CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1039|Reply: 17

'Kami asyik 'honeymoon' saja' - Siti Saleha

[Copy link]
Post time 17-5-2025 10:00 PM | Show all posts |Read mode


Puchong: Tiga bulan selepas menggalas status isteri, Siti Saleha mengakui dia dan suami, Joshua Fitton masih dalam fasa bulan madu.


Hari-hari yang dilalui, kata Siti Saleha cukup membahagiakan dan dia bersyukur dipertemukan dengan jejaka budiman seperti Joshua.


"Sepanjang tempoh tiga bulan kami menjadi suami isteri, perasaan sangat menyeronokkan. Kami asyik 'honeymoon' sahaja. Rasa seperti sudah lama berkahwin.


"Mungkin sebab kami sudah lama kenal. Dia adalah kekasih, suami dan kawan baik. Dia sangat tenang dan sering buat saya gembira," katanya ditemui pada majlis tayangan drama Dia Imamku di sini, baru-baru ini.


  


Biarpun berkahwin dengan pereka fesyen, namun, menurut adik kepada penyanyi Sam Bunkface ini, Joshua tidak pernah mengawal penampilannya, apatah lagi mengkritik gaya ketika muncul di tempat awam.


"Berkahwin dengan pereka fesyen sangat senang. Baju raya tak payah fikir, tapi dia tidak pernah kawal gaya pemakaian saya. Sebaliknya, saya yang akan bertanya sama ada sesuai atau tidak.


"Mungkin 10 tahun lalu dia lebih mementingkan gaya, tetapi semakin meningkat usia, soal gaya bukan lagi menjadi keutamaan. Suami juga tidak pernah persoalkan gaya saya. Dia mahu saya jadi diri sendiri.


"Pakaian harian dia sama saja, melainkan kalau ada acara rasmi atau permaidani merah, barulah dia pakai sut dan tampak kacak. Sekarang penampilannya lebih santai dan itulah yang saya inginkan," katanya.


  


Berkongsi lanjut prinsip yang diamalkan dalam menjaga keharmonian rumah tangga, Siti Saleha atau nama penuh Siti Saleha Mohd Baharum, 35, berkata, dalam hubungan suami isteri, kepercayaan adalah perkara asas yang harus dititikberatkan.


"Apabila berjauhan, kami bukanlah jenis yang suka hendak buat panggilan video. Saya tahu ada ramai pasangan di luar sana berbuat demikian.


"Kalau buat pun, kami hanya bertanya khabar dan sembang perkara penting saja. Rasa macam kekok pula hendak buat panggilan video. Mungkin kepercayaan sudah ada, jadi, kami tidak ada masalah mengenainya," kata pelakon berdarah campuran Inggeris-Melayu itu.


Mengenai zuriat, pemenang trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada edisi 27, 33 dan 34 itu mengakui tidak pernah merancang dan terima sahaja rezeki dikurniakan Tuhan.


  


"Kalau tuhan beri rezeki cepat, kami terima sahaja. Suami memang mahukan anak. Saya katakan padanya semua itu bergantung kepada rezeki yang Allah SWT hendak beri.


"Kami memang mahukan anak. Usia saya pun sudah 35 tahun. Jadi, memang tidak merancang," katanya.


Dalam pada itu, pemenang trofi Bintang Asia Terbaik - Malaysia, Anugerah Drama Antarabangsa Seoul di Seoul, Korea Selatan, tahun lalu mengakui mereka masih belum terkesan dengan soalan berkisar cahaya mata.


"Buat masa ini, saya belum rasa terbeban dengan soalan berkaitan anak. Saya pun baru tiga bulan berkahwin dan masih dalam fasa bulan madu.


  


"Tidak ada terasa hati jika ada yang bertanya mengenai zuriat. Kalau Allah hendak perkara itu terjadi, ia pasti terjadi. Doakan semoga kami segera dikurniakan cahaya mata," katanya.


Siti Saleha dan Joshua diijabkabulkan dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada 15 Februari lalu, iaitu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.


Sebelum ini, bintang drama rantaian popular 7 Hari Mencintaiku itu mendirikan rumah tangga dengan pegawai kerajaan, Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017, namun berpisah pada 2022. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau mak josh ni jawa.


Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak minat… sorry
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak mertua dia lepas bebas dari hukuman kat penjara iraq tu la kan?


Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
baru kawen kan mestilah dlm fasa sweet2 gula2 lagi

knp selekeh je eh tgk laki kak leha ni haha
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Euwwwww........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2025 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah jumpa siti leha ni. cantik mcm dalam tv. cuma tetek dia jenis jatuh. tapi okay jah tak mengganggu sgt. iolls tak berapa suka dia sbb asyik amek job sampah dari rosmizah kaki novel
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
i baru nak tulis wow nampak cleavage .. tapi ada pulak org komen enen jatuh kalau buah-buahan  besar & tak suka pakai bra mmg muda2 dah jatuh.... Now dah nampak cleavage samada dah buat breast firming ... atau pakai push up sajork
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2025 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
mawarberbisa replied at 17-5-2025 11:38 PM
pernah jumpa siti leha ni. cantik mcm dalam tv. cuma tetek dia jenis jatuh. tapi okay jah tak mengga ...

Iols scroll up tgk dress biru tu.


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
pemenang trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada edisi 27, 33 dan 34
Masa ni..pemenang mmg ada product yg berkualiti, org tau hasil kerja...bukan sbb fanclub rajin all out pulun mengundi
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tlg la jgn berlakon citerrr bodoh.  U nmpk busuk berganding dgn kamal busuk kepam bacin
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawo si sallywho ni. Perangai pun helok je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
I nak tau sangat  dia ni tinggi berapa cm, nampak macam lebih kurang zara zya ja. Dapam 160cm
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik siti saleha ni..berlakon pon ok…takde kontroversi sgt…semoga berbahagia dan terus berkarya
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
amyfaha replied at 18-5-2025 02:57 AM
Tlg la jgn berlakon citerrr bodoh.  U nmpk busuk berganding dgn kamal busuk kepam bacin

byk ke cite2 sampah dia blakon? dah lama x tgk drama tv3+ astro.
iols selalu tgk dia byk cite kat viu...cerita menarik dia belakon pun best.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 18-5-2025 12:06 AM
i baru nak tulis wow nampak cleavage .. tapi ada pulak org komen enen jatuh  kalau buah-buahan  be ...

kat mana pic atas tu nmpk cleavage?
jenuh skrol satu2 pic, sume pic terkatup jah takde terbuka pun
tp dress biru tu betul la nmpk labuh teteknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2025 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 18-5-2025 04:45 PM
kat mana pic atas tu nmpk cleavage?
jenuh skrol satu2 pic, sume pic terkatup jah takde terbuka pun ...

Memang u kena zoom zoom zoom pict atas sekali baju oren (or red?) kat tgh2 lobang baju tu mmg ada rupa cleavage
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 18-5-2025 12:06 AM
i baru nak tulis wow nampak cleavage .. tapi ada pulak org komen enen jatuh  kalau buah-buahan  be ...

Boleh try minum kinohimitsu C up tu..mana tau berkesan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.052964 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list