View: 762|Reply: 6
|
[Tempatan]
Menyentuh hati, Masjid Jamek Ar-Ridzuan kutip RM2 juta kurang 36 jam
[Copy link]
|
|
BAGAN SERAI – Kisah menyentuh hati mengenai Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu nyata mendapat perhatian luar biasa apabila hampir RM2 juta berjaya dikumpulkan dalam tempoh kurang 36 jam untuk tujuan pembelian tanah masjid berkenaan.
Pengerusi masjid, Yusuf Majid berkata, jumlah keseluruhan kutipan setakat pukul 8 malam tadi mencecah RM1,977,482.20, sekali gus melebihi sasaran asal sebanyak RM1.8 juta yang ditetapkan pemilik tanah tersebut.
“Sumbangan telah ditutup secara rasmi pada pukul 8.30 malam selepas kita mencapai jumlah yang diperlukan.
“Laporan mengenai penutupan ini yang tular di media sosial adalah benar dan saya sendiri sudah maklumkan perkara itu kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak yang membantu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.
Menurutnya, kejayaan itu membuktikan keprihatinan dan semangat perpaduan umat Islam di negara ini yang tampil menghulurkan sumbangan demi kepentingan rumah ibadat mereka.
“Insya-Allah, kita akan adakan sesi penutupan sumbangan secara rasmi selepas solat Maghrib malam esok (hari ini) di masjid ini sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat,” katanya
Katanya, pihak masjid amat terharu dengan sambutan diberikan dan tidak menyangka kutipan berjaya diselesaikan dalam masa singkat, tanpa perlu menunggu tempoh dua minggu seperti mana digariskan dalam pekeliling yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sebelum ini.
Dalam pada itu, Yusuf memaklumkan, pihaknya kini menunggu arahan seterusnya daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi proses rundingan dan urusan dokumentasi pembelian tanah berkenaan.
Masjid Ar-Ridzuan sebelum ini mencuri perhatian apabila tanah yang menempatkan rumah ibadat itu dimiliki individu bukan beragama Islam dan perlu ditebus segera bagi mengelak sebarang risiko pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulilah.. sesape yang menderma dah ada share pahala dalamnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
moga buka mata mereka yang lain... bukan bole senang2 mintak pampasan tanah baru ke apa just because of title rumah ibadat. |
|
|
|
|
|
|
|
besar pahala membina rumah ibadah ni, jgn lah lepaskan peluang walaupun sedekah RM50.
sebab kita tak nampak ganjaran nya didunia ni.. tak nampak wanginya sedekah bak bunga2 ditaman.
dunia ni pinjaman saja. akhirat jugek yg kekal.
bayangkan didunia lagi kita dah menginfaq utk akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
insyaallah, selagi ada yang beribadah disitu, selagi itu bertambah saham. |
|
|
|
|
|
|
|
Jahat betul waris yang jual tanah masjid tu pada Bukan Islam....apa motif nya sampai begitu sekali tergamak |
|
|
|
|
|
|
| |
|