View: 237|Reply: 7
|
[Tempatan]
Saintis Cipta Sejarah, Pertama Kali Berjaya Ubah Plumbum Jadi Emas
[Copy link]
|
|
Saintis Cipta Sejarah, Pertama Kali Berjaya Ubah Plumbum Jadi Emas
Saintis di Eropah mencipta sejarah apabila berjaya menukar plumbum menjadi emas menggunakan sebuah alat khas dengan menghasilkan kira-kira 89 ribu atom emas setiap saat.
Menurut laporan ABC News, pasukan kerjasama ALICE menggunakan sebuah alat pemecut zarah, Large Hadron Collider (LHC) bagi menghancurkan atom pada kelajuan yang sangat tinggi. Menerusi kaedah tersebut, tiga zarah halus yang dikenali sebagai proton diasingkan daripada atom plumbum untuk menukarnya kepada atom emas.
Berbanding menggunakan pelanggaran terus, saintis mengkaji kejadian di sebalik dua atom yang hampir bertembung. Apabila perkara ini berlaku, medan elektromagnetik yang kuat di sekeliling atom tersebut boleh menyebabkan atom-atom atom-atom ini berubah menjadi elemen lain.
Ketua projek ALICE, Marco Van Leeuwen berkata pengesan mereka mampu mengendali dengan baik pelanggaran besar yang menghasilkan beribu zarah ini. Malah, dapat mengendali penghasilan hanya beberapa zarah pada satu-satu masa.
Sejak 2015 sehingga 2018, saintis berjaya mencipta kira-kira 86 bilion atom emas yang jika digabungkan, hanya seberat 29 pikogram. Jumlah ini kurang daripada sepertrilion gram emas.
Sebagai pengetahuan, setiap mesin hanya mampu menghasilkan 89 ribu atom emas setiap saat. Namun, setiap atom hanya wujud tidak sampai satu saat sebelum hancur. Biarpun mesin yang telah dikemas kini hampir menghasilkan dua kali ganda emas, namun ia masih belum praktikal untuk kegunaan sebenar.
Seorang saintis kerjasama ALICE, Uliana Dmitrieva berkata ini merupakan kali pertama para saintis berjaya mengesan dan mengkaji penghasilan emas menggunakan LHC melalui cara ini.
Terima kasih kepada keunikan kebolehan ALICE ZDC, analisis terkini merupakan yang pertama dapat mengesan dan menganalisis secara sistematik dalam penghasilan emas di LHC menerusi penyelidikan," katanya.
Seorang lagi saintis kerjasama ALICE, John Jowett berpendapat penyelidikan ini membantu mereka memahami tingkah laku zarah. Ia juga penting bagi menambah baik LHC dan pemecut zarah generasi akan datang.
Sumber: ABC News |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Emas turun harga jap lagi  |
|
|
|
|
|
|
|
Emas sintetik mcm engine oil gak
|
|
|
|
|
|
|
|
Saintis mmg dah lama cuba cipta emas. Tapi emasnya takda value sebab isotop tak stabil, jadi radioaktif |
|
|
|
|
|
|
|
Kena gali lagi ke tak lepas ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm sejarah tamadun manusia. Ada sorang jer saintis yang berjaya cipta x silap gue |
|
|
|
|
|
|
|
Sains itu sihir.
Bukan aku yang kata.  |
|
|
|
|
|
|
| |
|