CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1679|Reply: 49

‘Rasa kosong itu petanda memang sudah nekad‘ - Fazura

[Copy link]
Post time 18-5-2025 12:08 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Kekuatan dan ketabahan pelakon jelita, Nur Fazura yang cekal meneruskan kehidupannya selepas bercerai terus menjadi inspirasi dalam kalangan wanita yang senasib dengannya.


Tampil menitipkan kata-kata semangat, Fazura berkata setiap kekosongan yang menyelubungi diri seorang wanita setelah bercerai itu menandakan bahawa mereka sudah benar-benar nekad dengan keputusan yang telah dilakukan.


  


“Awak akan menjadi kuat dengan izin dan bantuan Allah. Jika ada rasa kosong itu petanda memang sudah nekad sehabisnya.


“Itu adalah yang terbaik, sekurang-kurangnya saya boleh katakan untuk diri saya sendiri,” katanya menerusi sebuah perkongsian di Threads.


Fazura berkata demikian susulan menyedari luahan seorang netizen yang menyatakan dirinya terasa kosong selepas bercerai dengan suaminya meskipun berpisah secara baik.


  


Malah, wanita tersebut turut berharap dirinya dikurniakan kekuatan dan ketabahan sama seperti aktres filem Pisau Cukur itu yang kini sudah bergelar ibu tunggal.


“Baru bercerai semalam secara baik. Tak ada rasa apa. Kosong. Tetapi saya rasa lega. Saya harap saya sekuat Fazura. Ibu tunggal yang kuat sepertinya,” kata netizen itu.


Simpati dengan nasib wanita tersebut, Fazura turut mendoakan agar individu itu dikurniakan ketenangan dalam kehidupannya yang mendatang.


“Semoga dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan sejati,” kata Fazura.


  


Pada 7 Oktober tahun lalu, Fazura dan pelakon, Fattah Amin disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.


Terdahulu, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.- UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2025 12:20 PM | Show all posts
Kosong sgtt lahh tu ko menangiss n meroyyan tepi longkanhh. Mencecehh mcm2. Acik ni selalu acah terpaling phuiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak menapause kah rasa kosong..ada kawan diajak gaduh...ada laki x reti nak hormat hak laki .ada adik pun dibuat musuh...mana x rasa kosing...yg kau ada benak2 anjing kau yg sekor pun x blh harap..puji membuta tuli je
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Udoh2 le tu mekjurah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi iols fazura memang sudah lama move on.
Ini sekadar sheols berkongsi pengalaman sebab sheols sudah melaluinya.
Inilah yang berlaku bila sudah dibenci netizen. Tulis status di Threads pun jadi berita lepas tu kena kecam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepertinya menyesal dan belum boleh move on. Kesian jugerrk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2025 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow kakafaz rajin workout
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
lawa je kaka Faz.. yg penting boleh berdikari Faz. ramai lg single mom yg struggle besarkan anak.
yg penting Faz tk yah ngekor lelaki sana sini.
jaga fatima baik². moga urusan hutang pun selesai dgn baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2025 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu minggu berpuluh tajuk ko sorang je.  Nasihat aku gi hijrah Brunei.  Untung2 mengena.  Hutang pun langsai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa drama tepi longkang tu tak rase kosong lagi sbb masih ada perasaan tak puas hati. Biase org yg rase kosong ni dia mmg nk cerai je. Tak de dah mengungkit ungkit sampai kisah duit raya tk dpt, ex tak pujuk etc  

Skrg mungkin la rase kosong sbb ex pun dah move on, move fwd...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 02:01 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 18-5-2025 12:20 PM
Kosong sgtt lahh tu ko menangiss n meroyyan tepi longkanhh. Mencecehh mcm2. Acik ni selalu acah terp ...

sepatutnya rancangan nyonya ke wanita hari lusa ke panggil dia utk temubual pasal tips pasca cerai. Mungkin banyak sangat nasihat yg dia nak bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks ceraikan Duda...
Duda tak kosong dah....
Cinta dapat...kasih sayang dapat ..rezeki non stop...
Tq MJ...jgn lupa bayar hutang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 02:47 PM | Show all posts
kalau kosong kena cepat2 cari laki baru la... yang sana dah lama tak kosong...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 04:57 PM | Show all posts
cantik kakafake missfake taknak keluar album baharu ke? walaupun vokal hazab, tapi iols suka je dengar
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 18-5-2025 04:57 PM
cantik kakafake  missfake taknak keluar album baharu ke? walaupun vokal hazab, tapi iols ...

Ada modalkah?


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak Faz ni maintained cantik dan ayu.. base pic2 atas tu laaa..
Kalau pic lain ada masa nampak tua kecut.

Takpe lah kak faz kosong pun....
Nanti akan ada lah tu yg sudi jadikan isteri...
Lagi2 org mcm kak faz ni... Lakuuu je tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2025 05:36 PM | Show all posts
semoga faz blh selesai kes hutg tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya kaunselor perkahwinan dan keluarga. Tahun ni masuk 24 tahun bergelumang dengan dunia perhubungan, perkahwinan dan rumahtangga.

Belumlah jadi pakar tapi ada pengalaman berjumpa dengan beribu pasangan.

Tapi saya tak dapat nak katakan “rasa kosong” sebagai satu petanda pasangan dah nekad untuk bercerai.

Kerana sebab nak bercerai ni perlu diperbincangkan dan diperhalusi lagi.

“Rasa kosong” ni kita semua pun ada sama ada lelaki atau perempuan. Kadangkala rasa ni datang atas pelbagai sebab.

Penat sangat pun boleh buatkan jiwa rasa kosong.

Menyampah dengan jiran pun boleh buatkan rasa kosong bila nak balik rumah.

Berhadapan dengan tiada hala tuju hidup pun boleh membuatkan seseorang rasa kosong.

Kadang duit tak ada pun boleh rasa kosong juga.

Jadi “rasa kosong” ini perlu diperbincangkan lagi.

Nak buat keputusan meneruskan perkahwinan ataupun menfailkan penceraian, jumpalah orang yang betul.

Bukan dengan mengambil inspirasi orang yang baru lepas bercerai.

Dan saya setuju kekuatan HANYA datang dengan izin dan bantuan Allah.


Ini komen dari seorang kaunselor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 05:45 PM | Show all posts

kalau dia still under Universal Music,
selama ni derang keluarkan modal

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 06:09 PM | Show all posts
Lampuled replied at 18-5-2025 05:42 PM
Saya kaunselor perkahwinan dan keluarga. Tahun ni masuk 24 tahun bergelumang dengan dunia perhubunga ...

kalau rasa kosong tu .. masih boleh di-isi
yang susah .. dah tak ada rasa apa apa ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054639 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list