View: 105|Reply: 4
|
Sukar berdepan kecaman, Jeon So Min sedia cari suami kongsi emosi
[Copy link]
|
|
BERDEPAN dengan pelbagai kecaman, pelakon Jeon So Min merasakan perlu ada seseorang di sisi untuk dijadikan pendamping berkongsi emosi.
Situasi sebegitu juga membuatkan So Min, 39, mula berfikir sudah tiba masanya untuk dia mendirikan rumah tangga.
Malah dia juga tidak menolak sekiranya bertemu dengan lelaki yang tepat dan berkahwin dalam masa terdekat.
"Akhir-akhir ini saya fikir mungkin saya perlu segera berkahwin supaya mendapat sokongan emosi yang lebih kuat untuk jalani kehidupan," katanya.
So Min berkongsi perkara tersebut apabila menceritakan kembali pengalaman dia menjadi salah seorang anggota tetap program Running Man sebelum ini.
Tambahnya meskipun semua ahli turut terkena tempias kecaman, namun dia antara yang sering menjadi sasaran sejak awal kemunculan.
"Semakin banyak perhatian yang diterima, semakin banyak kita terdedah kepada perkara yang menyakitkan.
"Jika netizen berbuat demikian, kadang-kadang saya akan mengambil masa untuk merenung berfikir kenapa saya dikecam.
"Saya tahu ahli lain juga mengalami perkara sama, tetapi banyak kecaman tidak mempunyai asas sebenar," luahnya.
So Min menyertai Running Man pada tahun 2017 sebelum mengumumkan pengunduran diri daripada program berkenaan pada 2023.
Sumber : Mstar |
|
|
|
|
|
|
|
fuiyo tarik diri 2023, Iols dah 2025 baru tau. nampak sangat ketinggalan kereta api
tapi kesian jugak tengok dia dalam runningman dulu, memang bersungguh stay in character, dan cuba buat lawak. tapi kadang2 member lain tak ngam dengan dia. tak dapat in sync dengan cara dia, last2 lawak dia tergantung, hambar. kena kecam
kita penonton tengok rasa kesian dan awkward. padahal tengok nak happy, nak gelak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 dia join RM aku x suka btl sbb dia masuk je SJH terus lg pasif sbb dia nk bg laluan kt maknae. Tapi lama2 best la pula. Tp ok la dia tgl RM nk fokus lakonan. Umur dia pun dh berapa nk kembang karier lakonan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dan SeChan tak de nilai tambah kepada RM. Format makin boring, jadi double boring. |
|
|
|
|
|
|
|
Sungguh Ka Dia Baru 39? She looks older , I thought 47?
Lagi sorang Shin Min-a pun akak igt Nak dekat 50 dah
Actually ramai ye kpop retis look older than their age
Oleh kerana diorg debut lama dah Dan Masih aktif.. Most of the time akak jadi tepi/muak tgk muka yg Sama je
Harap sangat ramai muka Baru dari gen3/4/5 idol berlakon. Though berlakun kayu or such at least fresh juga la kat TV tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|