Vokalis kumpulan Ramayan itu turut mendedahkan bapanya menasihati agar setiap genre dibawakan perlu berteraskan pop kerana lebih dekat dengan cita rasa pendengar.
Atas nasihat diberikan, elemen pop sentiasa menjadi keutamaannya dalam setiap lagu yang dihasilkan kelak.
“Ayah saya cakap daripada awal, apa-apa pun buat lagu kena ada genre pop. Buat macam genre yang berat sedikit tetapi lagu itu tetap kena pop.
“Setiap lagu kena ada melodi sebab orang kita lebih pentingkan melodi dan penyanyi sebab apabila tiada orang (penyanyi), penonton akan rasa bosan dan kosong.
“Jadi itu yang kami cuba utamakan selama ini. Cuma dulu saya lebih pentingkan muzik dan elemen pop itu kurang, tetapi sekarang kami pentingkan suntikan pop lebih dalam setiap lagu,” ujarnya.
Untuk rekod, Ramayan ialah kumpulan muzik rock psikedelik Malaysia ditubuhkan pada tahun 2014 yang terdiri daripada Syafii Nasir (vokal), Omar (bes), dan Que (dram).
Album Ini Adalah Ujian Transmisi juga merupakan buah tangan ke dua yang memuatkan 11 buah lagu.
Sumber: Kosmo