CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 436|Reply: 12

[Tempatan] JPNS tak terima laporan dakwaan pengantin tak dapat cuti kerana mesyuarat PIBG

[Copy link]
Post time 12-5-2025 11:00 AM | Show all posts |Read mode


Seremban: Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan (JPNS) belum mendapat sebarang maklumat mengenai dakwaan seorang pengantin tidak dapat hadir perkahwinannya kerana perlu menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di daerah ini.


Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar ketika dihubungi memaklumkan pihaknya tidak menerima laporan berhubung kesahihan perkara itu.


"JPNS belum dapat membuat sebarang pengesahan kesahihan berita ini. Kita sedang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan isu berkenaan.


"Sehingga pagi ini, kita belum menerima sebarang laporan ataupun aduan oleh mana-mana pihak, " katanya.




Pemilik akaun mendakwa, pengantin perempuan mengajar di sebuah sekolah di Seremban dan tidak dapat berada di hari persandingannya kerana tidak dibenarkan mengambil cuti.


"Pengetua tidak benarkan cuti disebabkan ada mesyuarat PIBG. Jadi dia tidak dapat hadir pada majlis perkahwinan sendiri, sedihnya.


"Saya terkejut dengar cerita ini. Pengantin hanya sampai di Sabak Bernam hampir jam 6 petang disebabkan kesesakan lalu-lintas pada hari cuti," kongsinya.


Dia mendakwa, ibunya mendapati guru terbabit sudah memohon cuti tiga bulan lebih awal, namun hanya dimaklumkan cuti tidak diluluskan tiga minggu sebelum majlis.


"Secara tiba-tiba lagi tiga minggu sebelum majlis, pengetua beritahu tak dapat cuti sebab ada PIBG. Lagi tiga minggu majlis baru pengetua cakap tak boleh, sedangkan kad sudah diedar," katanya. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab ada mesyuarat PIBG je pun..
Takkan tk leh bg pelepasan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 01:45 PM | Show all posts
Cerita sebelah pihak, and it's not even from orang yang terlibat secara langsung. Dengar boleh sambil nantikan plot twist and turn yang bakal menyusul.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 12-5-2025 01:45 PM
Cerita sebelah pihak, and it's not even from orang yang terlibat secara langsung. Dengar boleh sambi ...

Itu la ntah2 sekadar content...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 pengantin tu yg tk nak ada di majlis kenduri tu dgn alasan kerja
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 02:35 PM | Show all posts
tipu ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2025 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesape yg belum kawin tu jgn jadi cikgu.nanti nak kawin tak dpt cuti

Mcm nipu je berita di atas
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak psl2 JPNS kena siasat sekolah mana. X tenang pengetua2 kat N9 bercuti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari thread pun, pastu citer atas citer lak tu
Xkn lah jawatan cikgu tu penting sangat
Sampai x boleh ganti, citer x lojik pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah lalui. Mse tu arwah abah aku nk.operate.lutut sbb eksiden. N operation agak risky sbb jantung arwah abah aku x bagus conditionnya. Jdnya aku apply cuti nk teman mak aku kt spital. Jwpn gb aku.."ayah awak ni x jge kesihatan ke?awak dh xde adik bradik ke?" Mcm gam***g! Aku terpaksa amik mc utk sehari tu. Aku cte ke doktor mslh aku.
X lme pastu...gb aku cuti seminggu jge anak. Operate lutut sbb main bola. Aku pulang balik ayt tu ke gb aku. Bengang org tua tu dgn aku.
Mmg ad pentadbir cmni. Nak² klo ckgu tu ckgu bru. Kkdg ko report la jpn ke ppd ke..xde layan nya. Siap ckgu tu kena smula. Sbb kebykn pgb ni geng² jpn ppd. Klo ko sisspa pun..plg² turun ke jpn dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengetua Type C kata nya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 08:35 PM | Show all posts
kalau betul cerita ni jemput je pengarah atau ppd datang majlis kawin. biar ppd tercari cari mana pengantinnya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 10:39 PM | Show all posts
elnor_81 replied at 12-5-2025 08:26 PM
Aku pernah lalui. Mse tu arwah abah aku nk.operate.lutut sbb eksiden. N operation agak risky sbb jan ...

Sewel ke apa GB tuh. Padan muka dia kena sebijik dgn uols.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.055867 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list