CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1321|Reply: 86

'Seumur hidup, tiada penawar...' Vivy dedah hidap SLE

[Copy link]
Post time 8-5-2025 08:55 PM | Show all posts |Read mode


PEMPENGARUH dan usahawan, Datin Vivy Yusof berkongsi berita duka bahawa kini menghidap penyakit autoimun lupus atau systemic lupus erythematosus (SLE).


Hal itu dikongsikan seorang pengguna Thread yang menerima kiriman surat berita (buletin) daripada ahli perniagaan berusia 38 tahun itu.


Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof memang berkongsi penulisan mengenai kisah hidupnya dalam bentuk buletin yang dihantar ke e-mel kepada mereka yang melanggan.


Menerusi salah satu buletin yang dihantar baru-baru ini, ada dalam kalangan pengikutnya yang mendedahkan isi kandungan e-mel tersebut di Threads, memaklumkan tahap kesihatan pempengaruh itu.




Dalam e-mel tersebut, Vivy mendedahkan bahawa dia menghidap SLE, iaitu penyakit autoimun sistemik yang berlaku apabila sistem imun badan pesakit menyerang sel-sel dan organ tubuhnya sendiri.


"Saya benar-benar berharap saya memberi perhatian lebih dalam kelas biologi saya kerana saya tidak tahu apa yang dia katakan. SLE.


"Anda menghidap lupus," kata doktor itu.


"Lupus ialah penyakit autoimun kronik. Badan awak menyerang diri sendiri.


"Ia ialah penyakit seumur hidup. Malangnya, tiada penawar. Jadi kami perlu memberi anda ubat untuk menguruskan lupus anda," jelas doktor.


Menggunakan platform Sincerely Vivy, ibu kepada empat cahaya mata itu memaklumkan bahawa dia agak terkejut dengan berita itu, dan perkara ini juga mengingatkannya akan seorang sahabat yang pernah menghidap lupus hingga terpaksa menggunakan kerusi roda.




"Saya terpaksa memahaminya. Saya kemudiannya teringat tentang seorang sahabat yang menghidap lupus, dan dia akhirnya di atas kerusi roda dan mengalami kesakitan yang teruk. Semoga Tuhan memberi kelegaan kepadanya.


"Kebimbangan mula datang bersama dengan kesedihan. Saya tidak mahu ia terjadi kepada saya kerana saya rasa tidak akan dapat menerimanya dengan tenang seperti yang dilakukan oleh kawan saya," titipnya.







Perkongsian itu menerima pelbagai komen daripada warganet yang mana rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap Vivy kerana menghidapi penyakit tersebut. Ujar mereka:


"Kasihan Vivy. We are in the same boat, Vivy. Malah tarikh lahir juga sama dan menghidap SLE. Keep fighting and let’s live life to the fullest."


"SLE ada beberapa tahap. Jika ringan, masih okay. Jika tahap yang teruk boleh masuk Unit Rawatan Rapi, kegagalan organ dan kimoterapi. Ia berulang dalam masa 20 tahun."


