CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43|Reply: 0

[Kedah] Lelaki curi kenderaan majikan maut dilanggar lori

[Copy link]
Post time 21-5-2025 04:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-5-2025 04:21 AM

Lelaki curi kenderaan majikan maut dilanggar lori

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
20 Mei 2025 01:29pm




Suspek maut bertembung dengan sebuah lori ketika melarikan motosikal curi. Foto ihsan pembaca



SUNGAI PETANI – Suspek lelaki yang dikatakan mencuri kenderaan majikan maut dalam kemalangan selepas dilanggar sebuah lori ketika melarikan sebuah lagi motosikal curi dalam kejadian di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek yang juga pembantu kedai makan, terlibat dalam dua kejadian kemalangan dan melarikan dua buah kenderaan termasuk kereta Perodua Kancil milik majikan serta sebuah motosikal milik orang awam.


Menurutnya, lelaki berasal dari Pattani berusia 20 tahun itu terlebih dahulu melarikan kereta majikannya dari Bedong sehingga terbabit dalam kemalangan pertama dengan sebuah kereta jenis Perodua Viva di Ambangan Heights.


]
Suspek dikatakan melarikan kenderaan majikan sebelum terbabit kemalangan sebelum melarikan diri menggunakan sebuah motosikal yang dicuri. Foto ihsan pembaca



"Ketika orang ramai berhenti untuk melihat kemalangan, suspek kemudian keluar dari kenderaan dan melarikan sebuah lagi motosikal milik pengguna lain.

"Suspek kemudian terlibat dalam kemalangan kali kedua di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau yang berjarak kira-kira 10 kilometer pada jam 5.50 petang dengan sebuah lori dari arah bertentangan ketika menunggang motosikal terbabit," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila suspek dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan setelah melalui selekoh.






Suspek terlibat kemalangan kali kedua di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau yang menyebabkannya maut. Foto ihsan pembaca



"Pemandu lori telah cuba mengelak ke kanan namun oleh kerana jarak terlalu dekat, kenderaan itu telah melanggar tepat bahagian hadapan motosikal sebelum diseret lebih kurang 20 meter ke hadapan.


"Akibat kemalangan, lelaki terbabit mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani bagi proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

https://www.sinarharian.com.my/article/729509/berita/semasa/lelaki-curi-kenderaan-majikan-maut-dilanggar-lori


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035780 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list