View: 347|Reply: 13
|
[Tempatan]
Nahas FRU: Masih tiada pihak bayar jaminan, pemandu lori kekal di lokap - polis
[Copy link]
|
|
Edited by Glass_shoes at 18-5-2025 08:01 AM
TELUK INTAN: Masih tiada pihak tampil membayar jaminan untuk pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), setakat hari ini.
Timbalan Ketua Polis Perak Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata sehubungan itu, Rudi Zulkarnain Md Radi, 45, akan terus ditempatkan di lokap Batu Gajah hingga tarikh sebutan semula kes ditetapkan mahkamah iaitu pada 17 Jun depan.
"Jaminan kepada pemandu lori sebanyak RM6,000 dan beliau tidak dapat bayar, kita juga tidak menerima sebarang bayaran daripada pihak lain setakat ini," katanya ditemui ketika hadir ke Hospital Teluk Intan (HTI), hari ini.
Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat melawat dan menyantuni anggota FRU yang dirawat di HTI akibat kemalangan pada Selasa lepas.
Semalam, Mahkamah Majistret Teluk Intan menetapkan jaminan RM6,000 terhadap pemandu lori tersebut selepas dia dituduh memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU berkenaan.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan berkenaan.
Ada netizen nak bayar wang jaminan pemandu lori rempuh lori
Media hari ini melaporkan terdapat netizen di media sosial berhasrat membayarkan wang jaminan terbabit.
Dalam pada itu, Zulkafli berkata saksi yang mendakwa melihat pemandu lori cuba mengelak sebuah kenderaan di lokasi kejadian masih belum tampil bagi membantu siasatan.
"Sekiranya ada, pihak polis akan meneruskan siasatan susulan bagi tujuan perbicaraan," katanya.
Beliau berkata setakat ini seramai 16 saksi telah dipanggil untuk diambil keterangan. – BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 18-5-2025 08:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ramai yang sokong pemandu lori siap ada yg nak tolong bayarkan jaminan..Apa kata warga forum? |
|
|
|
|
|
|
|
Glass_shoes replied at 18-5-2025 08:02 AM
Ramai yang sokong pemandu lori siap ada yg nak tolong bayarkan jaminan..Apa kata warga forum?
Memang kesian driver lorry....hanya kerana dia bawa lori, bekas banduan dan tiada uniform kemas dan cantik.
Kenapa tak salahkan perarakan berhala? |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss rs bodoh je sape yg kesiankan driver lori pasir ni... korang x tau ke mcm mn dia org melutu bawak lori... Lps tu kuang ajo pulak tu jalan mcm bapak dia org yg punya... Tuk kes ni iolss x kesian..sbb dia sendiri pun ade 9rekod kes terdahulu kan... Agaknye kifarah atas doa org yg terkena gan pe yg driver ni bt... Ms kn tangkap x de duit...pdhal gaji dia org tu bukan sikit2.. kejar trip bawak lori tanah mcm cyeeeaaalllll |
|
|
|
|
|
|
|
Saksi yg kata lori nak elak kete yg keluar simpang tiba2 tu bukan keje kat kedai makan area situ? Wartawan yg interview sbb aku baca kat newspaper online je |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 18-5-2025 10:25 AM
kitaserupaaa replied at 18-5-2025 09:52 AM
Saksi yg kata lori nak elak kete yg keluar simpang tiba2 tu bukan keje kat kedai makan area situ? Wa ...
Balasan Allah sebab jaga Perarakan Berhala Hindu.
FRU siap jaga perarakan berhala...punya boek tabur duit dan arahan dari kaum minoriti.
Lepastu semua dosa tu campak kat driver lori ni...
Lepastu kat medsos Hindu Hindu tu hina agama Islam dan Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tau perangai palat darat ni mcm mana, turun la westport/northport |
|
|
|
|
|
|
|
Mana tokeh lori? Tak nak jamin pekerja ke? Kemelangan berlaku waktu bekerja.
Moral of the story - tak payah la bawa laju kejar trip, apa benda semua nak cepat. Kalo jadi kes gini tokeh tak peduli pun, dia buka iklan cari pekerja baru, boleh mula kerja esok.
Hehe..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu aje repot dari saksi yang kata dia nampak ada motokar keluar simpang.
Kalau repot tak timbul² jugak, kenyataannya boleh dibakul sampahkan.
Kalu benar dia nampak, siaplah dengan soalan² dari pendakwa raya berkaitan fizik untuk memastikan kredibiliti saksi boleh diterima pakai dan diterima akal. |
|
|
|
|
|
|
|
kat kenderaan memasing tak pasang dashcam ke? lori batu ngan lori FRU. Pastu takde ke kenderaan area situ yang ada dashcam sama |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 18-5-2025 04:49 PM
kat kenderaan memasing tak pasang dashcam ke? lori batu ngan lori FRU. Pastu takde ke kenderaan area ...
Kadang2 jd saksi lg pening kpla kena turun naik balai, mhkmh pastu silap2 dpt ugutan lg.... tu sbb diorg lek2 kt umah |
|
|
|
|
|
|
|
Wajibkan dashcam la. Kalau ada dashcam, takde takat dengar sembang2 babi boleh terbang. Saksi kata ada, tapi sampai sekarang takde laporan rasmi. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 18-5-2025 09:13 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ina_na replied at 18-5-2025 09:20 AM
Iolss rs bodoh je sape yg kesiankan driver lori pasir ni... korang x tau ke mcm mn dia org melutu ba ...
Netizen marah korek rekod lampau..Bukan memang macam tu ke apa2 kes mesti cek rekod lampau..Driver lori hanya cari rezeki..Habis yg anggota FRU tu bukan cari rezeki ke?Apa pun, kalau betul driver tu x salah, moga diberi keadilan juga lah untuk dia...Tapi lately byk betul kes babitkan lori..2 hari lepas langgar warden penjara kat Melaka |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 18-5-2025 09:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
B40tastePosh replied at 18-5-2025 09:10 AM
Memang kesian driver lorry....hanya kerana dia bawa lori, bekas banduan dan tiada uniform kemas da ...
Mereka pon hanya ikut arahan..Maybe lepas ni patut ambik type mereka sahaja kalau babitkan perarakan berhala? |
|
|
|
|
|
|
| |
|