PERKONGSIAN Hairul Azreen dalam media sosial baru-baru ini dengan memuat naik foto bersama Bella Astillah dan Syed Saddiq (BASS) serta menggunakan lagu Selamat Pengantin Baharu membuatkan ramai tak senang duduk.
Tambah memanaskan keadaan ialah kapsyen Hairul iaitu ‘dulang boys’ untuk foto yang turut memuatkan Tomok, Achey dan Sharif Zero.
Diva memang dapat rasa semua itu hanya konten untuk naskhah terbaharu tetapi biasalah netizen, seperti naik ‘sheikh’ bila muncul sahaja muka Bella dan Syed Saddiq.
Kata mereka, Hairul seperti memberi bayangan Bella dan Syed Saddiq memang benar-benar akan mendirikan rumah tangga.
Paling lucu, ada yang sanggup jadi tukang cuci pinggan untuk majlis perkahwinan BASS!
"Tak dapat jadi dulang boys atau dulang girls, saya okey cuci pinggan untuk BASS!"
“Amboi Hairul, bagi ‘hint’ ke?
“Saya jadi dulang hantaran pun okey! Menyala BASS kita!” seloroh netizen.
Diva pun tak sabar menanti pengesahan tentang hubungan mereka. Penat main teka-teki dengan kemesraaan yang dipaparkan dalam media sosial.
Cuma harap sangat, janganlah untuk konten semata-mata ya. Mungkin ramai akan mengamuk kalau selama ini sekadar lakonan.
Diva: Shuhada tolonglah beri kerjasama, ketemukan anak dengan Hafidz Roshdi. Penatlah tengok drama kalian. - HIBGLAM
|