View: 723|Reply: 8
|
Anak Lan Solo harumkan nama negara, jadi juara tarian di Paris
[Copy link]
|
|
ANAK kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Amna Qaleesya berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara kategori tarian kuartet di acara ‘Etoiles De Paris’ UAE-England-France 2025 yang berlangsung di Paris, Perancis pada malam Khamis.
Lan atau Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 40, berkata, dia berbangga dengan kemenangan yang diraih Amna dan tidak menyangka anaknya itu berjaya membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.
Kata Lan, sejak kecil dia memberikan sokongan penuh kepada Amna yang menunjukkan minat terhadap seni tarian.
“Alhamdulillah sebagai bapa saya bangga dengan apa yang dia sudah berjaya capai kerana itu antara minatnya dari kecil.
“Asalnya dia minat tarian moden dan K-pop, bila saya nampak minatnya ke arah itu jadi saya rasa keputusan menghantarnya ke sekolah seni itu adalah pilihan tepat.
“Saya tumpang gembira juga kerana dia pada mulanya dia hanya mewakili sekolah dan kini dia membawa nama negara ke peringkat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.
Dalam pada itu, isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim yang kini berada di Paris bersama anak mereka turut meluahkan rasa syukur dengan kejayaan pasukan tarian dari Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSEMKL).
Kongsi Shiela, Amna bersama tiga lagi wakil dari SSEMKL berjaya menewaskan tujuh lagi negara yang bertanding termasuk Ukraine, Indonesia, Kyrgyzstan dan Armenia
“Anak kami mewakili negara bagi kategori tarian kuartet. Alhamdulillah pasukan mereka berjaya menjadi juara dan secara tidak langsung pasukan Malaysia memenangi hadiah utama Grand Prix.
“Seramai 64 penyertaan dari beberapa buah negara dan kategori yang dipertandingkan oleh anak saya diwakili lapan negara termasuk Ukraine, Indonesia, Kyrgyzstan dan Armenia,” ujarnya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Elok la tu.. Taniyaaa..  |
|
|
|
|
|
|
|
Antara anak artis yg dibenci netizen. Huhu. Ke sebab netizen benci kat mak pak dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 10-5-2025 12:54 PM
Antara anak artis yg dibenci netizen. Huhu. Ke sebab netizen benci kat mak pak dia?
Ramai je peminat dia noks..yg support bisnes dia pun ramai..yg jd isu masa dia pegi kalerkan rambut anak dia blond tu jah..meols pun rasa mcm buang tebiat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MarryPottet at 10-5-2025 03:40 PM
Astaga
Sapelah yg mekapkan korang dekkk
So acik jaman dolu2 punya style mekap
Agaknya tukang mekap bawak lipstick merah menyala je sebatang then pakej tenyeh ke pipi & mata sekali selain bibir |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya netizen takdelah benci kot. Menyampah kat mak bapaknya je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|