CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57|Reply: 2

Pemakanan dan gout: Apa perlu dielakkan?

[Copy link]
Post time 7-5-2025 10:48 PM | Show all posts |Read mode


GOUT adalah masalah kesihatan yang berkaitan dengan sendi iaitu radang sendi menyakitkan.


Penyakit ini berlaku akibat pengumpulan asid urik berlebihan dalam badan, lalu membentuk kristal urate di sekitar sendi.


Keadaan ini menyebabkan rasa sakit amat sangat, bengkak, dan kemerahan pada kawasan sendi, terutamanya ibu jari kaki.


Pemakanan tidak seimbang sering dikaitkan dengan penyakit gout, kerana pengambilan makanan tertentu yang tidak dikawal boleh meningkatkan pengumpulan asid urik.


Oleh itu, penting untuk masyarakat memahami kaitan antara pemakanan dan gout, serta mengenal pasti jenis makanan perlu dielakkan bagi mengurangkan risiko serangan.


Salah satu faktor utama menyumbang kepada peningkatan paras asid urik dalam badan ialah pengambilan makanan yang tinggi purina.




Purina ialah sebatian semula jadi yang terdapat dalam banyak jenis makanan, dan apabila diuraikan oleh tubuh, ia menghasilkan asid urik.


Oleh itu, pesakit gout dinasihat mengelakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan kerang kerana makanan ini mengandungi purina yang tinggi.


Selain itu, organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, dan paru juga perlu dielakkan kerana kandungan purina yang sangat tinggi.


Makanan berprotein tinggi seperti daging merah dan ayam juga harus diambil secara


sederhana. Pengambilan protein berlebihan boleh meningkatkan penghasilan asid urik dalam badan.


Pengambilan makanan berlemak seperti makanan bergoreng, makanan segera dan


produk tenusu penuh lemak turut boleh memburukkan keadaan kerana ia mengganggu proses penyingkiran asid urik oleh buah pinggang.


Oleh itu, pesakit gout digalakkan memilih sumber protein lebih sihat seperti ikan putih, kekacang, dan produk tenusu rendah lemak.


Minuman juga penting dalam pengurusan gout. Minuman beralkohol, terutama bir, terkenal sebagai pencetus utama serangan gout kerana ia mengandungi purina dan mengganggu perkumuhan asid urik.


Selain itu, minuman bergula seperti minuman ringan dan jus buah komersial yang mengandungi fruktosa tinggi juga perlu dielakkan kerana fruktosa dapat merangsang penghasilan asid urik.


Sebagai alternatif, pesakit gout disaran, memperbanyakkan pengambilan air kosong bagi membantu menyingkirkan asid urik secara lebih efisien melalui air kencing.


Bagaimanapun, bukan semua makanan perlu dielakkan secara mutlak. Terdapat juga makanan yang boleh membantu mengurangkan kadar asid urik dalam badan, contohnya buah ceri, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin penuh, dan vitamin C semula jadi.


Pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal konsisten, serta pengawalan berat badan yang ideal turut membantu mengurangkan risiko serangan gout dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.


Pemahaman mengenai pemakanan yang sesuai da perlu dielakkan amat penting dalam pengurusan penyakit gout.


Dengan pengambilan makanan yang betul, ditambah dengan gaya hidup sihat dan rawatan perubatan yang teratur, pesakit gout dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan produktif.


Oleh itu, masyarakat perlulah lebih peka terhadap aspek pemakanan sihat agar penyakit ini dapat dicegah atau dikawal dengan lebih berkesan. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 08:40 AM | Show all posts
Bapa aku mkn seafood ok... Tp mkn daging wpun secebis terus keluar gout
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:38 PM | Show all posts
acikonion replied at 8-5-2025 08:40 AM
Bapa aku mkn seafood ok... Tp mkn daging wpun secebis terus keluar gout

sama. haritu bapak aku curi2 makan daging merah. doktor dah kata jangan. mak iols pun terlibat, bersubahat beli, masak

dah meraung sampai pukul 3 pagi. baru bagitau anak2 nak pegi klinik. nasib baik ada klinik 24 jam bukak. cucuk ubat tahan sakit, bagi ubat gout
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.042098 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list