CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38|Reply: 0

Bosan percutian biasa? Kaki travel boleh teroka 5 destinasi dunia tanpa malam, matahari tak terbenam

[Copy link]
Post time 18-5-2025 02:49 PM | Show all posts |Read mode



MATAHARI terbenam lazimnya menjadi isyarat untuk manusia berehat selepas seharian bekerja atau melakukan aktiviti pada waktu siang.


Namun, bagaimana agaknya situasi jika matahari tidak pernah melabuhkan tirainya?   


Di beberapa bahagian dunia semasa musim panas, fenomena luar biasa ini dikenali sebagai Midnight Sun, di mana cahaya siang berterusan tanpa henti walaupun malam menjelma.


Fenomena ini terjadi kerana kecondongan bumi, yang menyebabkan matahari kekal berada di atas ufuk di kawasan berhampiran Kutub Utara.


Hasilnya? Tiada malam dan langit sentiasa terang, seolah-olah masa terhenti.


Berikut ialah lima destinasi menakjubkan di dunia yang mengalami Midnight Sun:





1. Norway


Terletak dalam Lingkaran Artik, Norway hampir sinonim dengan Midnight Sun. Dari Mei hingga Julai, negara ini mengalami sekitar 76 hari cahaya siang tanpa henti. Lokasi terbaik jika melancong ke Norway adalah Hammerfest, antara bandar paling utara di dunia.


Penduduk tempatan atau pelancong lazimnya melakukan aktiviti seperti berkayak lewat malam, minum kopi, menaiki bot dan mendaki.


Bagaimanapun, tidur boleh terganggu dan pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari boleh memberi kesan kepada kesihatan kulit.





2. Utqiaġvik, Alaska


Dahulunya dikenali sebagai Barrow, Utqiaġvik ialah bandar paling utara di Amerika Syarikat. Dari akhir Mei hingga awal Ogos, bandar ini tidak mengalami kegelapan langsung, iaitu lebih 80 hari berturut-turut matahari kekal memancarkan sinar.



3. Lapland, Finland


Di Lapland, Finland Utara, Midnight Sun berlarutan selama hampir empat bulan, dari Mei hingga Ogos. Matahari hanya 'menyentuh' ufuk, tanpa benar-benar tenggelam.


Menjadi antara lokasi popular dalam kalangan pengunjung untuk menyaksikan fenomena Northern Lights.


Antara aktiviti yang lazim dilakukan waktu ini adalah memancing, berbasikal, dan berkelah di bawah cahaya matahari yang tidak pernah padam.



4. Wilayah Yukon, Kanada


Terletak berhampiran Bulatan Artik, Yukon menikmati cahaya matahari berpanjangan sepanjang musim panas.


Anda pasti terpukau dengan pemandangan gunung yang indah, sungai berliku dan hutan yang luas.


Yukon juga terkenal dengan acara unik iaitu Kejohanan Golf Midnight Sun, di mana pemain bermain golf pada tengah malam!


Fenomena ini menjadikan Yukon syurga bagi pencinta alam dan jurugambar.



5. Sweden


Seperti jirannya iaitu Norway dan Finland, Sweden turut mengalami musim panas yang panjang, terutama di bahagian utara.


Dari akhir Mei hingga pertengahan Julai, matahari hampir tidak pernah hilang dari langit.


Penduduk tempatan lazimnya meraikan perayaan popular, Midsommar iaitu pesta outdoor dengan melakukan aktiviti seperti tarian keliling kutub bunga dan mahkota bunga.


Jika anda ingin melangkah ke dunia tanpa malam, inilah masa yang tepat untuk merancang perjalanan ke salah satu destinasi ajaib ini sambil menghayati keindahan alam ciptaan Allah.  - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.057449 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list