CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 3

Garis panduan media sosial ASEAN dijangka dimuktamadkan dalam 3 bulan - Nie Ching

[Copy link]
Post time 9-5-2025 08:51 AM | Show all posts |Read mode





BANDAR SERI BEGAWAN: Garis Panduan ASEAN mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab bertujuan menangani cabaran semakin meningkat berkaitan penggunaan media sosial, dijangka dimuktamadkan dalam tiga bulan ini.


Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata inisiatif itu selaras objektif supaya garis panduan itu diterima pakai oleh semua negara anggota ASEAN tahun depan.


"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan bengkel bulan ini, kami harap selepas bengkel tersebut maklum balas akan lebih menyeluruh dan inklusif," katanya hari ini.


Garis panduan itu bertujuan menyediakan panduan harmoni untuk rantau ini, menghasilkan laporan komprehensif mengenai peraturan media sosial di seluruh negara anggota ASEAN serta menyokong garis panduan praktikal yang mencerminkan konteks unik ASEAN.


Mengetuai delegasi Malaysia pada Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) ke-17 di sini, Nie Ching memaklumkan mengenai inisiatif itu yang diterajui Malaysia semasa sesi pleno pada Rabu.


Nie Ching berkata kolaborasi ASEAN penting dalam menangani isu bersama terutama dalam menguruskan cabaran media sosial.


"Kita tidak boleh menafikan bahawa ini telah menjadi satu cabaran yang besar kepada semua negara.


"Sebagai satu negara, sukar untuk menangani isu-isu ini sendiri, jadi kerjasama ASEAN dan pertukaran maklumat penting untuk bercakap dalam satu suara kepada syarikat gergasi media seperti Meta, Google dan TikTok, akhirnya menyasarkan untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat," katanya.


Terdahulu, Nie Ching mengadakan mesyuarat dua hala dengan Timbalan Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Wang Gang.


Mesyuarat berlangsung 40 minit itu membincangkan mengenai produksi bersama kandungan dan kerjasama media baharu antara Malaysia dan China serta isu berkaitan penggunaan media dan kewartawanan.


Kedua-dua pemimpin itu juga berbincang berhubung cabaran berterusan termasuk berita palsu dan maklumat salah di platform media sosial.


Wang turut memuji usaha Malaysia dalam memupuk persekitaran digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab pada peringkat nasional.


Kedua-dua pemimpin menyatakan sokongan untuk mengukuhkan inisiatif pertukaran budaya termasuk memanfaatkan media sosial bagi mempromosikan pelancongan antara kedua-dua negara.


Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Pegawai Korporat dan Antarabangsa MCMC, Syahrilazli Mahammad dan Timbalan Pengarah Dasar dan Penyelidikan RTM, Reza Shahriman Othman.


Turut hadir Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Antarabangsa Pertubuhan Nasional Malaysia (BERNAMA), Mohd Shukri Ishak yang menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarang perkhidmatan itu, bersama pegawai kanan Kementerian Komunikasi dan agensi-agensi berkaitan.


Persidangan AMRI ke-17 tamat Rabu selepas Mesyuarat Pegawai Kanan Bertanggungjawab Terhadap Maklumat (SOMRI) dan mesyuarat bersama negara-negara Campur Tiga (China, Jepun dan Korea) diadakan pada 5 hingga 6 Mei lalu.




Sumber  – BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2025 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
punya la zaman dia nak garis panduan bagai zaman najib dok minta kebebasan bersuara
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ASEAN needs this gara2 wujud netizen toxic antara indon dan Malaysia ditakuti melimpah ke alam nyata membawa kpd masalah yg lebih besar. Dari perang mulut silap2 jadi konfrontasi 2.0

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat garis panduan melawat kuil. ramai belah sana kecam mcm terkesan sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.042783 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list