View: 261|Reply: 5
|
Rupee India, ekuiti dan bon menjunam akibat ketegangan sempadan dengan Pakistan
[Copy link]
|
|
MUMBAI: Rupee India, ekuiti dan bon kerajaan mengalami kejatuhan hari ini berikutan sentimen penghindaran risiko selepas India mengumumkan menyekat tindakan balas Pakistan semalam.
Berikutan itu, Rupee merosot sebanyak satu peratus kepada 85.71, berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), manakala indeks penanda aras Nifty 50 susut 0.6 peratus dan hasil bon kerajaan 10 tahun India meningkat sebanyak enam mata asas.
Pasaran menjadi lebih tertekan pada sesi dagangan lewat petang apabila kerajaan India memaklumkan sudah 'meneutralkan' cubaan Pakistan untuk menyasarkan beberapa lokasi ketenteraan.
Pakistan pula mendakwa sudah menembak jatuh 25 dron dari India di ruang udaranya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Trust Mutual Fund, Sandeep Bagla, ini adalah reaksi mendadak daripada pasaran seperti yang dijangkakan berikutan peningkatan ketegangan sempadan.
Semalam, India mendakwa menyerang 'infrastruktur pengganas' di Pakistan, dua minggu selepas menuduh negara itu terbabit dalam serangan di Kashmir yang meragut 26 nyawa, kebanyakannya pelancong Hindu.
Susulan itu, AS, Russia dan China menggesa kedua-dua negara Asia Selatan itu supaya menunjukkan kawalan diri.
Di Pakistan, dagangan indeks saham utama dihentikan selepas merosot 6.3 peratus susulan laporan serangan dron. Bon antarabangsa negara itu juga terus mencatat kerugian.
Pemerhati pasaran menjangkakan ketegangan rentas sempadan akan terus menjadi perhatian utama, dengan pelabur dijangka kekal berhati-hati dalam masa terdekat.
Bagaimanapun sebarang pembetulan pasaran akibat ketegangan mungkin bersifat sementara.
Dalam jangka sederhana, tumpuan dijangka kembali kepada asas ekonomi serta rundingan perdagangan AS-India susulan perjanjian UK-India.
Sumber – BH |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by BoongaKertas at 9-5-2025 08:18 AM
tergelak iols baca kat thread yg samakan yindia dgn israhell versi TEMU. dem shon, thats so kelakar. hahaha! takleh imagine ip made in yindia plak nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
tada risau..saiya sini Malezia. |
|
|
|
|
|
|
|
Di era kejatuhan tiga bersaudara matawang rupee iatu Indonesia, India dan Pakistan 
@nusaraya
|
|
|
|
|
|
|
|
paki kat sini rilek je dok berniaga tak rasa nak balik ke jihad kat negara sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat cantik mcm Kashmir tu syg betul la berperang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|