CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Ayda Jebat seram tidur dengan anak

[Copy link]
Post time 10-5-2025 01:45 PM | Show all posts |Read mode


Bukan kali pertama berdepan kejadian misteri, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui seram apabila harus tinggal berdua-duaan dengan anak sulungnya iaitu Ana Nayla yang berusia empat tahun.


Ujar Ayda atau nama asalnya Nur Suhada Jebat, 34, Nayla sering memandang ke arah lain apabila berborak dengannya sebelum tidur seolah-olah ada entiti lain yang menarik perhatian.


Malam ini tidur dengan Nayla berdua, ayah dia kerja. Bila tidur dengan dia memang akan rasa seram sebab bila kita berborak sebelum tidur, dia cakap tetapi akan pandang satu tempat ‘random’ (rawak).


“Kadang-kadang di atas, kadang di tepi kita. Hati rasa nak tanya ‘tengok apa Nayla?’ tetapi takut kalau dengar jawapan daripada dia.


  


“Baik mama (panggilan Ayda) diam saja Nayla. Cepat-cepat suruh dia tutup mata tidur, tapi itulah seronok bila borak berdua, yang tak seronok dia tengok tempat lain,” katanya dalam Threads.


Bukan kali pertama berdepan kejadian misteri, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui seram apabila harus tinggal berdua-duaan dengan anak sulungnya iaitu Ana Nayla yang berusia empat tahun.


Ujar Ayda atau nama asalnya Nur Suhada Jebat, 34, Nayla sering memandang ke arah lain apabila berborak dengannya sebelum tidur seolah-olah ada entiti lain yang menarik perhatian.


"Malam ini tidur dengan Nayla berdua, ayah dia kerja. Bila tidur dengan dia memang akan rasa seram sebab bila kita berborak sebelum tidur, dia cakap tetapi akan pandang satu tempat ‘random’ (rawak).


“Kadang-kadang di atas, kadang di tepi kita. Hati rasa nak tanya ‘tengok apa Nayla?’ tetapi takut kalau dengar jawapan daripada dia.


  


“Baik mama (panggilan Ayda) diam saja Nayla. Cepat-cepat suruh dia tutup mata tidur, tapi itulah seronok bila borak berdua, yang tak seronok dia tengok tempat lain,” katanya dalam Threads.


Menceritakan lanjut, pelantun lagu Pencuri Hati itu turut berkongsi beberapa kisah misteri lain yang pernah dihadapi anak kecilnya itu.


“Bukan tak pernah, tengok borak tiba-tiba dia cakap ‘Mama kenapa nenek itu datang sini?’ Nasib bukan malam, siang hari buta.


"Bila dalam kereta dia siap lambai luar tingkap. Malam-malam hari bila tanya dia cakap ‘ada hantulah mama’. Berdesup kereta dada (panggilan kepada Nabil) bawa sambil baca ayat kursi.


“Bila pergi kedai makan, kadang-kadang ada saja yang dia tidak mahu masuk. Ini bukan cakap kedai restoran atau warung tetapi di pusat beli-belah pun ada, hotel apatah lagi,” ujarnya.


  


Situasi misteri yang sering dilalui itu turut membuatkan isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu khuatir untuk membawa anaknya menziarahi orang sakit di hospital.


“Kadang-kadang takut nak bawa dia melawat orang sakit di hospital. Walaupun saya yang masuk hospital, saya tak bagi dia datang.


“Jadi, kawan atau saudara yang masuk hospital janganlah cakap ‘tak bawa anak ke?’


"Maaf cakap, ini hospital. Banyak benda tak nampak, selain hantu banyak penyakit juga,” jelas.


Tahun lalu, Ayda pernah berkongsi kejadian berdepan gangguan makhluk halus apabila anaknya menjerit perkataan ‘hantu’ semasa dalam bilik air di rumah mereka.


  


Malah, dia mendedahkan anak puteri kesayangannya pernah mengadu melihat satu entiti ketika mereka menginap di sebuah hotel. – HIBGLAM



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.038936 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list