CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 4

[Dunia] Adik-beradik Menendez berpeluang dapat parol kes pembunuhan tragis 1989

[Copy link]
Post time 14-5-2025 09:41 PM | Show all posts |Read mode




LOS ANGELES: Lyle dan Erik Menendez, dua beradik yang terkenal kerana membunuh ibu bapa mereka pada tahun 1989, dijatuhkan hukuman semula oleh mahkamah pada Selasa, yang kini membuka peluang untuk mereka mendapatkan parol.


Seorang hakim di Los Angeles memutuskan agar hukuman penjara mereka diubah kepada penjara 50 tahun hingga seumur hidup, berbanding hukuman asal penjara seumur hidup tanpa peluang parol.


Keputusan ini bermakna kedua-dua mereka, yang dipenjarakan lebih tiga dekad atas pembunuhan kejam menggunakan senapang patah, mungkin boleh dibebaskan seawal bulan depan apabila lembaga parol bersidang.


Selama dua tahun terakhir, mereka berusaha mendapatkan pengurangan hukuman atas kes pembunuhan yang mengejutkan seluruh Amerika Syarikat (AS) ketika itu.


Dalam perbicaraan penuh emosi pada Selasa, ahli keluarga merayu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Michael Jesic agar memberi peluang kepada kedua-dua adik-beradik tersebut untuk dibebaskan, menyatakan mereka sudah berubah.


Lyle tampil memberi kenyataan kepada mahkamah melalui pautan video dan mengaku membunuh ibu bapanya.


“Saya bunuh ibu dan ayah saya. Saya tidak beri sebarang alasan. Saya bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya seperti yang dilaporkan oleh wartawan di mahkamah.


Perbicaraan sensasi pada tahun 1990-an mendedahkan bagaimana pasangan adik-beradik itu menembak mati Jose dan Kitty Menendez di rumah mewah mereka di Beverly Hills.


Pendakwa menyatakan pembunuhan itu bermotifkan ketamakan untuk mendapatkan harta pusaka keluarga.


Jose ditembak lima kali, termasuk di bahagian lutut, manakala Kitty ditembak ketika cuba melarikan diri, sebelum maut akibat tembakan beberapa kali dari jarak dekat.


Pada awalnya, mereka mendakwa ibu bapa mereka dibunuh oleh mafia, namun cerita mereka kerap berubah sepanjang siasatan.


Penyokong mereka berhujah bahawa pasangan adik-beradik itu bertindak selepas bertahun-tahun didera secara seksual dan emosi oleh ibu bapa mereka yang dikatakan mengawal kehidupan mereka secara melampau.


Erik turut membuat pengakuan di mahkamah, menyatakan tindakannya sebagai kejam dan pengecut.


“Saya tidak ada alasan, tiada justifikasi. Saya ambil tanggungjawab penuh. Saya minta bantuan abang saya dan meyakinkannya bahawa kami tidak dapat melarikan diri.


“Saya lepaskan lima das tembakan ke arah ibu bapa saya dan pergi mengambil peluru tambahan. Saya menipu polis, saya menipu keluarga saya. Saya benar-benar kesal,” katanya.- AFP



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 10:38 PM | Show all posts
meols tengok kisah dia kat netflix versi lakonan semula
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru je tgk kat netflix hari tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 08:43 AM | Show all posts
yg kat netflix tu, true story jatuh kat tangan Ryan Murphy terus jd citer homoerotik

apapun, bapak dia org Jose Menendez dituduh salah sorg bekas ahli boyband Menudo, pernah cabul semua ahli kump. - yg masa tu Ricky Martin masih umur awal belasan tahun lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 09:11 AM | Show all posts
baca komen2 kt youtube psl dorg ni ramai yg bekap eh
support spy dorg dibebaskan

i don't get it tau
sbb cara dorg bunuh tu dahsyat tau
berdas2 tembakan
sampai habis peluru, dia pi keluar ke kete ambik topup lagi ammo
pastu sambung lagi
hancur hbs muka, tangan

dah lps tu plk kemain berlakon sedih, tuduh mafia yg bunuh parent die
plus shopping spree bagai
until dah kantoi baruuuu la
tu pun lps dh bicara, terbukti bersalah
klu polis tak dig in hbs2, takde nya nk remorse, tu pun klu btl

f/up 2 ekor ni sbnrnya

mcm ni korg nk lepaskan?
seriously la

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.065423 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list