CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 733|Reply: 9

[Jenayah] Naikkan Harga Barang, Syarikat Kilang Type C Kena Denda RM60,000!

[Copy link]
Post time 28-5-2025 08:02 AM | Show all posts |Read mode


Hari ini sebuah syarikat pengeluar roti didenda RM60,000 atas pertuduhan menaikkan harga roti kentang sebanyak 16 sen pada tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhi Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar selepas Today Bakeries Products (Klang) Sdn Bhd sebagai Orang Kena Saman (OKS) yang diwakili pengarahnya, Khu Kim Chai, 67, menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes itu, lapor Berita Harian.

OKS membayar denda itu selepas prosiding berkenaan.

Mengikut pertuduhan, syarikat beralamat di Klang itu didakwa mencatut dalam menjual barangan roti kentang dengan menaikkan harga jualan dari RM3.35 kepada RM3.51.

Kesalahan yang dilakukan di syarikat berkenaan di Taman Klang Utama pada 27 Mei 2024 itu menyebabkan kenaikan kepada margin keuntungan bersih sebanyak RM0.16 daripada RM1.89 kepada RM2.05.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(1)Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang dibaca bersama Per 3(b) Peraturan -Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan ( Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Yang Tidak Munasabah) 2018 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhamad SaifulSaaidin manakala OKS diwakili Peguam Mohd Ridzuan Omar, lapor Berita Harian.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2025 07:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2025 08:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 10:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 11:37 AM | Show all posts
16 sen pun blh ye sampai ke court dan jatuh salah lagi


kalau servis mcm cuci kereta tu blh jgk ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 11:56 AM | Show all posts
roti sweetie sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2025 01:23 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 29-5-2025 11:37 AM
16 sen pun blh ye sampai ke court dan jatuh salah lagi

aku rasa ini untuk barangan terkawal sj


... mcm nilah baru nampak peranan kerajaan... ada kes, sabit, hukum terus... yang lain nampak akan fikir banyak kali kalau nak buat

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 04:23 PM | Show all posts
plywood replied at 29-5-2025 01:23 PM
aku rasa ini untuk barangan terkawal sj

owhhhh

kan kan
takde bg muka, nk meleret2 citer kt court
laju jatuh hukum



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2025 04:35 PM | Show all posts

oo tokeh roti sweetie ke

roti inti maneh potong kaki..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 10:01 AM | Show all posts
ouu, btw aku suka roti sweetie kacang merah yang kecik-kecik tu

rasa tak bersalah sikit nak makan, walau hujung-hujung habis seplastik jugak bedal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.045521 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list