CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45|Reply: 1

Sukar berdepan kecaman, Jeon So Min sedia cari suami kongsi emosi

[Copy link]
Post time 13-5-2025 11:54 AM | Show all posts |Read mode


BERDEPAN dengan pelbagai kecaman, pelakon Jeon So Min merasakan perlu ada seseorang di sisi untuk dijadikan pendamping berkongsi emosi.


Situasi sebegitu juga membuatkan So Min, 39, mula berfikir sudah tiba masanya untuk dia mendirikan rumah tangga.


Malah dia juga tidak menolak sekiranya bertemu dengan lelaki yang tepat dan berkahwin dalam masa terdekat.


"Akhir-akhir ini saya fikir mungkin saya perlu segera berkahwin supaya mendapat sokongan emosi yang lebih kuat untuk jalani kehidupan," katanya.




So Min berkongsi perkara tersebut apabila menceritakan kembali pengalaman dia menjadi salah seorang anggota tetap program Running Man sebelum ini.


Tambahnya meskipun semua ahli turut terkena tempias kecaman, namun dia antara yang sering menjadi sasaran sejak awal kemunculan.


"Semakin banyak perhatian yang diterima, semakin banyak kita terdedah kepada perkara yang menyakitkan.



"Jika netizen berbuat demikian, kadang-kadang saya akan mengambil masa untuk merenung berfikir kenapa saya dikecam.




"Saya tahu ahli lain juga mengalami perkara sama, tetapi banyak kecaman tidak mempunyai asas sebenar," luahnya.


So Min menyertai Running Man pada tahun 2017 sebelum mengumumkan pengunduran diri daripada program berkenaan pada 2023.  - mStar



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2025 12:38 PM | Show all posts
hmmm..netz ni over..dia dpt screentime lebih pun kene kecam, nmpk la dia usaha lebih, dia buat pun utk rating program, utk hiburkan netz. nmpk je happy go lucky, dlm hati siapa tahu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.267927 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list