CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18|Reply: 0

[Sarawak] PBB umum ahli MT sesi 2025-2028, Premier kekal Yang Dipertua PBB

[Copy link]
Post time 18-5-2025 09:55 AM | Show all posts |Read mode

Abang Johari bersama Uggah, Awang Tengah dan yang lain pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pra-DUN dan Mesyuarat MT PBB 2025 di Kuching, malam Sabtu. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah mengumumkan barisan penuh ahli Majlis Tertinggi (MT) parti bagi sesi 2025-2028, susulan konvensyen PBB yang berlangsung pada Februari lalu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengumuman itu menandakan mesyuarat rasmi pertama MT PBB yang baharu.

“Ini adalah mesyuarat Majlis Tertinggi pertama selepas konvensyen PBB baru-baru ini, di mana beberapa ahli telah dipilih untuk menganggotai Majlis Tertinggi ini.

“Bagi pihak rakan-rakan terpilih, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PBB di seluruh Sarawak atas kepercayaan mereka kepada kita untuk terus memimpin parti dan seterusnya berkhidmat kepada negeri Sarawak serta pembangunan Malaysia secara keseluruhan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pra-Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Mesyuarat MT PBB 2025 di sini, malam Sabtu.

Abang Johari memaklumkan beliau kekal memegang jawatan sebagai Yang Dipertua (Presiden) parti, manakala jawatan Timbalan Yang Dipertua (Timbalan Presiden) parti kekal disandang oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Jawatan Naib Yang Dipertua Kanan (Naib Presiden Kanan) parti pula katanya, dipegang oleh Dato Sri Fadillah Yusof dan Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Sementara Naib Yang Dipertua (Naib Presiden)  terdiri daripada Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Dato Ibrahim Baki, Dato Sri Julaihi Narawi, Datuk Gerawat Gala, Datuk Dr Annuar Rapaee, Dato Gerald Rentap Jabu, Datu Len Talif Salleh, Dato Sri Fatimah Abdullah, dan Datuk Martin Ben.

Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar kekal sebagai Pengerusi Tetap PBB, manakala Dato Sri Alexander Nanta Linggi meneruskan tugasnya sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu Datuk Fazzrudin Abdul Rahman selaku Timbalan Setiausaha Agung.

“Lima orang telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung dengan tiga daripada Sayap Bumiputera iaitu Datuk Hasbi Habibollah, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, dan Datuk Hamzah Brahim. Sementara dua lagi daripada  Sayap Pesaka iaitu Miro Simuh dan Maurice Joannes Giri,” ujarnya.

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dilantik sebagai Bendahari dengan dibantu oleh Datuk Dr Ripin Lamat selaku Penolong Bendahari.

Jawatan Ketua Penerangan parti disandang oleh Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dengan dibantu Dato Dr Philip Raja selaku Penolong Ketua Penerangan parti.

Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih pula terdiri termasuk Datuk Jefferson Jamit Unyat, Yusuf Abdul Wahab, Lidam Assan, Datuk Aidel Lariwoo, Abdul Yakub Arbi, John Ilus, Mohamad Duri, Senator Michael Mujah Lihan, Safiee Ahmad, Datuk Dr Richard Rapu, Datuk Abdullah Saidol, Datuk Ricky @ Mohd Razi Sitam, Awla Dris, Dr Simon Sinang Bada, Razaili Gapor, Datuk Willie Mongin, Datuk Haidar Khan Asghar Khan, Datuk Daniel Jubang Kanyan, Senator Datuk Ahmad Datuk Seri Ibrahim, Datuk Paulus Gumbang, Iskandar Turkee, Awangku Jainal Abedin Datuk Pengiran Jawa, Datuk Dr Jerip Susil, Datuk Dennis Ngau, Datuk Henry Sum Agong, Sulhie Salleh, Syed Hamzah Datuk Sri Wan Hamid Edruce, Julaihi Mohamad, Leonard Jambu dan Jawan Nyaun.

“Selain daripada mereka yang dipilih, seramai 20 orang turut dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi.

“Bagi Sayap Bumiputera, mereka ialah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Dato Idris Buang, Dato Lukanisman Awang Sauni, Ahmad Johnie Zawawi, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Dato Murshid DiRaja Dr Juanda Jaya, Azizul Annuar Adenan, Dato Sri Mohd Naroden Majais, dan PS Dr Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim.

“Bagi Sayap Pesaka pula terdiri daripada Tan Sri William Mawan Ikom, Dato Dr Nuing Jeluing, Paulus Dandee Banyang, Romeo Christopher Tegong, Lesley Luyoh Akah, Wejok Tomik, Jampi Tutong, Fred Entau, Barnabas Kulor Kaoz Djunior, Patrict Miden, dan Kaunselor Adison Langgar Injan,” tambah beliau.

Susulan pindaan kepada perlembagaan parti, Abang Johari berkata, lima wakil masing-masing daripada Sayap Wanita dan Sayap Pemuda turut dilantik  dalam Majlis Tertinggi PBB.

“Wakil dari Sayap Wanita ialah Datin Sri Angelina Ujang, Dato Sri Nancy Shukri, Umang Nangku Jabu, Datuk Rubiah Wang dan Dayang Noorazah Awang Sohor.

“Manakala wakil dari Sayap Pemuda ialah Anderson Lah, Sufian Mohat, Martin Ngindang Richard Mullok, Afiq Fikri Brahim dan Lyokarto Sikong,” katanya.

Senator Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah turut dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang parti.

“Meskipun terdapat wakil rakyat yang tidak tersenarai dalam barisan Majlis Tertinggi ini, sudah menjadi adat tradisi, kita bawa mereka bersama menyertai perbincangan yang ada dalam parti,” ujarnya.

Ditanya mengenai pandangannya terhadap keseluruhan barisan kepimpinan baharu itu, Abang Johari menyifatkan ia sebagai kombinasi antara pemimpin veteran dengan muka baharu.

“Sebab itu kita meminda perlembagaan parti untuk melibatkan golongan muda daripada sayap pemuda dan juga daripada sayap wanita.

Dalam parti, kita harus sentiasa membimbing generasi muda sebagai pelapis masa depan,” ujarnya.

Menurut beliau, pembangunan kepimpinan baharu amat penting, khususnya dalam menghadapi cabaran politik dan sosioekonomi masa kini.

“Maka itu, kita berkehendakkan mereka yang berpengalaman dan juga yang mempunyai pengetahuan tinggi untuk memimpin perjuangan kita, baik dari segi politik mahupun sosioekonomi.

“Apatah lagi, kita (Sarawak) sedang beralih ke arah ekonomi baru yang berasaskan inovasi dan kecerdasan buatan (AI) dan oleh itu, PBB mesti relevan setiap masa,” ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.140680 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list