CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 450|Reply: 3

Takkanlah Sherry Ibrahim kahwin dengan Fadlan Hazim pulak!

[Copy link]
Post time 30-5-2025 11:09 PM | Show all posts |Read mode


Sherry Ibrahim menafikan dakwaan sudah mendirikan rumah tangga selepas dia berkongsi video bersanding di atas pelamin bersama pelakon Fadlan Hazim dalam TikTok baru-baru ini.

Menjawab pertanyaan ramai, Sherry atau Syarizad Ibrahim, 42, berkata persandingan tersebut hanyalah sebahagian daripada adegan drama lakonannya iaitu Nikmat Hanya Sesaat.

“Banyak sangat komen yang saya terima, sebenarnya itu bukan perkahwinan saya.

“Itu adalah perkahwinan Julia (watak lakonannya) dan Zafrul (Fadlan) dalam drama yang sedang ditayangkan sekarang menerusi slot Samarinda TV3 berjudul Nikmat Hanya Sesaat,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Tidak berasa kecil hati, dia bagaimanapun menerima setiap komen yang mahu melihatnya mendirikan rumah tangga dengan berlapang dada dan akan berkongsi sekiranya dipertemukan jodoh satu hari nanti.

“Terima kasih semua yang komen dan kepada yang mendoakan saya.

“Insya-Allah kalau ada jodoh nanti, adalah ya,” katanya lagi.

Menerusi video tersebut, Sherry lengkap memakai busana pengantin dan sedondon dengan Fadlan.

Dalam ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar dia menemui lelaki yang tepat sebagai suami.

“Semoga Sherry dapat jodoh lelaki soleh pada waktu yang tepat dan bahagia.

“Ingatkan kahwin betul-betul. Sherry bila nak kahwin? Semoga cepat dapat jodoh.

“Terkejut Sherry kahwin, rupa-rupanya hanya drama,” komen netizen.
Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Andartu + Dagu = Andargu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pujaan kak Kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Spoil lah ada mawar.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.037024 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list