View: 1063|Reply: 28
|
[Tempatan]
JPA cadang kekalkan bayaran pencen bulanan, elak pesara kerajaan jadi mangsa scam - KPPA
[Copy link]
|
|
bharian.com.my
Oleh Latifah Arifin - Mei 15, 2025 @ 2:46pm

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baharu yang akan diperkenalkan kerajaan bagi menggantikan skim pencen dijangka mengekalkan sistem pembayaran sedia ada dengan penjawat awam dibayar secara bulanan berbanding dibenarkan membuat pengeluaran sekali gus apabila menepati had umur persaraan ditetapkan.
Cadangan itu disifatkan lebih proaktif memandangkan terdapat banyak kes pesara kerajaan kerugian wang persaraan akibat menjadi mangsa 'scam', selain membolehkan simpanan hari tua diuruskan dengan lebih efisien.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata cadangan itu turut dipersetujui Kementerian Kewangan (MoF) dan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terbabit dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) yang dikelolakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Kita sedang drafkan supaya penjawat awam bagi lantikan tetap bercarum nanti akan terima bayaran bulanan sebagaimana pesara sekarang. Itu sudah boleh kita lakukan kerana ada persetujuan MoF dan KWSP.
"Kita sudah maklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), jika dapat selonggok (sebagaimana sekarang) ada pesara yang jadi mangsa scam hingga baru dua hari keluarkan duit, semuanya habis.
"Jadi kita drafkan supaya mereka terima (bayaran) secara bulanan, katalah setahun keperluan mereka RM25,000, jadi selebihnya simpanan itu akan dilaburkan semula dalam KWSP, ini (lebih menguntungkan) kerana akan terima pula dividen setiap akhir tahun, katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Bicara Figura: Menelusuri Aspirasi Memaknai Reformasi di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat RISDA, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib dan Ketua Pengarahnya, Zainal Azni Zulkifli.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah....
(walaupun scammer ni boleh jadi anak anak atau bini muda) kita kena bersyukur |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by salimrock at 15-5-2025 04:39 PM
bukan ke kt singapura skim persaraan swasta diorang pn di bayar bulanan juga,
boleh ambil banyak tp bberapa % je, yg lain kena simpan utk bayaran bulanan,
Malaysian / foreginer je boleh keluarkan semua ... tak silap aku la, itu pn selepas bberapa tahun kot
tp aku tertanya juga, kalo yg dari india, bangladesh, filipina, china, takkan lepas bbrapa tahun nak dtg singapura balik tuntut duit persaraan
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa kata try start dgn pencen wakil rakyat dulu sebelum buat kat penjawat awam keseluruhan |
|
|
|
|
|
|
|
wew bini muda jadi scammer... hahaha
bini muda bagi servis bagus... jd tak boleh kata dia scammer 
|
|
|
|
|
|
|
|
ada point dia berhujah... tapi fikirkan juga sejauh mana kelonggaran akan diberi, jika ada keperluan, sebab ada juga yang nak buat rumah kah atau keperluan besar yang lain...
.. cuma kalau difikir kembali, selepas bertahun-tahun scammer masih berleluasa dengan mudah kerana salah satu faktornya adalah tindakan-tindakan kerajaan melalui agensi keselamtan tidak menakutkan atau menghentikan scammer ... ubahlah mana-mana undang2 tu untku lenyapkan scammer dimalaysia atau atleast jd sangat2 kurang
|
|
|
|
|
|
|
|
elok la tu..skang ni macam2 cara depa dok scam |
|
|
|
|
|
|
|
tk setuju.
dah ler pencen pun dah tua. ditahan² buat apa. tmbah plak yg single mcm aku ni.
untungkan gomen je.
yg kena scam tu mmg tamak |
|
|
|
|
|
|
|
qistiena replied at 15-5-2025 04:45 PM
Apa kata try start dgn pencen wakil rakyat dulu sebelum buat kat penjawat awam keseluruhan
Ini penjawat awam baru, tetap dan bercarum
Mcm lepas pkp ini mcm semua jawatan kontrak
K ada yang dah dapat surat tetap dan berpencen |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu
Rakyat malaysia senang kena scam
Saya ulang.. rakyat malaysia senang kena scam |
|
|
|
|
|
|
|
takyah lah nak kontrol gitu maa
benteras scammer
itu lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 16-5-2025 01:20 PM
takyah lah nak kontrol gitu maa
benteras scammer
itu lebih baik
Kan, hahaha
Ironi.
|
|
|
|
|
|
|
|
kannnn sangatt
dah sibuk nak stop kan pencen
pastu duit kwsp pesara depa nak kontrol pulak
gratuiti dan golden hand shake pun nak kontrol jugak ka ? 
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 16-5-2025 01:29 PM
kannnn sangatt
dah sibuk nak stop kan pencen
pastu duit kwsp pesara depa nak kontrol pulak
Meols hado perasaan golden hand shake tu, batch meols tak dapat dah. Haha. Sekarang pun deol kontrol habis2an. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok jugak. Kang dapat selepuk pi buat banglo besar. Hujung2 duit habis nak.makan pung tggu belas ihsan anak. Ada orang mmg smp tuo xreti urus duit. Bagi ler bnyk.mana pung semua habis digunakan sekejapan. Xreti lnsg nak asing tuk belanja dan simpan.
Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
manusia moden tidak boleh dilayan dengan golongan paling bodoh dikalangan mereka diangkat dan dijadikan sebagai standard piawai untuk semua. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa pulak tak dapat ?
tak ada cuti terkumpul ye ?
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 16-5-2025 06:30 PM
kenapa pulak tak dapat ?
tak ada cuti terkumpul ye ?
Bukan. Terasa macam gomen nak mansuhkan ja menda tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sayawifenikmie at 17-5-2025 02:06 PM
kalau kensel pun ... utk intake baru kot ... not to worry okeh sister .. utk cuti tu max 6 bulan gaji kan ?
|
|
|
|
|
|
|
|
rakyat malaysia ni mudah terpesona,takpun mudah simpati..tu yg asyik kena scam x habis2.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|