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah
Ramai je penghidap sle ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaplah I tak leh nk rasa kesian. Tidak la I gumbira bila org ditimpa sakit, cuma I cannot rasa simpati, mcm rasa kesian jadi numb utk family ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 07:12 AM | Show all posts
Bagus la VV ni... Xyah susah2 cetak buku. Dia jual on9 je story diri dia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Awalnya mkn kurma. Eh?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 08:13 AM | Show all posts
kawan aku SLE....tak sampai pun 2 tahun lepas diagnose dia dah pergi selamanya...Al fatihah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2025 09:19 AM | Show all posts
Cubaan untuk bangkit dari kuburankah si Viviy nih?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 09:23 AM | Show all posts
ade sorg acikpor yg ngidap SLE ni..alfatihah buat arwah mimy..sheols baik orang nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2025 09:29 AM | Show all posts
soalan serius...SLE ini memang orang pompuan je ke yang kena?
Biras akak iolss ngidap SLE ni jugak. awal2 tu dia warded.(masa ni tak tau lagi dia SLE) doc. cakap 50-50. dah la laki dia kerja obersi masa tu.
sekarang ni alhamdulillah, nampak ok la. tapi tak tau la kan macam mana.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 09:49 AM | Show all posts
Allahuakhbar.. moga Allah ringan kn beban penyakit nya.. amin yra..
Alfatihah utk komen yg bgtaw kwn2 ada yg telah pergi selamanya kerana penyakit ini.. moga rohnya dicucuri rahmah.. amin yra..
Selena Gomez pn sakit nie kn..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 11:06 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan. ada 2 org terdekat iols yg meninggal sbb SLE ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 11:06 AM | Show all posts
Makcik i dgn anak dia SLE. Ni i tgk mmg genetics, kulit jd gelap etc. Serang organ dalaman. 2 orang lg cousin i, adik beradik ada SLE, sorang kronik, sorang mild. Mmg genetik dan byk tahap.

Biras i pun mak dia SLE, dah tua but still manageable sakit dia.

Psl sakit ni a ada soft spot sikit, esp yg genetics mcm ni. bkn dia minta.

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah la songlap duit rakyat lepas tu feeling2 konon ada SLE
Ko ni sebijik mama kentut yang acah cancer stage 1
Org yang betul ada sakit SLE tak de nye beriya nk share cerita dia ada SLE..

And org bodoh je kesian dgn manipulative person mcm ko ni

Selena Gomez tu terang2 ada SLE elok je aku tgk dia sihat walafiat dari dulu siap dh operate replace kidney..xde plak asik meratip SLE nk bg laku lagu2 dia

Life dia elok je jadi manusia normal wpon ada autoimmune disease...dh bertahun hidapi SLE baru orang tahu dia ada sakit tu

Ko belum apa2 dh buat essay berkajang panjangnya demi nk raih public sympathy..Kes dh nak sangkut ke cmne? Kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 11:23 AM | Show all posts
Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof memang berkongsi penulisan mengenai kisah hidupnya dalam bentuk buletin yang dihantar ke e-mel kepada mereka yang melanggan.

So kena bayar kalau nak baca? No way..................... Berita semasa/dunia penting pun boleh dapat pecuma.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kene SLE tp masih bole dpt treatment kat private hospital bagai apa yg nak dikesiankan sgt..walaupun penyakit ni mmg xde ubat tp iols ada je kawan yg berbelas tahun sakit alhamdulilah masih ok kawen beranak pinak..tapi dia cerita dia kene makan berpuluh pil la sehari..jadi baik la kita kesian kt org yg mmg xmampu nk dpt treatment
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Rnadia tu pun tak tau datin geran referring to her with her condition kena duk pakai wheelchair sejak sakit2
Aik nape tak bagitau dulu
I dpt diagnos penyakit ni i teringat kat you
Lol
Friend la sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2025 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kesian lgsg mengenangkan perangai2 sial hanat dia buat dulu esp kt depan anak2 yatim.
Kpd mak itik vivy, semoga DIPERSULITKAN semua urusan dunia dan akhirat kau
Titik!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 02:15 PM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 9-5-2025 06:16 AM
L.U.S.M replied at 9-5-2025 03:16 AM
Dah la songlap duit rakyat lepas tu feeling2 konon ada SLE
Ko ni sebijik mama kentut yang acah canc ...

sapoo mama terkentut tu sis?

eiii email dia pun kena subscribe berbayau ye bukan free.. chuols ghaseee?


Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 02:18 PM | Show all posts
caling2 acik @cm_vungtau

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 9-5-2025 02:18 PM
caling2 acik @cm_vungtau

I terbaca semalam. Tunggu2 jugak ada orang seru

Dan2 la ko sakit kan. Hari tu ada 47 juta beli henbeg elok sihat walafiat aje. Kosser aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.068661 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list