View: 336|Reply: 7
|
[Tempatan]
Datuk Bandar Tegur Golongan B40 – “Orang Gaji Sikit, Jangan Asyik Tambah Anak”.Anda tak setuju?
[Copy link]
|
|
Teguran panas daripada Datuk Bandar Makassar, Munafri Arifuddin kini jadi bualan apabila beliau bersuara lantang menasihati golongan berpendapatan rendah supaya lebih bijak merancang keluarga dan tidak terus menambah anak tanpa memikirkan soal kewangan.
Perkara itu diluahkan Munafri semasa melawat rumah seorang pelajar Sekolah Rakyat bernama Nayla di Kecamata
Munafri meluahkan kebimbangan terhadap realiti yang dihadapi segelintir keluarga miskin yang masih memilih untuk mempunyai ramai anak walaupun pendapatan hanya cukup makan.
Saya sudah tegaskan, kalau si bapa atau si ibu masih bekerja secara tidak tetap, pendapatan pun belum cukup untuk menampung keperluan keluarga sebulan, tolong jangan asyik tambah anak. Gunakan kaedah perancang keluarga.- Katanya
Beliau menyatakan pendapatan serendah sejuta rupiah sebulan (sekitar RM285) tidak cukup untuk menampung lima orang anak dari segi makan, pakaian dan nutrisi.
Bayangkan, pendapatan hanya sejuta rupiah sebulan, tapi anak lima orang. Bagaimana mahu cukupkan makanan, pakaian dan keperluan nutrisi mereka? Inilah realiti yang kita perlu ubah.- Tegasnya lagi |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju je...tapi jangan pula korang guna zaman mak bapak korang untuk membahasakannya. Zaman mak bapak kau makan nasi dengan ikan atau telo pun xpe sebab korang tak rasa, yang menanggung mak bapak korang. Zaman skrg berbeza dengan dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapatan RM285 sebulan bersamaan RM9.50 sehari. Rendah betul |
|
|
|
|
|
|
|
Jarang statement terbuka spt ini datang dari seorang ketua masyarakat, sebab ini kelihatannya bertentangan dengan kefahaman statement anak ramai rezeki bertambah..
aku rasa kalau ibubapa tak ada kerja tetap, atau tak ada sumber pendapatan tetap, dan agak malas pulak atau kalah dengan rasa rumit dan masalah ketika bekerja, lebih senang melayan perasaan dan memilih untuk menunggu beri sesuatu.. makarasanya lebih baik pilih perancang keluarga shj |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap sahaja tidak akan bawa banyak perubahan. Geng2 ni kalau cerdik mereka tak akan berada di tempat mereka sekarang. Kenalpasti apa punca sebenar mereka beranak banyak, is it bebal, malas, degil, kepercayaan karut? Settle kan yang itu. Buat pemandulan wajib macam kucing kalau perlu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 12-5-2025 12:47 PM
Pendapatan RM285 sebulan bersamaan RM9.50 sehari. Rendah betul
"Malaydesh miskin ngak ada uang,ngak ada beras"-Indon |
|
|
|
|
|
|
|
Betul lah tu...
Keje pung hap.hap paras hidung je gaji..
Puasa jelahhh |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu.. i ade dengar ceramah, penceramah ni cakap jangan aniaya anak which is anak ni sepatutnya dapat hak mereka, dapat keselesaan mereka, dapat apa yang sepatutnya dia punya.. kira mcm kalau anak sorg tp pendapatan cukup cukup makan je, so kena la rancang sebab belum masuk bab pendidikan lagi, bab keperluan anak lagi.. tak ada salahnya hold dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|