawah perintah jajahannya. Tambahan pula, Farihin tidak biasa dengan tugas yang diberi. Jadi nampak sangatlah kejanggalan dan kedengkelan cara dia berfikir.
Namun, ketika diprovoke oleh wartawan Melodi komen pedas dan sindiran Patrick Teoh tentang mutu nyanyian pelajar-pelajarnya, tiba-tiba saja nada Farihin bertukar menjadi lain.
Tiba-tiba saja Farihin 'merendah diri' dan mengaku kesilapan kononnya segala kelemahan adalah berpunca darinya.
"Takkan saya nak buat semua....," lantas memberi metafora pasal masak ayam. Bukan senang nak cari orang yang betul-betul ikhlas mengakui kesilapannya. Harap-harap teguran Patrick diterima dengan hati terbuka dan jawapan yang diberi bukan sekadar 'reverse psychology' dari Farihin agar tidak ada lagi yang menegur kesilapannya yang begitu ketara.
Bila difikir balik, agak pelik juga bila setiap pelajar yang terkeluar berkata hal yang sama iaitu "keputusan sudah dirancang dan diatur." Mungkinkah ada kebenarannya?
Namun, kebetulan yang paling hampir adalah kemenangan Penghibur Terbaik milik Badri selama dua minggu berturut-turut. Bukan saja lagu yang diberi memihak pada cara nyanyian Badri yang tidak mempunyai mutu suara sebagus pelajar yang tersingkir.
Tapi dalam banyak hal, pilihan lagu banyak membantu Badri menguasai pentas dan memberi persembahan yang memikat. Dengan senyuman dan kenyihan melampaui batas, ramai juga yang terpukau dan terpikat dengan aksi Badri yang kelihatan 'over confident' sejak kebelakangan ini.
Mana tidaknya, pemuda yang sudah berumahtangga ini seolah telah mendapat restu dan mandat di mana dia mungkin akan mara hingga ke pusingan terakhir.
Lagi pelik bila dua pelajar cilik, Emeer dan Rachel, juga calon favourite bagai terpinggir dan ketepi dek kerana gelagat yang ditonjolkan oleh pelajar-pelajar dewasa yang lain.
Russell pula kerana tidak mempunyai pakej dan muatan poket yang berat terpaksa menerima kenyataan yang dia tidak layak ke pusingan seterusnya. Tentu pedih untuk Russell menerima kenyataan ini bila mana sebelum ini telah diberi hak keistimewaan buat sesi jamming dengan bandnya dalam salah satu konsert MyStarz, LG.
Tapi itulah kejutan yang diatur oleh MyStarz, LG. Antara anak emas, anak pungut, anak tiri dan anak didik semuanya diberi layanan yang setara agar mereka tahu di mana kedudukan setelah tirai MyStarz, LG berlabuh.
Vokal yang baik dan sempurna tidak ada ertinya kerana modul sifar tidak menjanjikan apa-apa pembelajaran yang jitu. Sekadar grooming di Salon dan belajar sedikit pasal nota muzik setakat melepaskan batuk di tangga.
Dua bulan dalam LG House bukan menjadikan pelajar lebih pandai dalam aspek muzik. Sebaliknya pula berlaku, artis-artis MyStarz ini menimba pengajaran tentang kehidupan dan tingkah laku manusia di sekeliling. Bagus juga sekurang-kurangnya, mereka yang tersingkir ada banyak masa untuk membuka mata dan buat perbandingan apa yang tak kena dan tidak adil. Tidak menerima bulat-bulat apa yang tertera di depan. Maksud yang tersirat itu harus dikupas kerana realitinya akan menganggu gugat peribadi yang cuba dibentuk.
Jangankan diberi peluang mentelaah dan mendalami sesi vokal secara khusus, pelajar tersingkir seperti menaiki bahtera tanpa nakhoda kerana pengetua terlalu sibuk mengatur strategi untuk membuat kejutan seterusnya.
Suku sakat Munsyi Abdullah yang juga kenalan rapat Kakak Tua dalam MyStarz, LG ada bagi tahu, seperti ada saja yang tidak kena dengan MyStarz, LG mahupun LG House persis Puaka Tebing Biru kerana badi dan ketulah yang terpaksa dilalui.
Senario 'sudah gaharu cendana pula, sudah terang lagi bersuluh' inilah yang buat Kakak Tua malas hendak komen dengan lebih lanjut. Sebabnya, semua penghuni MyStarz, LG sudah lebih maklum salasilah dan susur galur MyStarz dan tahu siapa 'penjajah', siapa yang dijajah dan siapa tawanan dan yang terusir?
Mustahil kalau tidak ada sekelumit rasa bersalah menghalau tuan rumah dari premis ala aksi lanun tanpa rasa berdosa dan belas kasihan.
Kalau asas rumah sudah goyang mustahil rumah dapat berdiri teguh. Kini MyStarz mahupun LG House umpama rumah nenek kebayan yang bila-bila saja akan hanyut ditiup angin.
Yang terkena tempiasnya pelajar-pelajar juga sedangkan si pengetua sibuk mencari akal dan 'helah' membuat PR exercise untuk menutup segala cacat cela dan kekurangan program yang ratingnya semakin lemah dan lesu.
KAKAK TUA: Tunggu masa pelajar-pelajar MyStarz, LG minta 'dimerdekakan!' |
|
|
|
|
|
|
|
aku x berkenan btul tgk tasyha tuh nyanyi  |
|
|
|
|
|
|
|
huiks.nina out..!
aaakuuu cintaaaa kepada muuu..
semoga dia murah rezeki dan juga kepada yg dah terkeluar...
go badriiiiiiiii!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
u mean u guys really watch this crappy show?  |
|
|
|
|
|
|
|
aku benci gila lah cara si tashya nyanyi...tetiap minggu itu |
|
|
|
|
|
|
|
yaa...i hate tasha too cos -her-look just like-his-
kenapa nak pakai cam laki lak |
|
|
|
|
|
|
|
yes..akhirnya Ijam dah tunjuk sket sore..ape2 pon suke badri ngan emeer |
|
|
|
|
|
|
| |
|