Isteri tulang belakang
Bukan sahaja anak, Yonni juga turut menyifatkan isterinya sebagai tulang belakang utama dalam hidup dan karier seninya ketika ini.
“Penyokong paling kuat saya ketika ini ialah isteri saya. Dia yang selalu menemani saya ke setiap persembahan.
“Kalau dia tiada, saya akan rasa susah hati. Kalau ada yang mahu bawa kami berdua, sudah jadi seperti satu ‘set’ dan anak pun akan ikut sekali, pakej lengkap,” katanya sambil tertawa.
Meski kesibukan tugas sebagai bapa dan suami, Yonnyboii tetap mencari ruang untuk hasilkan sebuah karya baharu.
“Saya masih aktif hasilkan muzik dan sekarang sudah ada studio sendiri serta mengubah lagu untuk artis lain.
“Walaupun lama ‘hilang’, saya sentiasa mencari dan mencuba cari ruang dan ‘resipi’ baru untuk terus berkarya.
Pelantun lagu Sakit itu turut mendedahkan bakal melancarkan sebuah lagu kolaborasi bersama seorang artis bertaraf legenda.
Enggan berkongsi secara terperinci, lagu tersebut dijangka menemui peminat sekitar Julai depan selain berharap akan mendapat sambutan yang baik serta membuka ruang untuk lebih banyak kerjasama dengan penyanyi hebat pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Yonni mengakui teruja bakal membuat persembahan di acara Latihan Pestapora pada Julai depan
“Saya akan sepentas dengan penyanyi hebat lain dan ini juga peluang untuk mencari ruang dan peluang melebarkan sayap ke Indonesia.
“Umum tahu Pestapora antara acara muzik gergasi di sana, jadi saya lihat kerjasama ini sebagai satu usaha yang bagus untuk industri muzik kita juga,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Selain Yonni, Latihan Pestapora yang dibawakan oleh Hitman Solutions dan akan berlangsung di Sunway Lagoon itu akan dimeriahkan dengan penyanyi tempatan dan Indonesia seperti Pamungkas, Efek Rumah Kaca dan Dolla.
Sumber: Kosmo