CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 663|Reply: 18

“Ingat janji-janji kita...” - Ucapan Norman Hakim sempena Hari Ibu undang sebak, hargai pengorbanan Memey dan Abby melahirkan 6 zuriatnya

[Copy link]
Post time 11-5-2025 12:45 PM | Show all posts |Read mode


UCAPAN bersempena Hari Ibu pelakon Norman Hakim buat isteri iaitu Memey Suhaiza dan bekas isterinya Abby Abadi mencuri perhatian netizen di media sosial.


Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 49, berkata, dia sangat menghargai jasa kedua-dua wanita itu lebih-lebih lagi sanggup bertarung nyawa melahirkan enam zuriatnya.


  


"Selamat hari ibu buat dua wanita hebat yang melahirkan dan membesarkan enam permata hidup saya.


"Kepada isteri dan mantan isteriku,ibu-ibu kepada anak-anakku, saya menghargai setiap pengorbanan, kasih sayang dan doa kalian yang tidak pernah putus untuk anak-anak kita," katanya.


Norman memberikan ucapan itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada pagi Ahad.


Berkongsi lanjut, Norman mengingatkan Memey dan Abby tentang janji mereka untuk menjadi ibu dan bapa terbaik buat anak-anak.


  


Malah aktor itu sempat mungucapkan ucapan terima kasih kepada Memey dan Abby kerana menjadi insan yang luar biasa dalam hidupnya walaupun ada masanya berdepan pelbagai ujian.


"Walau dilanda gempa bumi,taufan dan badai, ingat janji-janji kita untuk sentiasa bersatu dalam satu misi iaitu menjadi ibu dan bapa terbaik untuk zuriat kita.


"Sekali lagi terima kasih kerana menjadi ibu yang luar biasa.


"Semoga kasih kalian terus menjadi cahaya yang membimbing anak-anak menuju masa depan yang penuh rahmat dan kebaikan insya-Allah," jelasnya.


  


Untuk rekod, Norman pernah mendirikan rumah tangga dengan Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, pada 2002 namun pasangan itu bercerai pada 2009.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun.


Norman kemudian berkahwin kali kedua dengan Memey, 37, pada September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 12, Muhammad Dikhriz Hakim, 10, dan Mikayla Delisha Hakim yang kini berusia 7 tahun. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2025 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah la kauuuu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jagalah anak2 tu elok2.


Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kat ig kemain upload caption terpaling menghargai lapar pujian … tunggu je la next time abby meroyan habis terburai segala keburukan normiang selama 17-18 tahun something like that. Hahaha wait and see
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ya watever
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
masa elok boleh la berboria sedondon puji melangit memasing..bila bercekau cerita satu dunia..diam2 la baiki apa patut jaga anak2 tu kang terlepas mcm bini selam tu haaaaa mula menyalahkan memasing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2025 12:39 AM | Show all posts
Jangan nnti bulan dpn tiba-tiba drama lg. Takut btl bila baca ucapan2 sebegini. Takut nnti ada yg terlondeh lg
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kembang tekak aku baca berita pasal mamat angkut toto ni. Semua sampah sarap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 06:25 AM | Show all posts
norman hakim ni mmg bermulut manis kan..
gaduh sakan.. tp lps tu elok je dgn bini & mantan bini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Undang sebak sapa la pon.... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahhhhh!.
Ada Baca poremer tulis tu, Izzah apa kut.
NH ni masa jais kejar.
Dia Tanya Abby, suruh Abby tolong.
Abby kata ko kena bertanggungjawab dgn pompan tu (memek hidung Kembang).
Lepas tu Abby sungguh2 minta cerai.
Baru lah lepas tu NH ni kahwin dgn Memek hidung Kembang tu.
Jika tak mmg NH buat main main je, hanya nak seronok scandal.
Aku nyampah dgn NH.
Buat badan je, anak yang besar besar tak berjaga (anak dgn Abby).
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 10:01 AM | Show all posts
euwwwwwwwwwwwwww marilah kita muntah ramai2
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mak mak jelah kena ingat janji jaga anak baik baik..yg kau bapak jantan function apa..ank nikah tailan pun boleh buat tak tahu tk paksa buat pngesahan ..yg anak lelaki pun mcm tkde hala tujuan ..normiang aku nk ck as father anda gagal big time
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 12:32 PM | Show all posts
bluebutter: Ahhhhh!.Ada Baca poremer tulis tu, Izzah apa kut.NH ni masa jais kejar.Dia Tanya Abby, suruh Abby tolong.Abby kata ko kena bertanggungjawab dgn pompan ...


oyeasss…  dia memang nampak nau nak buat main je memek tu…  mujur la abby mengalah n paksa norman bertanggungjawab…  dan kejisnya memek tu, biarpun abby dah mengalah, dia suka provoke menganjing abby terutamanya bila abby call miang…
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Celah mana Norman nyer. Nama ko Norhakim Zaidon. Patut la berangkut toto. Nama sama pprt dengan perangai
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti lah ingatttt
kami2 pun tak lupa kau berendut kat tempat yg nama ukay2 tu
ngangkut tilam pastuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus.... Good good term sekarang.

Ko tungguuu..
Cukup haul bulan purnama.. meroyan kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya memey itulah wanita dambaan norman hakim. Sbbnya dr awal kronologi pon dia tetap pertahankn memey. Bila dah kawen sbb tu memey boleh aman aman je idp dgn norman. Kita ni kan.. x tahu jodoh kita.. sbb org perempuan ni ada je perangai yg org lelaki tak tahan mcm baran, emotional. Agaknya memey ni jenis bini manja.. laki pon cair manjang..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ucapan ucapan juga.. nafkah tertunggak tu ape cer? Kalau tak bayar akan jadi hutang tau bawak ke mati.. nti roh ko xleh naik ke langit sbb tersangkut dgn hutang2 ko yang tak dilunaskan ni selagi yebbi tak halalkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.058042 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list